Pantun Malam

Seperti kata Si Labu, “Selagi belum tutup mata. Kerja! Kerja! Kerja!” Kata aku pula, selagi aku boleh menulis dan masih ada idea, pantun, pantun, pantun. Dan kali ini aku hidangkan Pantun Malam yang terbaik untuk korang. :D

Tulis pantun malam Jumaat,
Tergesa-gesa terkial-kial;
Bukan kerana hendak cepat,
Gelora rasa nak tidur awal.

Tulis pantun malam Sabtu,
Pantun sunyi orang bujang;
Bukan kerana takut hantu,
Teringat janji besok petang.

Tulis pantun malam Ahad,
Kata mudah iramanya indah;
Debar pengantin selepas akad,
Duduk salah berdiri pun salah.

Tulis pantun malam Isnin,
Payah pula memilih kata;
Malam panas paginya dingin,
Malas rasa nak pergi kerja.

Tulis pantun malam Selasa,
Rima akhir tidak menjadi;
Balik kerja masam mencuka,
Kena marah di pejabat tadi.

Tulis pantun malam Rabu,
Baris kata panjang berjela;
Hilang katak hadir berudu,
Sampai bilakah begini gaya.

Tulis pantun malam Khamis,
Padam pelita elektrik tiada;
Tiada santun duduk menangis,
Hanya kerana belum berjaya.

Pantun untuk seminggu. Mujur juga hanya ada tujuh hari dalam seminggu. Kalau seminggu ada banyak hari, jenuh juga aku nak perah idea menulis pantun. Hehehe.

TehrDemikian kisah 'Pantun Malam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. Padin says:

    hehee pantun malam Isnin tu best! hahahaha
    Padin baru je tulis kisah Bermula Sekali LagiMy Profile

  2. pantun hari hari namanya ni..:-)
    the malay male baru je tulis kisah update progress rumahMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    pada yang memulakan tugas besok setelah bercuti
    pasti kena selsema “monday blues” huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Pasca PRU-13 : Selamat Menikmati Kenaikan Harga BaranganMy Profile

  4. BUNDA says:

    assalam,

    dah lama tak berpantun2 nih…
    BUNDA baru je tulis kisah Hari Jururawat Sedunia..My Profile

  5. UmmiKami says:

    Balam pun turun mencarilah paya,
    Balam seekor berehat di titi;
    Salam berpantun darilah saya,
    Salam ku hulur dekat di hati. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terindah Buat Ibu, Mama, Ummi, Emak…My Profile

  6. UmmiKami says:

    Kolam masjid tempat berwudhuk,
    Pesona azan menunggu makmum;
    Semalam sakit sempat merajuk,
    Kerana tuan tak mahu senyum… he he he
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terindah Buat Ibu, Mama, Ummi, Emak…My Profile

  7. UmmiKami says:

    Pantun buat cikgu.. :D

    Dibina tembok berarus deras,
    Suami turun menadah guri;
    Kerana sibuk mengurus tugas,
    Demi pantun ku redah kemari.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terindah Buat Ibu, Mama, Ummi, Emak…My Profile

  8. UmmiKami says:

    Makan petai dipipil-dipipil,
    Berangan merah denganlah jeruk,
    Timun busuk lecur dan tua;
    Bukan pandai bukan pun ahlil,
    Jangan marah janganlah merajuk,
    Pantun untuk menghibur semua.

    * suka berpantun… :))
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terindah Buat Ibu, Mama, Ummi, Emak…My Profile

  9. uhuhu.. bermadah malam..
    Suhairi Alias baru je tulis kisah Digital wedding cardMy Profile

  10. onlajer says:

    pantun malam jumaat tu memang yang terbaik, tidur awal untuk jaga awal tahjud hehe
    onlajer baru je tulis kisah Turun Lagi!My Profile

  11. maza says:

    terbaiklah..
    elok bikin sama pantun ikut bulan pula.. hehee

    Opppsss. terasa di tekak mahu melantunkan pantunlah fulaks.. hehehe

    anak ayam terkedik-kedik
    anak buaya di celah batu
    tiap malam tergedik-gedik
    entah apalah dia tunggu..

    ahaks.. satu kali.. amakk!
    lantun-lantun gitew..
    maza baru je tulis kisah Kaulah Ratu HatikuMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Makan dalam tu Maza… :D :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terindah Buat Ibu, Mama, Ummi, Emak…My Profile

  12. hafiz says:

    rajin nya karang pantun, bro ni cikgu sastera ke..
    hafiz baru je tulis kisah Buat duit dengan JobdirumahMy Profile

  13. BeritaKaki says:

    ehem..rasa nak berpantun jugak laa mcm ni..hehe..

    err…

    anak ikan anak ayam,
    keduanya boleh dimakan,
    Kalau cinta dalam diam,
    Ertinya ia susulan kasih dan sayang ..

    hehehehhee..

    test,,test
    BeritaKaki baru je tulis kisah Berbaloikah Ada Blog ?My Profile

    1. hafizmd says:

      wah! ada bakat besar jugak bro BK ni…
      hafizmd baru je tulis kisah Seloka Untuk Manusia Bernama Lelaki, Suami & …My Profile

      1. Padin says:

        pantun bro Tehr dah buatkan semangat orang lain turut berkobar untuk berpantun jugak, :D
        Padin baru je tulis kisah Sijil Kekompetenan GasMy Profile

        1. BeritaKaki says:

          well..lu org belum tengok gua sajak lagi ..kahkahkah
          BeritaKaki baru je tulis kisah JAIS Sahkan Shahz Jaszle Ditangkap KhalwatMy Profile

  14. Cik Siti says:

    Sang suria sinar mentari
    Bilakah malam tirainya turun
    Setiap hari menghitung hari
    Akhirnya bertukar bulan ke tahun

    1. Padin says:

      menghitung hari sesuatu yang besar?

  15. hafizmd says:

    Best best best!

    Mengarang pantun malam selasa
    Sambil baca pantun Cikgu Tehramuan
    Apa nak dikenang esok lusa
    Ambil pengajaran buat tauladan
    hafizmd baru je tulis kisah Seloka Untuk Manusia Bernama Lelaki, Suami & …My Profile

  16. saya suka pantun malam jumaat..ada unsur yang tersirat yang belum tersingkap..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah 78 Petunjuk Feng Shui (Feng Shui itu agama atau sains)My Profile

  17. Dja@SisHaza says:

    pantun ada hari dan ada tema ye cikgu … ;)
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TEMA SAMBUTAN HARI GURU SEPANJANG 41 TAHUNMy Profile

  18. takai says:

    kalo seminggu ada 7 kali, terpaksa pula tehramuan membuka dictionary..huhu
    takai baru je tulis kisah Teknik Penyeluk Saku Di JepunMy Profile

  19. cik tom says:

    ciktom plg suka pantun malam isnin..hee..
    cik tom baru je tulis kisah Cermin Ajaib atau Cermin Menipu?My Profile

  20. suri says:

    malam selalu panas2 hu..bila ujan mau turun nak hadap blog tak senang hati.tpia dmina da hati idea utk lontarkan kt blog

  21. titan says:

    pantun waktu siang plak apa??
    titan baru je tulis kisah Evolusi Earncent.comMy Profile

  22. Lynn says:

    Tak boleh nak jawab pantun hari ni, tetiba teringat keris lok 7.
    Lynn baru je tulis kisah Putih melati dan merah delimaMy Profile

  23. Hafizul says:

    Hehe..wahh memang bro pandai dah hebat la bab pantun..suka pantun malam jumaat..hahahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #52 – Pengikat Cahaya CintaMy Profile

  24. eiela says:

    suka pantun sabtu. ada janji esok petang. haha
    eiela baru je tulis kisah Contest Review Tak Terkalah Ahmadfaizal.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun