gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

Pantun Lawak Jenaka

Sebagai entri terakhir tahun ini, aku memilih beberapa rangkap pantun antara banyak-banyak pantun yang singgah di ruangan komen blog Tehramuan.Com ini untuk tatapan semua. Katagori pantun lawak jenaka yang buat aku senyum dan terus berpantun sepanjang tahun 2012 ini.


yas

menebas jalan mendaki gunung
membakar sabut asap menyala
Jangan suka hidup termenung
Yang dikerja tak jadi apa


rainbowcloudy

kalau pergi ke PCB,
jangan lupa pekena cucuq ubi!


maza

ayam jantan bangun pagi
ayam betina bertelur sehari
matahari belum menjulang tinggi
tarik selimut mimpilah lagi


mak lagenda

Kalau dah penuh arnab sereban,
Ditangkap,disembelih,dibuang bulu,
sebenarnya rendang arnab sedap dimakan,
tapi jangan diberitahu dulu.


suri

payah juga mencari kuman
rupanya kuman atas kepala
bukan cikgu tak beri alasan
sudah puas dia bertanya


rahman

malu bertanya sesat jalan
sesat jalan di negeri kelantan
bertanya bangla di tepi jalan
mana rumah Teh Ramuan


adamfaiz

Betul ke kelkaltu dari anai-anai,
Aku memang tak pernah tau,
Nak berpantun aku tak pandai,
Tapi, aku orang Melaka tau!


Jebeng Otai™

kene siapkan semua kerja hari ini..
bru seronok bercuti


azli.afzainizam

naik perahu melabuh layar
layar terbentang pelbagai corak
sms dihantar bertanya khabar
mata pejam jari bergerak


irsah

Walaupun lautan kurenangi,
Ribut badai ku harungi,
Srcolling panjang di jejari,
namun tetap ku komen disini….


ghost writer

bakar ikan tepi pantai
pantai bersih pengunjung selesa
aku komen pun kadang pakai bantai
bertandang pun tak tentu masa


zik

pagi-pagi mandi di perigi
selamat hari raya aidilfitri


hafizmd

sesudah subuh minum kopi
baca Quran menambah ilmu
ramai memilih port di tepi
senang nak landing untuk beradu


Malaysia Coin

Pergi ke hutan mencari tupai
Masuk hutan dikejar beruang
Nak berpantun saya tak pandai
Hobi hanya mengumpul wang


Kak Long Mawar Merah

Jatuh cinta, memanglah asyik,
Kalau derita, janganlah serik.


Cik Siti

hari ini hari ahad,
hari Malaysia kita sambut,
berseronok mesti ada had,
Kelak esok tidak berserabut.


azura

pergi pagi pulang petang
dapat gaji bayar hutang
bila dapat cuti panjang
memang lupa jalan pulang


shameel

Malam Gelap Gelita.
Rembulan Bersembunyi Entah Di Mana.
Untuk Apa Ditangisi Putusnya Cinta.
Sedangkan Kita Masih Belum Putus Nyawa


cikgu naman

Pergi kenduri makan gulai,
Enaknya ditambah sambal berlada,
Irfan kata Klate akan terkulai,
Tapi tengoklah siapa yang kena?


papa mifz

kecewa juga bila ATM kalah
tapi tuh la mereka kalah bermaruah


sud@is

panas badan, minum nira
pahit tekak makan coklat
giliran Kelantan menang juara
Kedah melihat terkulat-kulat


ROJAK

sudah pagi bangun pagi
bangun pagi sarapan pagi


padin

wahahahah nape plak jadi gitu,
memang sengaja cari gaduh tu


UmmiKami

Mentimun mentimun retak..
Dahan liat lalu serangga..
Berpantun berpantun jugak..
Badan sakit perlu dijaga..


booBlogs

anak kera minum susu meleleh-leleh,
aiseh! apa pun tak boleh.


titan

hari-hari makan ikan..
ahh..hentam ajelah kannn..


Sebenarnya banyak lagi pantun yang ditulis di ruangan komen oleh rakan blogger yang singgah, tapi tak sempat untuk aku mencari semuanya. Rupanya ramai blogger yang berbakat menulis pantun ni. :D Tahniah dan terima kasih semua.

Sopan santun anak mami,
Dapat berpantun suka hati.

Ayun buai laju-laju,
Putus tali padan muka;
Salah silap tahun dulu,
Minta maaf pada semua.


Memang seronok bila ada Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Lawak Jenaka' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



42 Comments

    1. tehramuan says:

      yups, memang ramai yang berbakat ni

  1. Cikgu Hairul says:

    Blog ni bolehla jadikan sebagai tempat mengumpul pantun. Kalau dapat dibukukan pun cantik juga tu cikgu.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Whatsapp kena bayar?My Profile

    1. tehramuan says:

      masih jauh sangat lagi untuk bertukar menjadi buku

  2. akubiomed says:

    Wah bukan calang-calang pantun. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Mohd Chan Abdullah destinasi makan makan di BangiMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang macam2 ada, bro :D

    1. tehramuan says:

      betul tu, bro
      ada beberapa blog pantun yang bagus
      aku selalu juga singgah ke sana

  3. Zida says:

    Nak cuba gak eheheh

    belajar medic kena berteman,
    sebab mayat jadi alasan,
    ingat agama ingat Tuhan,
    moga hidup tenang dan aman.

    Selamat Tahun Baru! :)
    Zida baru je tulis kisah Best Moment of 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      Sebab mayat jadi alasan,
      Ramai pula tidak berminat;
      Ingat agama ingat Tuhan,
      Moga-moga dapat rahmat.

  4. UmmiKami says:

    Tumpang sekaki… :D

    Kalau tidak kerana unggun,
    Takkan bumi nyala berhari;
    Kalau tidak kerana pantun,
    Takkan kami hadir kemari.

    Demi minat pantun terhimpun,
    Pandai tiada suara pun besar;
    Kami tekad memohon ampun,
    Andai ada bicara kasar.

    Semat peniti menenun baju,
    Singkat seluar menutup lutut;
    Selamat meniti tahun yang baru!
    Tekad digegar hidup bermaksud. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dari Filem Melayu Klasik..My Profile

    1. tehramuan says:

      Singkat seluar menutup lutut,
      Basah kaki mengharung banjir;
      Tekad digegar hidup bermaksud,
      Pasti kejayaan segera hadir.

  5. padin says:

    hahah, memang tergelak..
    masuk juga komen gitu eh, thanks bro…
    padin baru je tulis kisah Edisi Khas : 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      komen tu ada gaya pantun juga tu, bro :D

  6. yas says:

    Uiksss…..nama naik kat pantun pertama tue…:) aku pun dah lope…kat entri mana pantun tu kuar daaa…..hahaha
    yas baru je tulis kisah Senarai Telefon BR1M Bawah RM500 (Rebat RM200 SKMM)My Profile

    1. tehramuan says:

      komen dalam entri pantun orang sibuk pada januari 2012
      memang dah lama tu

      1. yas says:

        OOwhhh…..okey2 thxs bro….
        yas baru je tulis kisah Rebat Telefon Pintar SKMM|Tiada Had Harga PembelianMy Profile

  7. Bro Zulkbo says:

    salam..
    lama juga saya tak berpantun
    macam dah hilang idea la pulak..
    ermm..lawak betul pantun Mak Lagenda tu..
    he he..
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Senarai Model Telefon Yang Mendapat Rebat RM200 Telefon Pintar Belia – Budget 2013My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      memang gitu gayanya, bro
      tak boleh khabarkan awal2

      1. Bro Zulkbo says:

        saya memang tak makan
        arnab nih..harap tak de la
        yang tak bagi tahu awal-awal..
        kesian saya nanti..he he
        Bro Zulkbo baru je tulis kisah Tip Dan Panduan Hari Pertama Persekolahan Setelah Cuti PanjangMy Profile

  8. suri says:

    hari ini hari cuti
    ramai orang suka hati
    klu dapat seminggu lagi
    jawab diri bakal di berhentikan

    selamat tahun baru admin dan kwn2 ;)
    suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2012My Profile

    1. suri says:

      erk salah bro tehr.
      jawab diri bakal diberhenti..

      # nnti bro betulkan eh heeee
      suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2012My Profile

      1. tehramuan says:

        ok je, suri
        rasanya tak perlu diperbetulkan lagi la :D

  9. cik tom says:

    dah lama menjejak kt sini..
    tp xreti nak bt pantun lg…
    huhu..
    cik tom baru je tulis kisah Selamat Tinggal Google Friend ConnectMy Profile

    1. tehramuan says:

      teknik yang paling mudah ialah
      redah dan hentam saja laa…
      hehe

      [aku pun guna cari begini]

  10. betul la kata bro yas.. kalo hidup asyik termenung.. mmg tak siap2 lah kerja dibuatnya….. saya pun jenis yg suka termenung… heee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Azam tahun lepas 2012 pun tak tercapai, Ada hati bercakap azam tahun baru 2013. Lemah aku dengar.My Profile

    1. tehramuan says:

      banyak fikir tu, bro
      aku pun sama :D

  11. de engineur says:

    Selamat tahun baru cikgu & semua warga TehRamuan
    de engineur baru je tulis kisah Happy New Year 2013My Profile

    1. tehramuan says:

      selamat tahun baru
      untuk semua

  12. Abdur says:

    Kalau hal dalam masalah “pantu-n” saya betul betul tak pandai,dekat sekolah dulu selalu kena marah apabila tiba masa pelajaran “P-antun”.
    Abdur baru je tulis kisah Tips seo 3My Profile

    1. tehramuan says:

      dah adatnya begitu, bro
      nak buat macam mana lagi

  13. mari ke huma membawa parang,
    parang diasah tiada sarungnnya;
    datang saya ke laman orang,
    bertanya khabar diri empunya.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Usaha tangga kejayaanMy Profile

    1. tehramuan says:

      Parang dibawa ke pinggir kali,
      Diasah tajam hilang sarungnya;
      Sihat-sihat sahaja hamba di sini,
      Semoga tuan demikianlah juga.

  14. Cik Siti says:

    ada juga selit pantun Cik Siti ye…. :)…..
    Cik Siti baru je tulis kisah kipas….My Profile

    1. tehramuan says:

      memang mesti ada tu, cik siti :D

  15. titan says:

    haha..ada juga pantun aku tu..
    titan baru je tulis kisah Konsep asas bila buat Contest.My Profile

    1. tehramuan says:

      asal saja pantun yang buat aku senyum :D

  16. Taswin A/l Chandra Segaran says:

    Pijak tin sampai remuk,
    Nama diberi Taswin gemuk

  17. sirna says:

    pagi hari menunggang kuda,,
    kuda pula patah pinggang,
    ada hati nak menggoda,
    di rumah anak keliling pinggang,

    Pagi hari menggosok gigi,
    Gigi di gosok tepi perigi,
    Jangan di tangis kasih yang pergi,
    ambil lah saya sebagai ganti,

    Cincin emas gelang suasa,
    kilauan nampak berbalam-balam,
    Jika kita tak dapat dapat bersua,
    Jangan lupa berkirim salam.

  18. sirna says:

    Ikan keli si ikan pelata,
    Di bungkus sana sini di bawa,
    Jangan meratap hiba putusnya cinta,
    Mari berzikir tenang jiwa,

    Indahnya sinar mentari,
    Di tengahari terasa perit,
    Ada hati nak tambah isteri,
    Gaji bulanan berbaki seringgit.

  19. suri says:

    dah lama tuan tanah tak buat entri cam ni hee..
    suri baru je tulis kisah Solat Jamak Dan Solat QasarMy Profile

  20. fatin balqis says:

    bestnya pantun korang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge