Pantun Lama Diubah Suai

Pantun lama diubah suai ini memang sudah agak lama juga berada dalam telefon buruk aku. Hanya hari ini aku dapat curi kesempatan untuk dilepaskan ke dalam blog ini.

Menurut Kamus Dewan, dua perkataan ini semestinya ditulis terpisah.

ubah suai

Pantun Lama Diubah Suai

Pantun Lama Diubah Suai

Buai tinggi-tinggi,
Sampai hujung tiang;
Kerja hari-hari,
Cukup bulan bayar hutang.

Tepuk amai-amai,
Belalang kunang-kunang;
Gelak ramai-ramai,
Menangis sorang-sorang.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing siam;
Dua tiga semangkuk kari,
Mana nak sama sepinggan laksam.

Buah jambu tiga serangkai,
Kelapa pandan di atas peti;
Apa baju yang kamu pakai,
Terdedah badan di sana sini.

Buah langsat kuning mencelah,
Duku tidak berbuah rambutan;
Seluar ketat perut terdedah,
Apakah kerana tersalah ukuran.

Pisang emas bawa berdayung,
Gunung Daik ditutupi habuk;
Hati panas kenapa dipayung,
Bukankah baik diambil wuduk.

Ok. Hanya beberapa rangkap sahaja yang dapat aku tuliskan dalam kesempatan ini.

Ada masa, ada ketika dan bila ada kesempatan aku akan menulis lagi untuk penggemar pantun semua.

TehrDemikian kisah 'Pantun Lama Diubah Suai' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


9 Comments

  1. Oyong Ilham says:

    wah …keren juga pantunnya ni tuan …
    Oyong Ilham baru je tulis kisah Sudah Benarkah Sholat Kita ??????? (Bag. Pertama)My Profile

  2. anuar says:

    Menarik.. pembayang masih sama.. cuma pemaksud (2 baris terakhir) bagi setiap rangkap pantun diubah suai berdasarkan keadaan semasa..
    anuar baru je tulis kisah 3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!My Profile

  3. Husna Rahman says:

    Hahah..kreatifnya..sesuai sgt dgn situasi masyarakat kita skrg…klu xterasa mmg ati batu la..kalah ati tisu…keke
    Husna Rahman baru je tulis kisah Assalamualaikum!My Profile

  4. Ikhwan says:

    Kais 30 hari, makan 1 hari…
    Ikhwan baru je tulis kisah Contoh Soalan PTD M41My Profile

  5. Wan Syahida says:

    Haha.. Pedasss pantun ubah suai nih kan!
    Wan Syahida baru je tulis kisah 11 Kebaikan OmegaGuard Untuk Ibu Hamil dan Bayi Yang Anda Mesti Tahu!My Profile

  6. Yang mana ada hutang tu baik selesaikan hutang dulu dan elakkan buat hutang lagi
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Gunung Angsi Hiking Challenge 2016My Profile

  7. imnajmi says:

    Kajang pak malau kajang berlipat
    Sampai tengah bulan ikat perut kuat-kuat

    Err 2 rangkap ajer huhu
    imnajmi baru je tulis kisah Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!My Profile

  8. Ira says:

    Ada yang buat geli hati juga bila baca. terbaik.
    Ira baru je tulis kisah Keajaiban Perjalanan Hidup Seorang WanitaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun