Pantun Melatah

opocot mak kau
terkejut beruk aku
mujur tak sasau
semua dah berlaku

opocot mak kau
bunyi berdentam-dentum
letih merayau-rayau
payah nak cari gandum

opocot mak kau
bergegar kepala otak
makin bertambah risau
di mana minyak masak

opocot mak kau
berdebar dalam hati
memang dah meracau
gula tiada lagi

opocot mak kau
lompat atas tangga
hidup semakin kacau
dunia semakin gila

*Pantun yang baik mempunyai 8 hingga 12 sukukata bagi setiap baris. Oleh kerana pantun di atas sudah melatah, ia bukan pantun yang baik lagi. Jangan jadikan pantun ini sebagai panduan dari segi bahasa. Harap maklum.

Saya sungguh terkejut dan hairan bila Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia mahu menghentikan perniagaan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun. Saya juga menaruh harapan tinggi agar kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin.

TehrDemikian kisah 'Pantun Melatah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun