Pantun Mata

Pantun MataEntri pantun mata sambil layan mata mengantuk.

Bila ada taklimat di sebelah petang memang teruk nak kawal mata. Mengantuknya bukan dibuat-buat. Kalaulah ada mata yang diberikan seperti dalam perlawanan bola sepak atau badminton, mungkin aku tak dapat apa-apa mata. :D

Baiklah baik pasang pelita,
Tegak berdiri tepi jendela;
Baik-baik percayakan mata,
Lain terjadi lain nampaknya.

Mahu hamba membasuh kaki,
Letak timba di tepi tangga;
Bergenang mata basah di pipi,
Adakah hanyalah kerana bola?

Dayang jelita bertudung biru,
Pergi berjalan ke rumah nyonya;
Dipandang mata menahan sayu,
Mengharap menang kalah jadinya.

Memukul gendang menaiki gajah,
Laksamana berarak dari seberang;
Berputih mata berterusan kalah,
Sokongan peminat mungkin hilang.

Di mana tajamnya si hulu keris,
Hamba berani menahan dada;
Pemain ternama menyusun baris,
Belumlah pasti mendapat mata.

Kalaulah teruk rupa padang,
Pemain pula mungkin cedera;
Kalau teruk semangat juang,
Tentu sekali tak dapat mata.

Moyes membeli Juan Mata,
Pindah dari kelab Chelsea;
Kelantan dapat enam mata,
Sarawak masih kosong lagi.

Pantun mata yang ada kaitan dengan Liga Super 2014. Haha… Tahniah kepada Kelantan The Red Warriors yang berjaya menang kedua-dua perlawanan awal.

TehrDemikian kisah 'Pantun Mata' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Dah agak dah.. dalam pantun mesti selit ‘Juan Mata’ :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Curious Case of Juan Mata: From Chelsea To Man UtdMy Profile

    1. hafizmd says:

      Mmg benar2 penyokong sejati manu….yeahhh
      hafizmd baru je tulis kisah Angin Nak Tukar Themes Dah Mai Dah!My Profile

    2. kakiblog says:

      juan mata adalah keywords yang bagus!
      kakiblog baru je tulis kisah 5 Rahsia Mengembalikan Hubungan Mesra Suami IsteriMy Profile

  2. titan says:

    haha..

    tak tahu confirm ke tidak mamat mata tu.
    titan baru je tulis kisah Custom Made Sticker KeretaMy Profile

    1. hafizmd says:

      kalau mamat juan mata…confirm dah masuk manu…hehe
      hafizmd baru je tulis kisah Angin Nak Tukar Themes Dah Mai Dah!My Profile

  3. Manan Qayyim says:

    Klate gomo, klate gomo …

    sokong klate, walau bkn org klate… hihihi
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Antara Status FB yang tak Sampai Hati Aku nak “Like”My Profile

  4. Cik Siti says:

    mudik ke hulu disenjakala,
    sampai sudah di dalam kota,
    bila sampai musimnya bola,
    Peminat menghitung berapanya mata.
    Cik Siti baru je tulis kisah Januari Penuh Dugaan… Tidur Di HospitalMy Profile

  5. Anuar says:

    Pantun yang menarik… Nak balas pantun balik tak reti… hehehe…
    Anuar baru je tulis kisah Waran Tangkap untuk AnuarMy Profile

    1. suri says:

      cuma dua rangkap sahaja di perluakan :)
      suri baru je tulis kisah Sayang Berhenti Merokok? Biar BenarMy Profile

  6. suri says:

    mata saya mengantuk entah apa pasla taklah tahu..eh pasal bola ker haaaa :) aduh sakitnya mata asyik pandang padang bola warna hijau..
    suri baru je tulis kisah 4 Cara Pasangan Anda Mudah MenipuMy Profile

  7. zool says:

    Juan mata pun kena gak tu
    zool baru je tulis kisah Maklumat tentang percintaanMy Profile

  8. cayalah…

    suka semua “mata” yang disebut… semua maksudnya lain-lain…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah memancing petangMy Profile

  9. Hafizul says:

    Bola pun ada pantun gak..emm walaupun tak berapa nak fahaminya, namun saya tetap rasa bangga..semoga ada tuah untuk Kelantan lagi lepas ni..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 27 Dari JobdirumahMy Profile

  10. dja@sishaza says:

    Mata yang kuyu pun jadi luas apabila Kelantan mendahului ye cikgu .. :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah 7 TIPS PERKAHWINAN BAHAGIAMy Profile

    1. Hafizul says:

      Lama tak singgah menyibuk kat blog akak..jap lagi nak test komen lahhh..hahaha
      Hafizul baru je tulis kisah Panduan Peperiksaan Pegawai Belia Dan SukanMy Profile

  11. hafizmd says:

    “Dari kerana mata…” antara yg terus ambe ingat bla sebut pasal mata..

    satu lagi, pasti juan mata…hehe

    tahniah kelantan…ambe agok doh…walaupn kelantan hilang ramai pemain, pemain muda kelantan rasanya mmg bagus2, disiplin pun tinggi…tu yg menang 2 game tu…hoho
    hafizmd baru je tulis kisah Angin Nak Tukar Themes Dah Mai Dah!My Profile

    1. suri says:

      walau ramai tak der pasti pemain masih ada hebat dalam diam percaya tak :)
      suri baru je tulis kisah Ferret Mustela Putorius FuroMy Profile

  12. mohdridzwan says:

    Hebat sungguh pantun ‘mata’
    Bijak diatur setiap frasa
    MU berjaya membeli ‘MATA’
    Lepas ni MU boleh menang seperti biasa….

    Hehehe…saja jer. Apapun, tuan sangat bijak dalam berpantun.
    mohdridzwan baru je tulis kisah Man Raja Lawak Bukan Pro PembangkangMy Profile

  13. suri says:

    lepas ini harap akan ada pantun sakit mata ker boleh tak bro tehr?
    suri baru je tulis kisah Ferret Mustela Putorius FuroMy Profile

  14. hafizmd says:

    yeay! Manu menang 2-0.

    nampaknya persie dah ok dah. Penampilan pertama Mata nampak bagus..assist yg baik…hrp2 dapat cepat2 naik ke top 4 =)
    hafizmd baru je tulis kisah Kelebihan Aura Beauty Perfect!My Profile

  15. Lyn™ says:

    Jika melawat semayamnya bonda
    Kain jualan panjang sekodi
    Baik-baik berpandang mata
    Lain ditenung lain yang jadi.
    Lyn™ baru je tulis kisah Nelayan pukat rimauMy Profile

  16. ohcikgu says:

    tak reti nak main mata. hehe..
    ohcikgu baru je tulis kisah Cikgu tak buat duit dengan Jobdirumah lagi ke?My Profile

  17. AUC says:

    tahniah kelantan
    nampaknya percaturan dah mula menjadi ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun