Pantun Kerja Kerajaan

Pantun Kerja Kerajaan dipersembahkan hari ini untuk tatapan kita semua peminat pantun. Pantun kali ini dengan satu tema menarik kerja kerajaan.

Ya.

Kerja mesti nak kena ada. Mana boleh nak duduk makan tidur sahaja tanpa ada kerja. Tak kiralah kita nak kerja sendiri, kerja swasta atau kerja kerajaan. Janji ada kita kerja.

Ada kerja, ada gaji.
Jerebu tiba sekolah cuti.

Pantun Kerja Kerajaan

Pantun Kerja Kerajaan

Ada yang minat kerja dengan kerajaan kerana beberapa sebab, kemudahan dan kelebihan yang disediakan.

Antaranya ialah;

Awal pagi ambil sarapan,
Makan roti dengan mentega;
Seronok kerja dengan kerajaan,
Dapat pencen apabila bersara.

Berapa ringgit berapa sen,
Belanja kawan makan bersama;
Masa bekerja atau dah pencen,
Kemudahan perubatan buat semua.

Kerja selesai badan kepenatan,
Hari senang rasa keriangan;
Kerja sebagai pegawai kerajaan,
Senang juga nak buat pinjaman.

Buat kerja hati berdendang,
Kawan ketawa nampak gigi;
Isteri bersalin cuti panjang.
Suami juga mendapat cuti.

Dapat kahwin gadis periang,
Kekal bahagia sampai ke tua;
Andainya rajin ambil peluang,
Sambung belajar sambil bekerja.

Petang hari pulang ke rumah,
Sebelah malam duduk berehat;
Jadi pegawai pangkat rendah,
Ada peluang nak naik pangkat.

Ada kerja ada gaji,
Dan banyaklah lagi…

Kerja kerajaan ni, dapat panggilan temuduga pun dah seronok.

Tapi ingat, tak boleh nak seronok sangat.

Itu hanya panggilan temuduga.
Bukannya tawaran dapat kerja.

Kita perlu cari ilmu, cari panduan dan cari tips bagaimana mahu lulus temuduga untuk kerja kerajaan?

Sekian Pantun Kerja Kerajaan kita hari ini. Payah benar rasanya aku nak tulis. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Kerja Kerajaan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. maza says:

    Bukit Angkasa Bukit Cagar,
    Tempat tempua terbang seraya;
    Zaman 90-an kata nista banyak berlegar,
    Kerja kerajaan panyah kaya jangan beriya.

    Tembat tempua terbang seraya,
    Kasta bidunda atas kayangan;
    Gaji kerajaan kecil tak jadi kaya
    kerja swasta lumayan banyak imbuhan
    maza baru je tulis kisah KEMBARA JALANAN: EKSPERIMENTASI BERKELANA SIRI ANAK BERANAKMy Profile

  2. Anuar says:

    Untunglah sekolah dapat cuti… Kami di Politeknik tak dapat cuti, sebab “Kami tak ada Hidung” hahaha
    P/S : Ini rungutan yang biasa saya dengar daripada pelajar-pelajar saya…
    Anuar baru je tulis kisah Simpan Duit Syiling Sebagai Modal Untuk Membeli Rumah..My Profile

  3. akubiomed says:

    Memang bertuah dapat bekerja dengan kerajaan. Macam-macam kelebihan yang diberikan.
    akubiomed baru je tulis kisah Resepi roti pizza yang mudah dan sedap untuk dicubaMy Profile

  4. Dja says:

    Orang tua dulu-dulu kalau ada anak gadis, calon menantu mesti pilih lah orang kerja kerajaan ….. haha. Sekarang ? Kerja kerajaan atau swasta, poket kena lebat ..
    Dja baru je tulis kisah CPUV Nuffnang Bulan September & OktoberMy Profile

  5. Ikhwan says:

    kalau dapat kerja kerajaan, pihak bank yang paling gembira sebab banyak tawaran pinjaman yang nak diberi :)
    Ikhwan baru je tulis kisah Ebook Persediaan Temuduga Separa PerubatanMy Profile

  6. titan says:

    tak reti nak berpantun.
    saya cuma reti makan timun.
    titan baru je tulis kisah Korang langgar, korang kena GEGAR.My Profile

  7. ringantangan says:

    Kalau kita lihat dari segi amanah, kerja kerajaan perlu lebih amanah, kerana ia adalah amanah yang diberi oleh rakyat. :)
    ringantangan baru je tulis kisah Belajar Premiere Pro secara percuma dan mudah fahamMy Profile

  8. Padin says:

    bajet kali ni apa cerita pulak ye

  9. Mawar Melati says:

    Ralit pulak baca pantun kisah orang kerajaan ni. Mekasih tuan…
    Mawar Melati baru je tulis kisah Wow!!! Kelas INSTA serendah RM 10 jeMy Profile

  10. Ramai orang suka sangat nk masuk sektor kerajaan kan…MV dulu pun sama…
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Prenatal Vitamin Bantu Mengurangkan Keletihan Semasa HamilMy Profile

  11. Bahrain says:

    Kalaulah dapat kerja kerajaan. sekarang pun susah nak dapat kerja kerajaan
    Bahrain baru je tulis kisah Kecuaian Punca Tragedi BerlakuMy Profile

  12. zik says:

    apepun ada pros and cons kerja kerajaan nih…
    zik baru je tulis kisah Panduan temuduga penolong penguasa kastam gred w17 2015!!My Profile

  13. Seronoknya mengelamun
    Lagi seronok Baca pantun.. hihkhik
    Blogger Sabah baru je tulis kisah Beli Buku Online Siri TravelMy Profile

  14. saps says:

    makan ayam ditepi jalan.
    bunga mawar kembali mekar,
    hati-hati orang kerajaan,
    jangan sampai MLM kejar.

    hehe..hakikat masa kini. orang kerja kerajaan selalu dikejar puak MLM.
    saps baru je tulis kisah SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan PeperiksaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun