Pantun Kembali Berkasih

Ragam orang berkasih dan bercinta memang selalunya penuh dengan berbagai warna pelangi. Janji setia seringkali bermain di bibir sekemas pendakap gigi yang dipakai si dia. :D

Bukit rendah di Pasir Puteh,
Gunung tinggi pula di Jeli;
Begitu indah orang berkasih,
Hajat nak jadi suami isteri.

Langit tidak selalunya cerah, ada ketikanya tiba mendung dan hujan di tengahari. Manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang tentukan segalanya. Harapan dan cita-cita indah mungkin sekali hanya akan tinggal kenangan.

Asal kapas menjadi benang,
Dari benang menjadi kain;
Orang lepas usah dikenang,
Carikan ganti orang lain.

Kata orang [dan kata aku] bunga bukan sekuntum, kumbang juga bukan seekor. Putus cinta atau putus kasih bukan seperti putus nyawa. Andai terjatuh masih boleh bangun. Hanya orang mati sahaja yang tidak dapat bangun dan hidup kembali.

Awan ungu berlalu pergi,
Tak tercalar langit biru;
Kekasih dahulu hanya mimpi,
Usah dibiar kekasih baharu.

Aku sendiri pernah putus cinta [sedih juga dalam seminggu dua]. Tapi aku tak biarkan diri sendiri merana sepanjang hayat. Kalau aku tak dapat tanam pisang atas batu, aku akan cari tanah lembah untuk buat kebun pisang.

Tanam pisang atas batu,
Tanah lembah buat kebun;
Biar hilang cinta dahulu,
Cinta indah sedia bersantun.

TehrDemikian kisah 'Pantun Kembali Berkasih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


7 Comments

  1. donnyien says:

    hello bro,

    saugguh mendalam makna pantun diatas..
    donnyien baru je tulis kisah Don’t worry about tomorrowMy Profile

  2. Nazri says:

    teringat aku lagu haida – manis masa bercinta
    Nazri baru je tulis kisah Nak Jaga MakMy Profile

  3. oouh, sedih nya kalau kaseh tak kesampaian…

    minta dijauhkan, amin
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah Encik Buat SendiriMy Profile

  4. akubiomed says:

    Terkeluar topik sedikit. Ada perkara menarik berlaku pertemuan arkeologi di Paklebang, Tumpat. Bro tahu tak?
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # pandangan kosongMy Profile

  5. papa mifz says:

    tuh la bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor, tapi dalam surat khabar banyak jer kes orang bunuh diri sebab putus cinta kan…hmmm…
    papa mifz baru je tulis kisah Air Optix Aqua Contact LensesMy Profile

  6. UmmiKami says:

    Kerana berlari hendak menuju…
    Patah sendi bukan terluka…
    Merana diri tidak bertemu…
    Entah sudi entahkan suka…

    Selasih delima basah bergenang…
    Habis umpan tersepit di dahan..
    Kasih lama usah kenang…
    Manis disimpan pahit ditelan….nindiaa…;D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peribahasa..My Profile

  7. UmmiKami says:

    Hari malam telah bersolat..
    Makin bertamu orang di masjid..
    Jari ku genggam tidaklah dapat…
    Mungkin ilmu kurang sedikit……:D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peribahasa..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun