Pantun Kuih Tradisional Malaysia II

… sambung entri mengenai pantun kuih tradisional Malaysia

Mr Tehr selalu baca dalam blog dnoBiz, daripada kita asyik berfikir dan berbicara mengenai harga barang, bonus, gaji dan segala perbelanjaan harian, adalah lebih baik kita berfikir bagaimana mahu menambah pendapatan sendiri. Begitu kan, dno? :D

Sebenarnya bukan semua kuih-muih yang dijual di sesebuah gerai dibuat oleh pemilik gerai berkenaan. Pemilik gerai mungkin hanya membuat satu dua jenis kuih sahaja sedangkan kuih-muih yang lain dibuat oleh orang lain. Orang kata ambil upah jual atau ambil komisyen.

Pengat nangka manis rasa,
Pengat ubi sedap sekali;
Berat rasa hatinya kecewa,
Hari tinggi tak bangun lagi.

Kuih keria hidangan senja,
Kuih keseri hidangan pagi;
Manalah muka nampak ceria,
Kalau diri tak mandi pagi.

Ketupat palas dalam bekas,
Ketupat nasi belum berisi;
Sikap malas mesti dicantas,
Jikalau diri tak mahu rugi.

Kalau dulu-dulu, apa yang Mr Tehr tahu komisyen jual kuih ni 20% dari harga kuih. Kalau RM1.00 dijual pemilik gerai dah dapat 20 sen, kalau jualan sehari RM100 dah dapat upah 20 ringgit. Banyak juga tu.

Kadang-kadang teringin juga nak buka gerai, ambil upah jual kuih. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Kuih Tradisional Malaysia II' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. Norgadis says:

    kuih sepit kuih bahulu
    habis dimakan anak cik Siti
    kuih moden kuih dahulu
    Kuih tradisional idaman hati
    Norgadis baru je tulis kisah Bunga BerduriMy Profile

    1. tehr says:

      buat cupcake sesedap rasa
      macaron pula warna-warni
      cek mek molek kuih popular
      dimakan sama puteri mandi

  2. sud@is says:

    nak tanya kuih keseri tu cemna teh
    sud@is baru je tulis kisah Antara Ego dan EmosiMy Profile

    1. tehr says:

      katanya kuih keseri ni poplar di pulau pinang
      saya pun belum pernah makan ni, sud@is

  3. zulkbo says:

    SALAM..
    masih segar di ingatan saya
    masa kecil dulu membantu mak
    menjual putu piring..zaman susah
    betul masa tu..kesian mak
    zulkbo baru je tulis kisah Herbert Chavez Taksubkan Superman Nasib Baik Bukan DoraemonMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      mak saya pulak buat kuih koci untuk dijual
      inti koci ni memang jadi kegemaran saya masa budak2 dulu

  4. akubiomed says:

    Adik ipar meniaga warung pun sudah tidak buat kuih lagi. Dia ambik komisen kuih orang yang letak di warung dia
    akubiomed baru je tulis kisah Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanakMy Profile

    1. tehr says:

      memang lumayan juga, bro
      saya tengok kat warung yang saya selalu singgah tu
      tiap hari banyak betul kuih muih

  5. dinar says:

    bagus hasrat tehr…tu. Mungkin boleh buat hub-kuih tradisional.. supaya kuih tradisional nenek moyang kita terus berdaya saing…
    dinar baru je tulis kisah Bila masa sesuai untuk beli emas??My Profile

    1. tehr says:

      angan2 je tu, dinar
      kalau masa sekarang ni, memang tak sempat nak buka warung :D

  6. ghost writer says:

    permasalahan global(mungkin dlm negara saja)membuatkan kita lebih banyak mencari akal,berfikir untuk menyamai tuntutan hidup yang tinggi.mungkin nampak kecil idea utk ambil upah jual kuih,tapi ia masih berbaloi.
    ghost writer baru je tulis kisah hukumMy Profile

    1. tehr says:

      aku fikir memang berbaloi, ghost
      kalau kena dengan lokasi warung, memang lumayan

  7. Pacifista says:

    aku pernah jual karipap masa tingkatan 2.memang seronok berniaga ni.lebih2 lagi bila dah untung :D
    Pacifista baru je tulis kisah Animasi Baru Les’ Copaque – Pada Zaman DahuluMy Profile

    1. surihatiku says:

      ye ke bro saya mak berniaga kat kantin sek..saya pun bwk kuih2 kat sek pastu jula kat kengkawan geee.dpt wet simpan dlm tabung geeeee
      surihatiku baru je tulis kisah Di Sana Sengsara SuamiMy Profile

      1. tehr says:

        wah, orang bisnes juga rupanya ni
        tahniah2
        sekarang tak buat bisnes ke, suri?

  8. iwan delaroc says:

    masa sekolah rendah, makcik kantin di sekolah tolong jualkan kuih yang dibuat oleh mak saya.. .. nak cari duit lebih
    iwan delaroc baru je tulis kisah thought of the day #14My Profile

    1. tehr says:

      sampai sekarang pun macam tu, bro
      penendar kantin tak buat kuih
      hanya masakan dan air je

  9. Mus says:

    sekarang ni jual kuih pun guna pakej..

    biasa dengan 3 biji – rm1
    Mus baru je tulis kisah “Pada Zaman Dahulu” Terbitan Les’Copaque Bakal Menemui PenontonMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      betul tu, mus
      macam2 pakej ada

  10. surihatiku says:

    mmg berpakae pon dulu 15 sen skrg 3 singgit erk….saya skrg dlm proses nak buat kuih dri air tgan sndri hee…nak ikut cam mask buat kuih tradisional semuanya mak mahir hee..

    cemburus sayas sebagais anaks dias heeee

    1. tehr says:

      elok sangat tu
      moga2 berjaya nanti

  11. bEe says:

    kuih cakar ayam
    kuih tahi itik
    kuih bahulu
    kuih kacang
    kuih buah melaka

    itu je ingat buat masa skang :-P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun