cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Pantun Maki Orang

Bolehkah memaki seseorang dengan pantun? Seperti yang kita sedia maklum, pantun dan berpantun adalah budaya Melayu. Memaki orang BUKAN satu budaya yang dibenarkan dalam kehidupan masyarakat Melayu, walaupun ramai orang Melayu sendiri yang suka memaki orang Melayu.

pantun maki orangBudaya Melayu mengajar dan mendidik kita orang Melayu untuk sentiasa bersopan santun dalam semua segi. Baik semasa di rumah, di tempat kerja mahu pun di jalan raya. Tapi janganlah pula apabila mahu lintas jalan, kita tunduk, hulurkan tangan kanan ke depan lalu bersuara dengan lembut, “Mintak ┬átumpang lalu. Minta tumpang lalu.” Hairan pula orang yang melihat. :D

Isi berangan dalam baldi,
Kulit berangan dalam raga;
Hidup dengan bermaki-maki,
Begitu bukan budaya kita.

Budaya Melayu tidak berpantun untuk maki orang. TIDAK! Aku pula memang tak suka dan tak benarkan diri aku maki orang. Untuk menulis pantun maki orang juga aku tak reti.

TehrDemikian kisah 'Pantun Maki Orang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



32 Comments

  1. Cik Siti says:

    tiada faedahnya kita nak maki orang…. bukan dapat pahala… malah dapat dosa lagi ada…
    Cik Siti baru je tulis kisah Fenomena SimsimiMy Profile

    1. onlajer says:

      kalau dunia punya cerita bukan dapat duit pun
      onlajer baru je tulis kisah 500Ribu View SemingguMy Profile

  2. Sebaik-baiknya pantun penuh budi bahasa.. tidak ada pantun maki orang.kalaulah ada pun termasuk kategori mantera sumpah seranah

  3. Hehe.. Ada pulak yang nak buat pantun maki orang ye. Mungkin untuk menyindir?
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong IslamMy Profile

  4. UmmiKami says:

    Salam hormat,

    Halau lelabah dengan kaki,
    Terasa naik si bulu roma;
    Kalau bersalah janganlah dimaki,
    Bahasa baik dituntutan agama.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ku Jual Silalah Membeli..My Profile

  5. UmmiKami says:

    Menangkap rusa mengguna kayu,
    Rebah ke tanah letih dan lelah;
    Beradab bahasa budaya Melayu,
    Ikutlah sunnah Kekasih Allah.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ku Jual Silalah Membeli..My Profile

  6. hafizmd says:

    isk3…macam2lah org kita..

    kata2 melambangkan hati
    jaga lidah hiasi hati
    jom teguhkan peribadi
    jangan suka maki-maki
    jangan lupa malaikat kanan & kiri
    kelak diri yang rugi
    hafizmd baru je tulis kisah Akhlak Rasulullah SAW & Salam Maulidur RasulMy Profile

  7. Abdur says:

    Lama betul saya tak melawat ke blog ini
    Abdur baru je tulis kisah Membuat Subdomain Dari DNSMy Profile

  8. suri says:

    naik sampan bersama adik
    tinggalkan keluarga buat seketika
    jika rupa tidak cantik
    asal manis meluntur bicara

  9. suri says:

    lidah geli menahan bicara
    bila melatah tersasul pula
    apa guna budi bahasa
    itukan di sanjung nusa dan bangsa

  10. suri says:

    patah hati mata berair
    penat menunggu adakah di tipu
    ikutkan hati bicara kasar
    itu yang amarah menjadi meracau

    1. aimannajmy says:

      amboi suri.. pandai berpantun ek hehe
      aimannajmy baru je tulis kisah Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting YanMy Profile

  11. suri says:

    patah hati mata berair
    penat menunggu adakah di tipu
    ikutkan hati bicara kasar
    itu yang amarah menjadi meracau

    ..hati cek tak patah tapi merajuk pasal blog tak hokey2 agi hua…

  12. chii says:

    pantun maki? rasanya kalau dalam bentuk sindir-sindiran ok la kot..sgt x manis kan nak maki2 org..lgi2 dlm bntuk pantun plak tu :p
    chii baru je tulis kisah Selamat Tahun Baru 2013My Profile

  13. aku biasa hidup dalam suasana maki-makian.

    tapi aku benci.
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah wordless wednesday : mesyuarat pokokMy Profile

  14. padin says:

    wahahaha carian dalam blog aku juga selalu naik
    “pantun marah orang”…
    seronok agaknya marah org dengan berpantun??? ekekee

  15. zool says:

    Dah tak kena pula maki orang guna pantun.
    apapun jangan memaki orang. tak elok
    zool baru je tulis kisah Skuad pemain Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Asia 2013 di QatarMy Profile

  16. fiezaradzi says:

    mmg tak buat, nak2 de anak.. bahaya tu..

    menurut org bijak pandai, sbb tu lah kita ketinggalan, sbb de nya sifat buruk2 macam tu dlm diri..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Tips Menghantar Anak Pertama Kali Ke SekolahMy Profile

  17. Hamdan says:

    Kalau pantun sindiran ok ler… tapi kalau nak maki, tu dah terkeluar dari adab berpantun dah kot…

  18. muktasim says:

    setuju sgt.. tambah2 kalau kita maki semula org yg memaki.. maksudnya kita ni sama ja.. :)
    muktasim baru je tulis kisah Senarai tawaran rebet RM200 smartphone dari Celcom, Maxis, Digi DLLMy Profile

  19. titan says:

    aku tak pandai maki orang. haha..
    titan baru je tulis kisah Isu dengar dan hormat.My Profile

  20. memaki hanya membahayakan kesihatan..
    org yg suka maki.. org yg cepat mati… heeeee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Mengatasi Stress Kemurungan Dgn Makanan. Dimana RasionalnyaMy Profile

  21. kozumi_ro says:

    HIHI maki cara apakah? hihi nk berpantun2 gitu^^
    kozumi_ro baru je tulis kisah Bercumbu Beramai-Ramai Di Rumah BosMy Profile

  22. nazray says:

    aik macam tu pun ada ka? hehe, mesti dia nak post pantun tu sebagai status kat facebook, melayu ni kan suka berkias. tapi kalau dah maki maki, hilang kiasnya, hilang budayanya.
    nazray baru je tulis kisah Kini dengan header baru.My Profile

  23. papa mifz says:

    siapalah agaknya yang cari pantun maki orang yer…haha
    papa mifz baru je tulis kisah Gelagat Peminat Barcelona Makan AiskrimMy Profile

  24. Bro Zulkbo says:

    salam..
    pantun ni dicipta untuk yang indah
    di sebalik kisah…tak sangka pula
    ada yang nak maki pun nak berpantun ye..?
    he he..payahla gitu :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh 2013My Profile

  25. de engineur says:

    klu suka sangat memaki, nanti diri sendiri plak yg mendapat maki. Org tengok pun akan cakap “tu dia,..raja maki dah datang”
    de engineur baru je tulis kisah "Moby Dick" lizard found in MadagascarMy Profile

  26. Amirez says:

    masuk hutan jumpa beruang
    takutnya rasa tak terkata
    sekali kita memaki orang
    berkali pula orang maki kita
    Amirez baru je tulis kisah Kelebihan dan Adab Hari JumaatMy Profile

  27. hairulafiz says:

    ada juga org cari pantun mcm tu ye…
    hairulafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs ATMMy Profile

  28. yas says:

    Hehehe…kekadang terasa cam lawak pun ader kan bro….nak wat mende ngan pantun maki org? Nak tulih dlm fb ker???:D
    yas baru je tulis kisah Jozan, Juara Final Maharaja Lawak Mega 2012My Profile

  29. akubiomed says:

    Kalau maki sempat lagi hendak berpantun. Rasanya tidak. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar