Pantun Kenangan | Ogos 2012

Sedar tak sedar, bulan Ogos dah pun berlalu. Sepanjang bulan Ogos lepas aku hanya sempat menulis beberapa entri sahaja. Trafik blog jatuh merudum. Alexa Rank teruk tiga kali ganda. Page Rank pula turun satu anak tangga. Huhuhu…

Berdiri rapat diangkat bendera,
Duduk rapat berpegang tangan;
Ucapkan selamat berhari raya,
Juga selamat Hari Kebangsaan.

Bersila di tikar rumah tumpangan,
Diam mencangkung penatnya kaki;
Masa dikejar mencari kesempatan,
Siapa yang untung siapa yang rugi.

Nama 10 pengomen terbanyak sepanjang bulan Ogos iaitu surihafizmdpadinchanikachaCik SitiakubiomedJebeng Otai™Malaysia coinBro Zulkbo dan kakyon akan tercatat di blog Tehramuan.Com ini. Avatar suri, hafizmd dan padin pula akan menghiasi blog ini untuk tempoh sebulan. Terima kasih banyak kepada semua sahabat blogger yang mana nama-nama mereka tidak tercatat kali ini.

Penat terasa menungkat dagu,
Duduk bersila kakinya lenguh;
Musim beraya sudah berlalu,
Kembali kita kerja bersungguh.

Sungguh selesa berbaring sahaja,
Sampai terlena tidak ketahuan;
Hidup di dunia mencari bahagia,
Iman dan taqwa jalan kebenaran.

Top Referral blog Tehrmuan.Com sepanjang bulan Ogos pula ialah Jebeng Otai™, Cik Siti dan hatiputera. Avatar mereka bertiga juga akan menghiasi blog ini untuk tempoh sebulan. Terima kasih banyak kepada semua sahabat blogger yang tidak jemu-jemu berkunjung dan memberi semangat kepada aku untuk terus update blog. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Kenangan | Ogos 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. Miss Yati says:

    Ogos sudah meninggalkan kita, tapi memori dan semangatnya takkan terpadam :)

    * Semoga kita semua lebih menghargai dan mempertahankan apa yang sedang kita nikmati.

  2. LadyBird says:

    avatar lady xde :(..
    LadyBird baru je tulis kisah Tips Suami Isteri – Bahagia ke Hujung NyawaMy Profile

  3. padin says:

    wohaa… memang perasan bro lama xde lepas entri pantun kenangan Julai… ada masa bro boleh kongsikan nanti….
    padin baru je tulis kisah Hobi : Malaysian CoinMy Profile

  4. hafizmd says:

    Dua bulan yg padat hingga terabai blog…hehe

    Terima kasih cikgu utk tempelan kat atas…moga ceria dan sihat sokmo

    p.s.raye lagi ke? :)
    hafizmd baru je tulis kisah Keputusan Piala Malaysia:Kelantan Gah, Terengganu Lelah!My Profile

    1. aah..terima kasih juga.. :)
      Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Komentator Tegar Ogos 2012My Profile

  5. nurmisnan says:

    Bab pantun ni memang eden tak roti.. tau beli jem jer.. hik3..
    nurmisnan baru je tulis kisah Sorang ramadan sorang MerdekaMy Profile

  6. akubiomed says:

    Sibuk aganya. Tanniah kepada top komentator. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Saluran Astro Best menawarkan filem terbaikMy Profile

  7. mak lagenda says:

    Mungkin sbb sibuk berpuasa dan beraya kot tehr..tu psl x berupdate blog ni.

    P/s: Mak pun jarang2 gak up n3 skrg nih. Angin M melanda. Ha ha ha
    mak lagenda baru je tulis kisah KOJIE’S & RIZAL’S OPEN HOUSEMy Profile

  8. hatiputera says:

    Tak sangka lak hatiputera boleh jadi antara top refferal di sini. Terima kasih cikgu tehr .
    hatiputera baru je tulis kisah Blogger Pilihan Ogos 2012My Profile

  9. zik says:

    bulan lepas memang busy… hehe..
    zik baru je tulis kisah Citer-citun Reunion raya SMKPB 5A 2012, kali ke tigaMy Profile

  10. cepat betul masa berlalu.. lagi 4bulan tahun 2012 akan brakhir
    Panas Giler (djchef) baru je tulis kisah CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH|CUTI SAKITMy Profile

  11. Bro Zulkbo says:

    salam..
    saya kalau fikir nak maintain trafik
    memang banyak buang masa depan komputer
    sekadar termampu sahaja..merudum juga jatuh
    apa pun blogging tetap blogging, cuma kurang
    sahaja :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Senarai Pemenang Hadiah Cabutan Bertuah Himpunan 55 Tahun MerdekaMy Profile

  12. cik tom says:

    samalah..ciktom punya alexa pun jatuh..beberapa kali je updatenya…heehe

  13. Eeeeh…. Tak sedar plak boleh jadi pengomen terbanyak ni. Hahahaha…. Walau komen bleh tmasuk dalam spam sebab byk sgt komen masuk ke wordpress dlm satu2 masa…. :)
    Malaysia coin baru je tulis kisah Terima Kasih kepada Rakan BloggerMy Profile

  14. Cik Siti says:

    terima kasih En Tehr…

    Sayang tempayan bocor ditebuk,
    Tempayan baru datang sersilih,
    Dah lama tak singgah kerana sibuk,
    Tak sangka pula diri terpilih,
    Cik Siti baru je tulis kisah Malam Bersama Keluarga…..My Profile

  15. Masa dikejar mencari kesempatan,
    Siapa yang untung siapa yang rugi

    :)

    bumi tidak dijadikan rata mendatar
    hidup tidak dijadikan senang berlenggang
    naik turun itu adat
    yang penting manfaat ilmu yang dihidang
    rainbowcloudy baru je tulis kisah "tolong mandikan"My Profile

  16. beckhrooy says:

    bulan pun ada pantun hehe, semua pengkomen dan referrer yang hebat
    beckhrooy baru je tulis kisah Tempat Menarik Di Melaka Menara Taming SariMy Profile

  17. Biasa la tu Ogos kan sebahagian dari Ramadhan, jadi tak banyak masa kat komputer. Betul ke?
    Bulan ibadah datang sekali saja dalm setahun ;)
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah 5 Cara Untuk Menyihatkan dan Menguatkan MindaMy Profile

  18. Nazri says:

    bulan sept ni insyaAllah naik balik rank tu
    Nazri baru je tulis kisah Jalan-Jalan Tanjung DawaiMy Profile

  19. maza says:

    wah!… tahniah ler..
    sudah tertera sudah nama di sini… bermakna sudah memancarkan lagi backlink masing2.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Oppa Gangnam StyleMy Profile

  20. cikgu naman says:

    tahniah kepada yang ngetop² tu ;)
    cikgu naman baru je tulis kisah Kepala Danish Sudah BotakMy Profile

  21. kimmie says:

    susah betul nak masuk carta kat sini…heheheh tahniah kepada semua yang tersenarai…anda hebat :)
    kimmie baru je tulis kisah Info: CFM bantu penggunaMy Profile

  22. Tahniah kpd Top 10… Mmg hebat mengomen.. Psttt.. komen la kat blog kawe lak he he :D
    DLSLPhotography baru je tulis kisah My LEGOLANDMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun