Pantun Kenangan | September 2012

Biasanya entri Pantun Kenangan ini aku akan lepaskan pada hari pertama setiap awal bulan. Entri penghargaan kepada rakan blogger yang rajin singgah, rajin tinggalkan komen serta penghargaan kepada blog rakan yang banyak menghantar trafik ke Tehramuan.Com ini. Malangnya bulan ini gagal pula untuk berbuat demikian.

Panjat dokong petik langsat,
Manis juga si buah rambutan;
Sesekali pasti akan terlewat,
Maafkan hamba wahai kawan.

Walau pun entri ini terlewat sehari, tetapi malam tadi sempat juga aku meletakkan avatar Top Commentators dan Top Referrer seperti biasa. 10 pengomen terbanyak Tehramuan.Com sepanjang bulan September 2012 ialah suriJebeng OtaiCik SitihafizmdBro Zulkbo ,akubiomedpadin, donnyien, hatiputera dan rain. 3 yang terbaik aku letakkan avatar mereka kat sebelah kiri tu. Terima kasih.

Dalam belukar pohon keranji,
Bunga lebat harum baunya;
Janji dilakar sanggup ditepati,
Kalau terlewat maafkan saja.

Tumbuh rendang berbau harum,
Di tepi halaman pohon kemboja,
Susah senang berbilang kaum,
Semoga aman sepanjang masa.

Tiga avatar di sebelah kanan iaitu rain, hatiputera dan donnyien sebagai penghargaan dan terima kasih kerana menjadi penyumbang trafik terbanyak ke blog Tehramuan.Com ini sepanjang bulan September lepas. Sekali lagi terima kasih untuk semua.

Hari ini tak banyak blog yang aku sempat singgah. Sori…

TehrDemikian kisah 'Pantun Kenangan | September 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    salam..
    masih setia di sini :)

    tahniah Donniyen
    antara penyumbang
    trafik terbanyak di sini
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Borang (BR1M 2.0) Bantuan Rakyat 1Malaysia Kali KeduaMy Profile

  2. sensasi2020 says:

    Patun kenangan jadi tradisi,
    Setiap bulan pasti dilakari,
    Sangat menarik dibuat pantun entri,
    Banyak manfaat jika dihayati.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?My Profile

  3. Norgadis says:

    Kertas kerja banyak diberi
    entri blog pun jarang terkini
    walaupun lama tak singgah ke mari
    Ada masa berkunjung juga di sini.

    Salam,
    Lama benar tak singgah, sibuk dengan kerja persatuan, maklumlah tahun depan akan buat program besar, insyaAllah Dialog Borneo-Kalimantan akan diadakan di Labuan.
    Norgadis baru je tulis kisah Festival Kesenian Dan Kebudayaan Tadika IslamMy Profile

  4. kimmie says:

    susah betul nak tembus carta kat sini…bila la nama saya nak naik..hehehehe
    kimmie baru je tulis kisah 3 tahun akan datang…apa yang bakal terjadiMy Profile

  5. rahman says:

    buah/pohon keranji tu macam mana rupanya…
    rahman baru je tulis kisah Layan Western Food di Texas Steak House Bandar Tun Hussein OnnMy Profile

  6. padin says:

    berubah carta pulak bulan ni..
    tambah lagi teh.. ekekee
    padin baru je tulis kisah Variasi PenulisanMy Profile

  7. ghost writer says:

    berkunjung kalau sempat
    tapi tetap diingat
    ghost writer baru je tulis kisah inlah manterakuMy Profile

  8. akubiomed says:

    Tanniah kepada semua Top Komentator. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Baby Aslah masuk Peraduan Si ComelMy Profile

  9. Senarai pengomen tegar ehhh… Mcm biasa jer kawe tgk namanya :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah I Bet My Son Will Be A Devil SomedayMy Profile

  10. maza says:

    huhuhu.. maza ucapkan tahniah!

    kebamboooomm gitew. hehehe

    suri tu memang rajin orgnya.. ahaks!
    maza baru je tulis kisah Maza bukan peragut ituMy Profile

  11. zool says:

    oo top commentator rupanya.. ingatkan apa yang dikenang tadi
    zool baru je tulis kisah Bertam Ulu FC jadi naib juara kejohanan Futsal Grand Tiger Street FootballMy Profile

  12. hatiputera says:

    Tak sangka aku jadi salah satu penyumbang traffic ke blog tehr,,,terima kasih kerana backlink
    hatiputera baru je tulis kisah Jadual perlawanan kedua liga juara juara 2012 2013My Profile

  13. Naziman says:

    Wah, bulan depan saya nak avatar kat kiri dan kanan la. hehe
    Naziman baru je tulis kisah Blog Popular mesti ada kumpulan – Tip BloggingMy Profile

  14. azura says:

    sungguh enak buah beri
    warna merah memberi erti
    saya masa setia di sini
    sebagai sahabat jadi penyeri
    azura baru je tulis kisah Pelangi mengelilingi matahari yang bulatMy Profile

  15. masih dpt mengekalkan momentum.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Buta PhotoshopMy Profile

  16. suri says:

    salam tuan rumh tahniah sb kira selesai tugas update entri ni.. kira masa ada free ar tu hee…. terima ksh atas linknya.
    suri baru je tulis kisah Trick Menawankan Diri SendiriMy Profile

  17. Eizil says:

    Semoga bulan depan boleh juga nampak avatar muncul di bahagian header tehramuan.com :D
    Eizil baru je tulis kisah Permulaan suku terakhir yang mencabarMy Profile

  18. rain says:

    aik? sukar dipercayai..

    hidangan tehr yang lazat mana bisa dilepaskan.
    entri sebagai santapan yang terbaik menjadi wadah buat hati yang gulana.
    rain baru je tulis kisah berkongsiMy Profile

  19. shraqs says:

    Ramai pembaca setia di blog Mr Tehr ni. Pandai bancuh teh kaw2 punya. :)
    shraqs baru je tulis kisah Video Kempen Anti-iPhone Oleh NokiaMy Profile

  20. hafizmd says:

    Alhamdulillah. Sempat jugak menyelit =)

    Moga ukhwah antara kita akan terus berkembang
    hafizmd baru je tulis kisah Belum Masanya Untuk Kembali…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun