Pantun Kekasih Orang

Aku pun hairan. Apa pula dicari pantun kekasih orang. Kenapa tak cari pantun untuk kekasih sendiri? Pelik. Memang macam-macam perangai manusia dalam dunia ni. Kekasih, kekasih juga, tapi kena la faham. Kekasih kita ke, kekasih orang ke, mesti sentiasa diingat dia tu anak orang. Ada mak bapaknya, ada walinya. Tak boleh nak buat suka hati je.

pantun kekasih orang Untuk tidak hampakan siapa yang mencari pantun kekasih orang, aku tuliskan beberapa rangkap di bawah. Moga-moga berfaedah.

Ubi kayu ubi kentang,
Sudah lama tidak dirasa;
Hati rindu kekasih orang,
Makin lama makin merana.

Kelapa puan pohon rendah,
Kelapa bali pohonnya tinggi;
Kenapa tuan buat tak endah,
Hamba di sini menahan hati.

Apa dipilih menanam huma,
Padi di sawah dekat sahaja.
Apa yang lebih orang di sana,
Saya di sebelah sama taranya.

Tanam padi tumbuh lalang,
Lalang ditebas makin menjadi;
Buah hati kekasihnya orang,
Sayang terlepas jiran sendiri.

Payah nak kata dan payah nak buat keputusan. Payah lagi aku nak beri nasihat. Andai kata buah hati kahwin dengan jira sebelah, tiap hari pula nanti buah hati melintas depan rumah. Andai kata buah hati kekasih orang tu dapat direbut, tiap hari pula mereka mugkin bertentang mata. Payah!

TehrDemikian kisah 'Pantun Kekasih Orang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. akubiomed says:

    Macam mana pula boleh berkenan dengan kekasih oran. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Template FotoBESAR untuk WordPressMy Profile

  2. Lyn™ says:

    Buah hati kekasih orang….
    Apa nak ditunggu lagi ?
    Jom cabut !!
    Lyn™ baru je tulis kisah Sederhana dan yang sedang-sedang sajaMy Profile

  3. okey lagi kalau berkenan dekat kekasih orang..jgn duk berkenan dekat bini sudah la…tak pasal2 kan
    blogger lelaki baru je tulis kisah Kasihnya Lelaki Kepada Anak PerempuanMy Profile

  4. titan says:

    ada juga yang mencari pantun kekasih orang rupanya. haha..
    titan baru je tulis kisah Hadiah dari Awek Mesir.My Profile

  5. zik says:

    Mungkin dia nak berkias??? Seganlah nak bagitahu direct…. Hehe
    zik baru je tulis kisah Muat turun Budget 2014, Memperteguh Ketahanan Ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janjiMy Profile

  6. sud@is says:

    ujian besaq tuuu…mintak simpang
    sud@is baru je tulis kisah Ulama dari Lubnan singgah di bumi Kedah Darul AmanMy Profile

  7. mie says:

    naluri manusia…
    kekasih orang ok lagi..
    jangan bini orang sudah..
    ahahahhaa
    mie baru je tulis kisah Gambar Hari Pertama Percutian Di Bali IndonesiaMy Profile

    1. suri says:

      part tu bahaya depa dah kawin jadi jangan buat hal dah lah
      suri baru je tulis kisah Cinta TerlarangMy Profile

      1. dja@sishaza says:

        Haa betul,betul,betul …
        dja@sishaza baru je tulis kisah SAMBAL BELACAN ASAM JAWA MUDAMy Profile

  8. suri says:

    payah selagi belum kawin baik lekas kebs boleh heee
    suri baru je tulis kisah Suri Suka Tanam BungaMy Profile

  9. dja@sishaza says:

    Pantun kekasih orang kira ok lagi laa… tapi kalau pantun isteri @ suami orang itu namanya cari penyakit maa

  10. azura says:

    pantun kekasih orang…mendalam tu cikgu

  11. ladybird says:

    xleh berkasih lm2.. kne kwin cpt2 :)
    ladybird baru je tulis kisah Resepi Kari Ayam SedapMy Profile

  12. adikensem says:

    Hahaha terbaiklah tehramuan. Macam-macam betul
    adikensem baru je tulis kisah Bajet 2014 Musim Panas Sudah TibaMy Profile

  13. ramai juga skrg org cari pantun kat google..

    saya ada terbaca berita yg org perancis skrg suka dengan sustera melayu spt berpantun nie…. mungkin diorg pun tgh cari pantun2 hebat mcam kat blog bro tehr nie..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Cara Membuat Putu Mayam Cicah Kuah Kaya & Testimonial Terbaru Pakej Putu.My Profile

  14. mencari kekasih org boleh lebam biji mata.. heee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Cara Membuat Putu Mayam Cicah Kuah Kaya & Testimonial Terbaru Pakej Putu.My Profile

    1. suri says:

      jangan buat pasal bro hairul silap hari bulan masuk wad icu
      suri baru je tulis kisah 5 Cara Atasi Masalah Kesuburan WanitaMy Profile

  15. suri says:

    kawan adik tumpang tidur bahya sungguh ada ambil kesempatan nanti
    suri baru je tulis kisah Kelas Melipat Saiz Besar Dan Barang KecilMy Profile

  16. suri says:

    baik kita jadi kekasih pada Allah cara itu tiada siapa yang berani melarang
    suri baru je tulis kisah Roti Putih Bukan Pitta Bread Ada Faham Adik Manis?My Profile

  17. Hafizul says:

    Hahaha..motif apa sebenarnya diorang ni ekk?nak mengayat orang punya lah tu..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Kelebihan Program Affiliate JobdirumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun