Pantun Kenangan | Oktober 2012

Kenapa dan mengapa beberapa minggu Mr Tehr tidak menjenguk blog akan Mr Tehr ceritakan dalam entri yang akan datang. Entri khas ini semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang banyak meninggalkan komen di blog Tehramuan.Com ini.

Ambil galah mengait kelapa,
Galah patah adik manggis;
Cuti sekolah telah bermula,
Kerja sekolah belum habis.

Kakak tertawa gelinya hati,
Terdiam adik badan menggigil;
Hati gembira seronok bercuti,
Kursus pelik pula memanggil.

Terima kasih kepada 10 rakan blogger yang paling banyak meninggalkan komen sepanjang Oktober iaitu HafizulsuriakubiomedpadinDulu Lain Sekarang LainNazimanBro ZulkboCik Sitidonnyien dan Jebeng Otai™. Avatar 3 pengomen terbanyak seperti biasa ada diletakkan di sebelah kiri. :D

Patah galah haluan perahu,
Perahu karam hanyut ke tepi;
Setahun sudah musim berlalu,
Kini Muharram muncul kembali.

Hilang sampan hilang berganti,
Bukan kecewa putus harapan;
Jadi pedoman hijrahnya Nabi,
Umat manusia di akhir zaman.

Seperti biasa juga 3 avatar di sebelah kanan Cik Siti, Hati Putera dan Cikgu Naman ialah tuan punya blog yang paling banyak menghantar trafik ke Tehramuan.Com ini. Terima kasih semua.

TehrDemikian kisah 'Pantun Kenangan | Oktober 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    selamat kembali berblogging..
    harapan semuanya dalam keadaan
    sihat sejahtera hendaknya..
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Resepi Dan Cara Bergambar Membuat Durian CrepeMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      payah pula rasa nak cari mood menulis kali ni :D

  2. onlajer says:

    cikgu memang biasanya hujung ni sibuk ya tehr?
    onlajer baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada ketikanya memang begitu
      tapi bukan juga sentiasa sibuk

  3. Norizwan says:

    bro cuti sekolah ni bertambah sibuk yer…sama la kwn2 saya jadi cikgu ni…ada ajer kursus macam2….
    Norizwan baru je tulis kisah Undian tertinggi maharaja lawak mega 2012 episod 1My Profile

    1. tehramuan says:

      kami ada kursus untuk 3 hari je :D

  4. akubiomed says:

    Tanniah kepada pengomen tegar untuk blog Teh Ramuan ini. Cuti yang panjang bro TehR tidak makan angin?
    akubiomed baru je tulis kisah 2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

    1. tehramuan says:

      cuti kali ni kami tak rancang nak ke mana2 lagi, bro
      masih belum sempat nak bincang dengan anak2

  5. Rapunzeel Cikilolo says:

    waa, lame tak dengar cerita ni :)

    1. tehramuan says:

      sesekali menjadi orang sibuk :D

  6. padin says:

    wohaaa ape plak ‘kursus pelik’ tu ekekee
    padin baru je tulis kisah Pertandingan FutsalMy Profile

    1. tehramuan says:

      apa tak peliknya, bro
      jadual kursus 6 jam untuk 3 hari
      hanya 2 jam sehari

      bagi aku memang pelik macam ni

      1. padin says:

        wahahahah nape plak jadi gitu,
        memang sengaja cari gaduh tu ekekee

  7. nurmisnan says:

    Pantun cikgu TehR memang terbaeklah..
    Semua pantun2 tuh kalau dibuat buku
    pasti laris..
    nurmisnan baru je tulis kisah Khasiat cili padi dan pokoknyaMy Profile

    1. tehramuan says:

      buat buku?
      rasanya masih jauh dari layak untuk dibukukan

  8. beckhrooy says:

    bro cuti ke seminggu ni tu yang tak update
    beckhrooy baru je tulis kisah Keputusan Pemenang AIM 2012 (Anugerah Industri Muzik AIM Ke-19)My Profile

    1. tehramuan says:

      cuti tapi masih tak juga bercuti
      huhu

  9. titan says:

    pehh..sibuk gayanya. hehe..
    titan baru je tulis kisah 20 info tentang Contest tempatan.My Profile

    1. tehramuan says:

      orang kampung aku kata
      sibuk tak ada kerja :D

  10. donnyien says:

    tahniah semua, terima kasih bro, nampaknya saya juga tersenarai dalam list 10 blogger terbanyak mengomen di blog tehr..
    donnyien baru je tulis kisah Blogger yang sombongMy Profile

  11. hatiputera says:

    Lama jugak tehr menghilang. Terima kasih kerana Link Back ke hatiputera.
    hatiputera baru je tulis kisah 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  12. Cik Siti says:

    itulah…. tertanya-tanya juga…. kemana En TEHR menghilang.
    Cik Siti baru je tulis kisah mee hoon goreng sicilikMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada ni, cik siti
      masih tenggelam2 timbul :D

  13. cik tom says:

    pttlah lm menyepi…tahniah pd top 10 komentar..
    cik tom baru je tulis kisah 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun