Pantun Kenangan | November 2012

Sepanjang bulan November aku hanya sempat melepaskan 12 entri sahaja untuk blog Tehramuan.Com ini. Tiga minggu juga aku ambil cuti blogging kerana beberapa sebab yang pernah aku tuliskan dalam entri lepas. Kalau cuti yang dirancang lain ceritanya tapi bila cuti kecemasan, tak dapat pula untuk sediakan schedule post, kan?

Manis rasanya si buah bacang,
Enak dimakan bersama kawan;
Kita hanya mampu merancang,
Sebaliknya Tuhan yang tentukan.

Membeli nira seberang jalan,
Nira kelapa manis rasanya;
Banyak juga contest peraduan,
Tidak hamba dapat bersama.

November telah berlalu pergi,
Disember pula kini bertandang;
Hujan mencurah di tengah hari,
Pelangi tiba di sebelah petang.

Pengomen terbanyak Tehramuan.Com sepanjang November 2012 ialah hafizmddonnyien, UmmiKami, chanikacha dan akubiomed. Blog rakan blogger donnyien, akubiomed, UmmiKamijebengotai dan norizwan pula menjadi penyumbang trafik terbanyak ke blog ini sepanjang November lepas.

Terima kasih banyak kepada semua nama yang tersenarai dan juga kepada rakan-rakan yang tidak tersenarai kali ini.

TehrDemikian kisah 'Pantun Kenangan | November 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. UmmiKami says:

    Irama kasih alunan teruna..
    Pesan meruntun damba sekali..
    Terimakasih daunan angsana..
    Teruskan berpantun hamba membeli..

    Santun puan berhemat lawa..
    Hendak berbesan pesona debaran..
    Pantun tuan amat istimewa..
    Banyak kiasan maksud pengajaran..

    Jalan komuter rendah berpasir..
    Lagi landai berhawa mentari..
    Bulan November sudah berakhir..
    Pergi melambai membawa memori….
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Warga Emas Berlian Dikarang..My Profile

  2. donnyien says:

    Hai bro Tehr,

    Selamat pagi, tinggal sebulan sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru, semoga perancangan dan impian tahun ini terlaksana. Mudah-mudahan.

    Tahniah kepada semua blogger yang memeriahkan blog tehramuan. jika bukan depa, sudah tentu sunyi sepi dunia blogging kita kan..

    Terima kasih juga bacaklink yang diberikan, semoga blog bro terus maju pada tahun 2013.
    donnyien baru je tulis kisah 6 langkah membantu anda berhenti merokokMy Profile

  3. titan says:

    rajin betul diorang komen hari-hari yeeee
    titan baru je tulis kisah Sana contest, sinipun contest..My Profile

    1. hafizmd says:

      hehe…mana ade hari2…ambe guna taktik counter attack jer…haha
      hafizmd baru je tulis kisah Keropok Keping & Malaysia vs IndonesiaMy Profile

  4. hatiputera says:

    Tahniah kepada yang berjaya menjadi pengomen terbanyak dan penyumbang traffic terbanyak.

  5. maza says:

    tahniah kepada yg tersenari itu..
    anda memang hebat! hehehe

    harap2 emak tehr dah sembuh…
    maza baru je tulis kisah Sebuah Kembara Johor; Pencarian Jalan HidupMy Profile

  6. hafizmd says:

    terima kasih cikgu utk penghargaan ni…

    sempat jugak singgah sini walau tak selalu…

    moga bonda cikgu sihat begitu jugak cikgu sefamili

    p.s.malam ni, jgh lupa janji kite tgk bola…hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Keropok Keping & Malaysia vs IndonesiaMy Profile

  7. Norizwan says:

    terima kasih nama saya tersenarai…punca blog bro penyumbang trafik terbanyak adalah bro antara
    3 blog pilihan terbaik
    Norizwan baru je tulis kisah 3 blog pilihan terbaikMy Profile

  8. padin says:

    hehee Disember ni pasti beroperasi macam biasa semula, :D
    padin baru je tulis kisah Futsal : FinalMy Profile

  9. Ajumohit says:

    pucuk pauh delima batu
    anak sembilang jatuh ke titi
    pantas sungguh masa berlalu
    moga tahun depan lebih bererti
    Ajumohit baru je tulis kisah Saya teringin nak anak lagi ^_^My Profile

  10. Juan says:

    walaupun saya x tersenarai, blog ini tetap dihati dan selalu dilawati oleh saya secara diam
    Juan baru je tulis kisah AFF Suzuki Cup Malaysia vs Thailand 9 December 2012My Profile

  11. kembali menjadi penyumbang trafik terbanyak..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Komentator Tegar November 2012My Profile

  12. Cik Siti says:

    tahniah kepada penyumbang trafik dan pengomen yang terbanyak bulan november
    Cik Siti baru je tulis kisah Hujung Minggu Yang Tidak menyeronokkanMy Profile

  13. Bro Zulkbo says:

    salam..
    tahniah pada yang tegar
    melepak di sini..kekangan
    masa menghadkan saya
    berblogwalking kini :(
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Pantang Larang Semasa Hamil Yang Hanya MitosMy Profile

  14. akubiomed says:

    Terima kasih bro TehR. Sumbangan kecil daripada seorang sahabat blogger. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti bapa dan anak di hujung mingguMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun