tehramuan

cahayacinta hafizmd apacerita
berita utama pondokkecil hairulafiz kakiblog

Pantun Mandi

Salam sayang. Kali ini aku lepaskan entri di sebelah pagi. Malam tadi tak sempat kerana ke Kota Bharu temankan Mrs TehR dan anak gadis sunti beliau [anak aku juga] beli buku. Sempena entri sebelah pagi ni, aku persembahkan untuk korang pantun mandi. Korang dah mandi ke belum? :D

Kalau tak dapat mandi perigi,
Mandi sungai nak mandi juga;
Kalau tak dapat di tahun ini,
Tahun depan nak jumpa juga.

Banyak mandi perkara mandi,
Mandi wajib dan mandi sunat;
Banyak janji perkara janji,
Janji di dunia sampai akhirat.

Sebelum mandi siramlah kaki,
Amal petua sepanjang masa;
Baik isteri mahu pun suami,
Bersabar itu amalan berguna.

Budak-budak mandi sungai,
Keruh air hingga ke muara;
Benar ditegak kusut dilerai,
Barulah hidup rasa bahagia.

Saluran paip airnya berkarat,
Terpaksalah mandi air telaga;
Betapa tinggi pangkat darjat,
Ibu dan bapa dihormat juga.

belum mandiAku pernah ke Pulau Tioman bersama rakan guru sekolah beberapa tahun lepas. Seronok kami mandi laut sambil lakukan aktiviti snorkeling. Pulang dari laut kami jumpa entah Minah Saleh mana dengan selamba badak je mandi bersiram separuh bogel kat tepi jalan. Kacau jiwa dibuatnya.

TehrDemikian kisah 'Pantun Mandi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



22 Comments

  1. ury says:

    Nak tambah 1 pantun mandi lagi lah..

    Berjalan-jalan bersama nyoya,
    pergi menonton filem hindi,
    kuih badak berendam teringin rasanya
    mengidam juga kuih puteri mandi.

    haha.. boleh tak mcm ni??
    ury baru je tulis kisah Apa kata Ustaz Azhar Idrus tentang Hari Ibu..?My Profile

  2. suri says:

    ar,sy lom madi lagi haaa..

    cmner tu hee..siapkan ayah,,siapkan anak hua…akhir tka madi..blh teros masak ni haaa.menu pasti menjilat senduk di tepi bibir..
    suri baru je tulis kisah Ikan Masak PedasMy Profile

  3. suri says:

    hujg minggu mmg lmbt org mndi haa tak kira dh kwin ke lum sllu akan ada hujung minggu yg bgtu muhiiii
    suri baru je tulis kisah 37 CPC Campaigns Nuffnang 2013My Profile

  4. titan says:

    jap, gua mandi dulu.
    titan baru je tulis kisah Duit Innity masuk lagi. Yehh!My Profile

  5. Dah lama tak mandi air terjun..asyik bawa anak2 ke taman tema je..
    ciklaili@yahoo.com baru je tulis kisah Anugerah Bintang Pendidik Sempena Hari GuruMy Profile

  6. MDHAFiZ.NET says:

    dh 2 semester aku x mandi nih… hahaha
    mandi air terjun . . :-)

    buah kuini buah binjai
    mun paham bisai..
    hahahaha :-)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Semakan Keputusan UPU 2013/2014 (Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier Lepasan SPM/Setaraf)My Profile

  7. azura says:

    snorkeling kat tioman memang best cikgu…serius best
    azura baru je tulis kisah Terima Kasih CikguMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    Musim panas mcm skrg,10 kali mandi pun tak terasa
    dja@sishaza baru je tulis kisah HADIAH HARI GURU PALING UNIKMy Profile

  9. Selalu hujung minggu lambat sikit aktiviti mandinya. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah KeesamusMy Profile

  10. Mus says:

    boleh hidup tanpa elektrik..
    kalau tiada air untuk mandi.. memang susah
    Mus baru je tulis kisah Cuba-Cuba Effect Miniature Secara Terus Dari Kamera Nikon D7000My Profile

  11. takai says:

    rangkap “Betapa tinggi pangkat darjat, Ibu dan bapa dihormat juga” itu saya setuju…. walaupun sesetengah orang mempunyai blog pagerank 3 hingga 10, jangan lupa blog pagerank yang rendah huhuhu sama juga maksud kan teramuan?
    takai baru je tulis kisah Minta Maaf Semua FollowerMy Profile

  12. Ally says:

    Kenapa pantun mandi pulak kali ni? Menarik!! Tak pernah jumpa pantun mandi sebelum ni ;)
    Ally baru je tulis kisah Cara Membuat Kek Upside Down Berserta ResepiMy Profile

  13. Padin says:

    hehee bro gi kejor tak minah salleh tu?

  14. BeritaKaki says:

    Wah3…ada pantun ada pantun ..jap..

    Dalam semak nampak bayangan,
    Intai-intai dari tepian,
    Wahai anak mari makan,
    Sesuap nasi kita kekenyangan..

    haha…lari pulak tajuk

    Berita baik untuk semua blogger dan FACEBOOKERS, kami mengadakan satu SEGMEN yang hadiahnya berupa WANG TUNAI (CASH) tetapi kami mencari SPONSOR yang sanggup menaja SEGMEN ini . BERMINAT ? SILA LIHAT SYARAT DAHULU disini
    http://beritakaki.blogspot.com/2013/05/segmen-soal-jawab-blogger-dan.html
    BeritaKaki baru je tulis kisah SEGMEN Soal Jawab Blogger Dan Pengunjung BeritaKakiMy Profile

  15. panas-panas memang kena selalu mandi…

    hehe.

  16. Hafizul says:

    Bab mandi, saya rasa mandi wajib penting sekali..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  17. akubiomed says:

    Pernah mandi air perigi di waktu pagi sangat sejuk hingga ke tulang.
    akubiomed baru je tulis kisah Majlis media pelancaran DiGi WWWOW Awards 2013My Profile

  18. hafizmd says:

    Tinggi tinggi si matahari
    Kerja petang balik pagi
    Kami di kawasan Gombak ini
    Bekalan air terganggu lagi
    hafizmd baru je tulis kisah Sakit Perut Cirit Birit? Ketahui 4 Tanda Cirit BiritMy Profile

  19. onlajer says:

    lama juga gua tak ergi tioman ni hehe
    onlajer baru je tulis kisah Into Darkness – ReviewMy Profile

  20. auc says:

    den biasa mandi kerbau hehehe
    auc baru je tulis kisah Dari Volt ke SahifaMy Profile

  21. haha.. kalau ada pertandingan pantun antara blogger menang bro…
    Melastik Bintang baru je tulis kisah Terima Kasih HuggiesMy Profile

  22. suri says:

    haaa ramai gak tak madi masa masuk blog tuan tehr ni haaa..sila gelak kecik2 eh
    suri baru je tulis kisah Ouch! SakitlahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge