pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita
tehramuan

Pantun Kuih Tradisional Malaysia

kuih kociMemang cerita benar dan bukan khabar angin lagi kalau dikatakan gerai-gerai di Kelantan kebanyakannya diuruskan oleh kaum wanita, jarang sekali ada terdapatnya kaum lelaki bersama. Sememangnya banyak terdapat gerai makan, gerai buah-buahan atau gerai kuih-muih di sepanjang laluan Mr Tehr ke sekolah. Hampir setiap hari Mr Tehr singgah untuk membeli kuih-muih.

cucur udang ternampak udang
cucur badak tak nampak badak
cakap siang malas memandang
cakap malam dengarnya tidak

duduk merebus tepung bungkus
sambil merasa tepung pelita
budi terkambus adab terhapus
bagaimana jiwa mahu merdeka

putu buluh masaknya sepuluh
putu piring nyiur keliling
pantang mengeluh andai terjatuh
biar pening berpusing-pusing

kuih lapis berlapis-lapis
kuih koci di dalamnya inti
mahu menulis dakwat habis
mahu berhenti tak siap lagi

Kebiasaannya bila pulang dari sekolah di tengahari, Mr Tehr akan membeli satu dua jenis kuih tradisional yang dijual di gerai berdekatan untuk dimakan ketika minum teh sebelah petang bersama keluarga. Seringgit untuk sejenis kuih, kalau RM3.00 dah dapat 3 jenis kuih. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Kuih Tradisional Malaysia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



26 Comments

  1. akubiomed says:

    Wah mencabar hendak balas pantun mengenai kuih tradisional. Perlu difikirkan hendak balasnya nanti :-)

    1. tehr says:

      sama je, bro
      macam pantun biasa gak :)

      1. MENCABAR bagi kawe sbb selalu lupa nama kuih.. Tau makan aje.. he he :wink:
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Why More People Prefer To Work From Home?My Profile

  2. dinar says:

    mahu menulis dakwat habis
    mahu berhenti tak siap lagi
    sabar tehr, esk wednesday wordless
    tempek je gambaq terus jadi..

    Ok ke pantun saya ni….cuba-cuba nk belajar berpantun….hehe
    dinar baru je tulis kisah Bank Pusat Negara Eropah kembali membeli emas…My Profile

    1. tehr says:

      wordless wednesday hari rabu
      hari lain biasa-biasa sahaja
      seminggu sekali ia ditunggu
      macam hadiah untuk blogger

  3. padin says:

    hehe aku ni jenis bermusim plak, kalau time puasa banyak juga kuih aku beli.. tapi time biasa ni macam kurang minat je plak huuu
    padin baru je tulis kisah 4 Kategori ManusiaMy Profile

    1. surihatiku says:

      haa..borong nasik lemak sesekli sudh tentu
      surihatiku baru je tulis kisah Manusia Yang Tidak BertanggungjawabMy Profile

    2. tehr says:

      aku pulak time puasa makan kuih sekali sekala je
      hehe

  4. eiela says:

    a’a kebiasaannya kat Kelantan memang majoriti perempuan yang jaga kedai.

    nih pantun saya plak, hentam je nih

    kuih talam dalam perahu,
    rupanya cantik berwarna-warni,
    dengarlah sini nak bagitau,
    sedapnya pantun kuih ni.
    eiela baru je tulis kisah Awet Muda Dengan SenyumanMy Profile

    1. surihatiku says:

      saya suka kuih puteri mandi heeee..kuih melayu mmg byk citarasa manis2 buah terasa cukuplaj jgn mnis sgt nnti kencing mnis heee
      surihatiku baru je tulis kisah Manusia Yang Tidak BertanggungjawabMy Profile

      1. tehr says:

        saya suka tengok puteri mandi
        haha :D

    2. tehr says:

      sedap pantun kuih muih
      sambil makan senyum pula
      sopan santun biar berlebih
      tambah juga budi bahasa

  5. Jai says:

    Aku hairan jugak tgk kebanyakan tukang masak di KL kebanyakannya lelaki kelantan, mana perempuannya.. :)
    Jai baru je tulis kisah Raja Lawak 6 Ada Cif Kecik Dan Cif BesarMy Profile

    1. tehr says:

      isteri dia mungkin ada bisnes kat tempat lain tu, jai

      1. padin says:

        isteri dia pi masak kuih tradisional la hehee,

    2. dnoBiz says:

      pastike tu lelaki kelantan
      lelaki dari Golok :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Ilmu Batin – Beli Khadam Dalam TalianMy Profile

  6. Cik Siti says:

    Bingka pulut kuih samosa,
    kuih koci inti kelapa,
    pencuci mulut semanis rasa
    Kuih tradisi pasti tak lupa.
    Cik Siti baru je tulis kisah MISS U….My Profile

    1. tehr says:

      kuih bingka rasanya kenal
      kuih samosa tak pernah jumpa
      enak rasanya kuih tradisional
      makan seorang atau berdua

  7. Pacifista says:

    haha…menarik pantun kuih ko bro :D
    aku bab pantun ni fail sungguh :p
    Pacifista baru je tulis kisah Syarat dan Terma Bonus PacifistaMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tak apa, bro

  8. Zulkbo says:

    kuih bingka di masak di dapur
    siap di masak tak sabar nak rasa
    kuih melayu memang masyhur
    di makan oleh pelbagai bangsa
    Zulkbo baru je tulis kisah Hidupkan Untuk Memberi : Hadiah Myvi Extreme Di Contest Besar DenaihatiMy Profile

    1. tehr says:

      dimakan oleh pelbagai bangsa
      enaknya rasa murahnya harga
      ada di kampung juga di kota
      pilih sahaja yang mana suka

      usah beli banyak sangat, nanti tak habis dimakan

  9. ghost writer says:

    paling suka makan kuih lenggang atau dipanggil kuih gulung.

    1. tehr says:

      aku ni kebanyakan kuih tradisi kelantan aku suka

  10. dnoBiz says:

    dan sedikit fakta tambahan…
    kedai makan di monopoli oleh warga Thai,
    Kedai borong untuk barang runcit oleh Bangsa cina
    Kedai elektrik dan juga hard ware Oleh Bangsa cina
    kedai karpet…. Tokseh :D

    Ps : apa yang boleh kita lakukan ??? sedangkan melayu 95% di kelantan
    Pss : sorry out of topik
    dnoBiz baru je tulis kisah Kejam Gila – Kulit Haiwan dilapah Hidup hidup untuk dijadikan Kasut (Video 18g)My Profile

    1. tehr says:

      betul2
      orang melayu tumpang kat tepi2 je
      jual kuih muih
      huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar