cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Pantun Mata Mengantuk

Burung pungguk di bawah bangsal,
Orang mengantuk disorong bantal.

Begitulah pantun dua kerat yang popular mengenai orang mengantuk. Untuk pantun empat kerat akan aku tuliskan di bawah nanti. Sebelum ini aku pernah menulis mengenai mengantuk yang bertajuk Puisi Orang Mengantuk. Harap-harap pembaca tidak mengantuk ketika membaca entri ini. Kalau masih juga mengantuk, molek sangat kalau dapat minum secawan tehramuan. :D

Pisang tanduk masak sesikat,
Mengapa cucur pula terhidang;
Mata mengantuk kepala berat,
Terpaksa tidur sebelah siang.

Mentadak duduk dalam taman,
Bertongkat dagu mengenang diri,
Mata mengantuk mahu dilayan,
Mengharap rindu si tuan puteri.

Mengantuk. Mengapa manusia dan haiwan mengantuk? Mengapa pula mengantuk boleh hilang selepas tidur beberapa ketika. Kebiasaannya manusia perlukan masa untuk tidur selama lebih kurang 6 jam dalam sehari, tetapi ada juga yang hanya mengambil masa dua atau tiga jam sahaja untuk tidur.

mentadak

Adakah mentadak ini mengantuk?

Mata mengantuk menandakan anggota badan dan otak perlukan rehat. Untuk terus sihat dan bersemangat, waktu tidur perlulah diatur dengan cermat. Jangan kurang tidur dan tak boleh juga terlebih tidur.

Patah tanduk menangis rusa,
Rimau belang tercabut kuku;
Siang ngantuk malam berjaga,
Asyik melayan si muka buku.

Anak merbah anak tekukur,
Anak berudu di dalam pasu;
Mata merah tak cukup tidur,
Badan lesu otak pun buntu.

Tidur juga menjadi satu ibadat sekiranya mengikut sunnah Nabi. Semakin bertambah usia seseorang, semakin kurang waktu tidur yang diperlukan. Apa yang pasti kita akan ‘tidur’ selama-lamanya bila tiba saat dan ketikanya nanti.


Pendapatan sampingan dengan Kerja Sambilan.


TehrDemikian kisah 'Pantun Mata Mengantuk' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



35 Comments

  1. mie says:

    lama sungguh muka buku dilayan…
    sampai merah biji mata..
    ehehehe
    mie baru je tulis kisah Perjalanan Dari Singapura Bersama Keretapi Tanah MelayuMy Profile

    1. TehR says:

      bukan aku, bro
      aku hanya layan blog je :D

      1. suri says:

        haa bukan layan menanda buku2 latihan ank murid ker bro?
        suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  2. masa paling sesuai tidur jam 11 malam hingga 2 pagi…sistem sel badan aktif untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan olehNYa.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Bestnya! Teknik Pintas Untuk ‘Submit Site’My Profile

    1. TehR says:

      memang masa aku ni
      cuma kadang2 ada juga lelap jam 10
      kadang2 pulak terlajak sampai pagi
      hehe

      1. suri says:

        bahaya dh terlajak klu tang subuh ..erk..mosti ganti balik ni heeee
        suri baru je tulis kisah Kaku.. MembisuMy Profile

  3. papa mifz says:

    den lak sejak anak tak berapa sihat nih kerap mengantuk, sebab kerap berjaga melayan karenah anak meragam kerana demam…

    1. TehR says:

      sabar je, bro
      jadi mak ayah memang macam tu
      aku dah alaminya dulu

  4. Sharafie says:

    aku kurang tidur bro semenjak nak sambung bekerja ni..hahaha..risau je hati ni..
    Sharafie baru je tulis kisah Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit BatokMy Profile

    1. TehR says:

      harap2 tak tidur masa belayar
      salah haluan nanti, bro
      hehe

  5. Petua Puteri says:

    mungkin sebab bila semakin berusia semakin kurang tidur untuk kita lebih byk masa utk beramal utk hari hisab…
    Petua Puteri baru je tulis kisah Resepi Cream Puff Bentuk Swan CreativeMy Profile

    1. TehR says:

      insya-allah amal kita diterimaNya

  6. Muktasim says:

    orang dewasa dapat tidur 5 jam sehari pun dah cukup.. hehe.. tapi kalau dpt tidur yang berkualiti waktu ptg, 15 minit pun dah lebih dari cukup.. :)
    Muktasim baru je tulis kisah Old Town Kopitiam HalalMy Profile

  7. Bahaya malam-malam berjaga main muka buku ni. Hehe.
    Zulhilmi Zainudin baru je tulis kisah Apa Yang Kita Fikir, Itu Yang Kita DapatMy Profile

  8. azura says:

    makan keropok isi ikan
    cicah sos sedap juga
    berjaga malam jangan bairkan
    takut penyakit kunjung tiba
    azura baru je tulis kisah Dialog BR1M 2.0My Profile

  9. Denaihati says:

    askm. bila sebut ‘tidur’ selama-lamanya, mudahan sahabat kita, bro jejai dicucuri rahmat disana.
    Denaihati baru je tulis kisah Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013My Profile

  10. effort lab says:

    Bila mengantuk, tidur aje. Set alarm baru la tak terlajak tidur atau melayan mata yg mengantuk hehe
    effort lab baru je tulis kisah Rak TV Murah [5 gambar]My Profile

  11. akubiomed says:

    Tidur umpama kiamat kecil bagi manusia.
    akubiomed baru je tulis kisah Pameran Raja Kita di Istana Negara bahagian 2My Profile

  12. Kawe pon sebenonya dah mengantuk ni. Tapi org kerana layan kopi banyak sangat siang tadi, payah nak lelap terus. mcm tergantuk jer, mengantuk tapi tak leh tido… susah ni :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The LEGO Ideas BookMy Profile

    1. ummikami says:

      Tumpang sekaki..

      Jatuh terduduk sebelum pagi,
      Mati terbujur kerana luka;
      Kalau mengantuk diminum kopi,
      Nanti tidur mata terbuka…hehe
      ummikami baru je tulis kisah Pantun Terakhir..My Profile

  13. nazray says:

    bulan mengambang suasana sunyi,
    udara sejuk sedikit menerpa,
    kalau mengantuk rebahkan diri,
    lambat laun tertidur juga.
    nazray baru je tulis kisah Kenapa marah bila memandu?My Profile

    1. ummikami says:

      Hijau senduduk di celah para,
      Tangga di tepi selisih peti;
      Kalau mengantuk lenalah segera,
      Moga bermimpi kekasih hati.
      ummikami baru je tulis kisah Pantun Terakhir..My Profile

  14. ummikami says:

    Salam dan selamat malam.. :)

    Ayam berkokok di atas kereta,
    Kuat pula di tepi pangkal;
    Rasa mengantuk dimalam buta,
    Ibarat kepala diberi bantal.
    ummikami baru je tulis kisah Pantun Terakhir..My Profile

    1. UmmiKami says:

      Salam En Titan :)

      Berbau busuk sarung disental;
      Kerana disondol si itik nila;
      Kalau mengantuk disorong bantal,
      Dibelanja cendol celik biji mata laa… hehe

  15. de engineur says:

    Klu mengantuk sangat pun janganlah tidur dgn mentadak….hehehehe
    de engineur baru je tulis kisah Happy Chinese New Year from Kota KinabaluMy Profile

  16. mengantok tido je kat mana-mana…

    atas jalan pun boleh :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah Gambar 3 : Sesuatu yang Bermula dengan EMy Profile

  17. suri says:

    ke sy klu dh penat mudah sgt tidurnya.tpi klu tak tdo satu hari bg sy tka der masalah btw kena klim hri berikutnya sb mudah skit kpla heee
    suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  18. suri says:

    org mengantuk tu blh pikir lagi seseorg hebat tu heee
    suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_01/2013My Profile

  19. suri says:

    bila mata tetutup sepenuhnya itu buat kita rugi klu tak manfat pada pkra2 baik huu..
    suri baru je tulis kisah Trick Melawan Pelbagai Rasa Di HatiMy Profile

  20. Bro Zulkbo says:

    salam..
    rasanya dah lama bila rasa mengantuk
    ada yang tolong sorongkan bantal..
    selalunya saya sendiri yang carik..huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Video Lagu Sedih Ombak Rindu Versi Shila AmzahMy Profile

  21. maza says:

    ubat mengantuk dari dulu hingga sekarang ialah tidur aje.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Dirotan CikguMy Profile

  22. suri says:

    hari khamis mls nak berkerja sb set dlm hati sok jumaat last keje jadi hri khmis mesti ada mood ceria skit2 klu suram sah2 satu hari tak berseri plk..btw rasa mgtok ttp ada sb msh bgun awl pi utk msuk pjbt
    suri baru je tulis kisah Tak Sampai HatiMy Profile

  23. fiezaradzi says:

    apa yang pasti kita akan tidur selamanya bila sampai masanya, betul tu… setiap org pasti..

    mata mengantuk, mmg elok sgt diletak atas bantal.. hehe..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Dunia Tanpa SempadanMy Profile

  24. myliferia says:

    menarik….boleh hamba tumpang lalu..

    Dongdang sayang gurindam seloka
    Warisan lama kita empunya
    Tidur itu mati seketika
    Sebelum mata terkatup selamanya
    myliferia baru je tulis kisah Cara Mudah Untuk Kembalikan Semangat & Rasa TenangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar