cahayacinta brohantu apacerita
tak kenal maka tak cinta Cik Siti akubiomed coretananuar

tehramuan

Pantun Kembali Ke Sekolah

Beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan 2013 akan bermula. Kelengkapan persekolahan anak-anak, bagaimana? Harap-harap semuanya sudah siap sedia. Aku percaya, anak-anak yang baru mula bersekolah, Tahun 1 atau tadika memang dah tak sabar. Beg sekolah, seragam sekolah, pastinya ada di sebelah tempat tidur. :D

Tanah tinggi bertanam tebu,
Tanah paya sedia bersawah;
Musim cuti hampir berlalu,
Kini dah tiba musim sekolah.

Beras Mahsuri dimakan ayam,
Beras Malinja dibuat tapai;
Tetapkan hati kuatkan azam,
Kejayaan dicita pasti tercapai.

Takwim Persekolahan 2013 telah aku lepaskan dalam entri sebelum ini untuk panduan semua, lebih-lebih lagi untuk aku sendiri. :D

Parang baru kapak pun baru,
Mengapa payah menebas belukar?
Seragam baru semangat pun baru,
Mengapa langkah terketar-ketar?

Rimba raya hendak diredah,
Mengapa manggis pula ditebas?
Segak bergaya langkah ke sekolah,
Mengapa menangis di dalam kelas?

Selamat kembali ke sekolah kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang dah lama meninggalkan alam persekolahan. Mesti rasa lain macam, kan? Dulu-dulu kita ke sekolah, masuk kelas dan belajar. Sekarang pula, ke sekolah kerana menghantar anak kesayangan belajar.

Jangan pula ada ibu-ibu yang TERPAKSA masuk kelas temankan anak. Payah cikgu nak mengajar nanti. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Kembali Ke Sekolah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



37 Comments

  1. Cik Siti says:

    semalam orientasi darjah satu anak Cik Siti yang no 2… bukan main seronok lak dia. tp…. masa ambil ujian dia kata “ibu…. soalan tak susah… tapi payah nak buat….”
    Cik Siti baru je tulis kisah kipas….My Profile

  2. titan says:

    malas dah nak belajar. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 7 dari Jobdirumah.comMy Profile

    1. hafizmd says:

      Kalau dah berenti lama sangat, mmg culas nak mula balik..hehe
      hafizmd baru je tulis kisah 9 Ciri Suami IdamanMy Profile

      1. tehramuan says:

        aku ni dah jadi cikgu
        terpaksa gak la ke sekolah :D

  3. Biasalah kalau masuk tahun 1, ada yang menangis dalam kelas.
    Ibu bapa pulak terpaksa tunggu kat luar kelas ;)
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Kenapa Anda Sakit dan Terdedah Pada Jenayah Dalam Perjalanan?My Profile

    1. tehramuan says:

      pernah juga si ibu tunggu kat luar kelas sampai darjah 4
      kesian pulak

  4. papa mifz says:

    anak buah isteri ada 4 orang nak masuk darjah 1…

  5. Norizwan says:

    Bila masuk tahun baru…dah nak mula sekolah…rasa lemau lak haha…
    Norizwan baru je tulis kisah Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -7My Profile

    1. tehramuan says:

      bagi kami ni
      dah terpaksa
      lemau ke tidak, kena pergi juga ke sekolah :D

  6. Adeh, banyak sungguh kos naik sekolah ni cikgu. Bayar sekolah ajer pun dah RM 100++ satu kepala. Tambah lagi baju sekolah, alat tulis, buku dsb dan darab 5 anak… Terbang dekat RM 2k.
    Anak2 semua hargailah pengorbanan ibubapa yer… :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Spotify’s Holiday Condom AdsMy Profile

    1. hafizmd says:

      ameen…moga2 anak2 dilimpahi ilmu yg berguna….ameen
      hafizmd baru je tulis kisah Petua Kesihatan:Punca Kebas TanganMy Profile

      1. tehramuan says:

        ameen. moga terang hati terima ilmu nanti

  7. hafizmd says:

    Anak sulung baru masuk 5 tahun, tahun ni ambe baru hantar ke prasekolah tadika Islam…ambe pulak yg berdebar2…hehehe

    Moga anak2 dilimpahi ilmu…ameen
    hafizmd baru je tulis kisah Petua Kesihatan:Punca Kebas TanganMy Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 dipermudahkan untuk mereka menimba ilmu
      dunia dan akhirat

  8. onlajer says:

    Anak pertama saya baru mula masuk alam persekolahan , mungkinkah jadual saya akan berubah
    onlajer baru je tulis kisah Renovasi dan Dekorasi – Saya memilih Iman PuriMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada kemungkinan besar akan berubah tu
      tapi tak la jadi masalah besar

  9. cikgu naman says:

    kepada cikgu², selamat kembali kesekolah..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, selamat mengajar dan mencurah ilmu
      dunia dan akhirat

  10. Ladfe Amir says:

    bila sekolah bermula. jalan dan lebuhraya akan kembali sesak dan jem. selamat kembali ke sekolah buat guru2 dan para pelajar
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Dimanakah Keadilan Allah Saat Aku BerdoaMy Profile

    1. tehramuan says:

      paling teruk bila ditambah dengan hari hujan
      terpaksa hantar anak2 dengan kereta

  11. Danial says:

    Huhu… 2013 last year saya akan bersekolah menengah. Ambil SPM. Tak tau boleh ke tak nak berblogging nih.

    “Tapi yang penting pelajaran.”

    Itu memang orang selalu katakan. Tapi bagaimana pula orang yang kurang minat dengan belajar? Huhu…

    Walau apapun. Tolong ye doakan saya dapat semua A pada SPM nanti :)

    Terima kasih! :D
    Danial baru je tulis kisah 33 Langkah Bina Blog Yang BerjayaMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak boleh kurang minat dengan belajar
      mesti juga belajar
      dari buaian hingga ke liang lahad

      lagi pun belajar bukan hanya untuk duduki ujian sahaja

      semoga berjaya

  12. cikgu tehr pun mesti seronok kembali ke sekolah.. yelah dapat anak murid yg baru.. harap semua baik2..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Membayar Zakat Mampu Membersihkan Harta Dan Jiwa AndaMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya. harap semuanya rajin belajar
      seterusnya akan berjaya nanti

  13. Bro Zulkbo says:

    salam..
    selamat kembalike sekolah Cikgu
    harapan banjir tidak mengganggu
    persekolahan sesi baru nanti kan..?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Laporan (Report) Polis PDRM Secara Online 2013My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      nampaknya tiada masalah banjir sekarang ni
      tapi mana kita tahu, kan?
      musim banjir belum habis lagi ni

  14. Aarman says:

    Lama sangat dah bercuti ni Cikgu, memang rasa lain je bila nak balik ke sekolah. lebih lagi sekolah tempat aku mengajar memang jauh kat pedalaman. Kalau kat bandar atau berdekatan dengan keluarga ok juga. Ni terpaksalah PJJ dengan keluarga. Tu yang rasa sedih bila nak balik semula bertugas.
    Aarman baru je tulis kisah Rebet Telefon Pintar RM200My Profile

    1. tehramuan says:

      aku tahu perasaan guru2 di pedalaman
      sebab aku pernah alaminya selama 6 tahun
      tahniah kerana bro sanggup menghadapinya

  15. akubiomed says:

    Tahun 2013 tidak menjadi masalah kerana anak sudah mula serasi dengan suasana sekolah.

    1. tehramuan says:

      alhamdulillah
      bila anak2 serasi dan gemar ke sekolah
      satu petanda yang baik tu

  16. wazy says:

    Terkenang memori 21 tahun lepas,pertama kali jejak ke sekolah rendah,hehe seronok sangat-sangat masa tu
    wazy baru je tulis kisah Peringatan Buat KitaMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, kenangan indah yang tak akan berulang lagi

  17. cik tom says:

    selamat kembali ke sekolah pd murid dan juga cikgu :)
    cik tom baru je tulis kisah Cadangan Penambahbaikan Blog Ciktom[dot]comMy Profile

    1. tehramuan says:

      jangan pula ada cikgu yang malas ke sekolah
      maklum saja hujan masih ada lagi ni :D

  18. Khidhir says:

    jalan kat kl bakal jem semula
    Khidhir baru je tulis kisah Meletakkan Password Untuk FirefoxMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge