cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Pantun Makanan Tradisional

Hai, apa khabar semua? Hari ni malas pulak nak fikir-fikir mengenai keyword emas atau keywords terbaik sepanjang zaman. Semua tu memang buat saya pening kepala. Pelajaran berat tu! :D

Apa kata kita sambung belajar mengenai pantun saja hari ini? Nak? Lagi pun berpantun ni sangat menenangkan hati dan perasaan. Ada yang sedang komplen tu… “Tak reti berpantun la, Tehr!” Ada kan? Hehe… usah risau, ada cara mudah yang popular, hentam dan redah je yang mana patut!

kuih kociHari minggu ke pasar pagi,
Beli bekalan untuk keluarga;
Kuih koci makanan tradisi,
Di luar kulit di dalam intinya.

Riuh rendah di pasar pagi,
Ramai pembeli juga peniaga;
Makanan orang tiada gigi,
Kuih tradisi untuk semua.

Semua dihajat semuanya dapat,
Asalkan sahaja membawa wang;
Daripada kacang intinya dibuat,
Kulitnya pula berdaun pisang.

Pernah makan kuih koci tak? Teringat pula ketika masih di bangku sekolah, ibu saya membuat kuih koci untuk dijual. Biasanya saya akan makan inti kacang sahaja. :D Sekarang emak sudah tak buat kuih koci lagi dan saya hanya membelinya bila hari minggu. Kalau hari bekerja, memang tak sempat nak ke pasar.


Sementara dapat kerja tetap, buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Makanan Tradisional' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



40 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    kueh koci ni sedap yang inti
    kelapa manis..tak pernah pula
    saya makan inti kacang..mungkin
    sebelah negeri lain,berlainan caranya
    zulkbo baru je tulis kisah Isterinya Orang Cantik BelakaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sebaliknya saya hanya pernah jumpa kuih koci inti kacang je
      teringin pula nak rasa koci inti kelapa manis

  2. Zik says:

    sedapnya kuih kochi nie.. tapi manis sangat.. bahaya..
    Zik baru je tulis kisah Bahasa isyarat – apa kepentingannyaMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak boleh makan selalu ni, zik

  3. Wah bangun pagi ne da ada kuih siap dengan pantun lagi

    1. tehr says:

      silakan, jemput minum
      ada teh dengan koci je :D

  4. Dulu kecik2 memang suka gila makan kuih koci ni.., sekarang macam susah nak jumpa kecuali ramadhan jer….
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Do you want free ipad 2My Profile

    1. tehr says:

      kat kawasan saya ni tiap hari pun ada
      cuma kami je hanya sempat beli bila hari minggu

  5. adah says:

    kuih koci memang sedap
    nak2 kalau inti dia mantap dan banyak
    alahai kat sini susah nak dapat
    kena la balik kampung cari dan makan banyak2…

    hehehe
    adah baru je tulis kisah Bila dah meningkat dewasaMy Profile

    1. tehr says:

      datang kelantan pu boleh, adah
      nanti saya belanja kuih koci :D

  6. padin says:

    aku pun suka kuih koci…
    tapi mak pesan jangan makan laju2, nanti lekat kat kerongkong keh3

    1. tehr says:

      hahaha
      ini la yang menjadi masalah bagi anak aku
      dia suka makan tapi selalu komplen sebab payah nak telan

  7. Cik Siti says:

    kuih koci air tangan bonda,
    pemanis mulut dimajlis kenduri,
    remaja kini usah lupa tradisinya
    pasti disebut dikemudian hari….

    cendol darat sebagai manisan,
    dodol dibalut sidaun palas,
    makanan tradisi tak lapuk dek hujan,
    sudah pasti tak lekang dek panas.
    Cik Siti baru je tulis kisah Keperluan Atau KehendakMy Profile

    1. tehr says:

      enaknya sungguh kuih koci
      tidaklah susah untuk dicari
      pastikan ada di pasar pagi
      empat seringgit boleh dibeli

      1. Cik Siti says:

        kuih koci pelbagai perisa,
        tapi jangan melekat di lelangit,
        di sini harganya jauh berbeza,
        Nak dapat 4 baik 5 dua ringgit…
        Cik Siti baru je tulis kisah Keperluan Atau KehendakMy Profile

        1. tehr says:

          semua barang naik harga
          koci juga tidak terkecuali
          peniaga sudah kaya raya
          kita sahaja kekal begini

  8. mie says:

    gue kurang suka makan kuih koci..
    asyik melekat lekat je..
    nasib aik gigi masih original..
    ehee
    mie baru je tulis kisah Pemenang Contest – KPTPMy Profile

    1. tehr says:

      pesanan penaja kepada peminat kuih koci
      ‘sila tanggalka gigi palsu anda’
      haha

      1. mie says:

        kena letakkan di pembalut tu…
        xpasal2 ramai tercabut gigi nanti..
        eheheeeee
        mie baru je tulis kisah Hadiah Misteri Dari LubnanMy Profile

  9. yas says:

    Lame dah tak makan kueh nih….selalunya jumpe time kenduri kawen…hehehe
    yas baru je tulis kisah Paintball di Bukit CherakahMy Profile

    1. tehr says:

      kat kelantan tiapa hari pun ada, yas
      ada masa singgh la

  10. suri says:

    salam..
    sesekli makn juga..mak klu buat mmg sedp..

    1. tehr says:

      kelebihan mak kita
      memang sedap kalau memasak
      kan? kan? :D

  11. mappiau says:

    uiiii sangat suke makan kueh koci, susah2 nak kunyah telan ajer akekeke :P.
    mappiau baru je tulis kisah Yela Aku Tak Kisah Kalau Korang Teka Salah- Aku PahammmmmmMy Profile

    1. tehr says:

      bahaya tu
      minta2 la jangan tersekat kat kerongkong :D

  12. toyol says:

    bila cikgu pun pening ngan keyword emas..
    pe lg anak murid yg blaja pun malas cam TK ni..
    hehe..
    kuih koci? sedap tu.. Tk slalu jg makan, tp beli la.. nk buat x reti..

    lepat pisang tepi raga,
    tepung pelita dalam talam,
    tetamu datang disambut ceria,
    bila pulang berjabat salam..
    toyol baru je tulis kisah AYAH- JANGAN SEMBELIH SAYA! part 1My Profile

    1. tehr says:

      tepung pelita dalam talam
      kuih koci di dalam dulang
      bila pulang berjabat salam
      usah serik untuk bertandang

  13. Ismail N says:

    membuat entri dengan keyword terbaik
    keyword terbaik di sepanjang zaman
    kuih koci memang kawe tabik
    sodap nya sunggup menyelerakan

    1. tehr says:

      di mana juga boleh dibeli
      murah saja empat seringgit
      berhati-hati memakan koci
      takut terlekat pada lelangit

  14. kakyon says:

    suka yg koci labu dan pulut hitam..

    kuih ni sesuai ler untuk yg takde gigi..hihi

    1. tehr says:

      koci labu? pulut hitam?
      tak pernah jumpa la pulak, kakyon
      biasa dengan inti kacang je

  15. etomyam says:

    lamanya tak makan kuih koci, susah nak jumpa di hutan batu sekarang ni bro :D
    etomyam baru je tulis kisah Dari H Untuk H Mengenai HMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      memang agak susah nak cari
      kat kampung ni kebanyakan kedai kopi ada si koci ni

  16. akubiomed says:

    Emak panggil melambai
    Adik Aslah berbaju koning
    hirup kopi makan kuih serabai
    kuih tradisional berinti daging
    akubiomed baru je tulis kisah Bounce rate naik pada penghujung FebuariMy Profile

    1. tehr says:

      adik aslah berbaju koning
      pakai seluar berbunga-bunga
      kuih tradisional berinti daging
      pulut bakar itulah namanya

  17. deCrewz says:

    Lama dah x makan kuih koci.. Kalau kat KL, jarang la blh jumpa..
    deCrewz baru je tulis kisah Tukar Gambar Kepada Bentuk TeksMy Profile

    1. tehr says:

      nampak gaya kena ambil cuti la, bro
      balik kampung kejap

  18. ghost writer says:

    sangat suka kuih koci,baru petang semalam beli seringgit.hihi
    ghost writer baru je tulis kisah unmade bedsMy Profile

  19. Norgadis says:

    Saya pun suka makan kuih koci, tapi yang inti kelapa je yang saya pernah makan.
    Norgadis baru je tulis kisah Asterawani Di LabuanMy Profile

  20. dnoBiz says:

    nasib baik aku tinggal kat kelantan, sebab masih senang nak dapatkan kuih tradisional ni
    dnoBiz baru je tulis kisah Bunuh Kucing – Bila Manusia lebih Jahat dari Syaitan VideoMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar