tehramuan

cahayacinta hafizmd apacerita
berita utama pondokkecil hairulafiz kakiblog

Pantun Kecewa

Menulis pantun kecewa perlukan pembayang yang suram. Ini pendapat aku. Contohnya suasana petang, malam, hari hujan, mendung atau apa sahaja yang seangkatan dengannya. Pun begitu, siapa yang pandai memilih perkataan yang tepat, pembayang yang ceria juga dapat digunakan untuk pantun kecewa ini.

Contoh-contoh pembayang pantun kecewa yang sempat aku fikirkan dan dijadikan pantun yang lengkap.

Awan hilang hujan tak jadi,
Sungai di hilir mengalir lesu;
Mengapa malang nasib diri,
Cintamu hadir hatimu beku.

Bunga kenanga gugur ke bumi,
Lembut bayu membelai muka;
Pedihnya rasa di dalam hati,
Hadir kasihmu hanya seketika.

Cincin suasa emas berkarat,
Berlian delima dibelah tiga;
Kenapa dunia memilih darjat,
Si kaya dipuja si miskin dihina.

Anak merpati duduk menangis,
Di pohon buluh di tepi telaga;
Mengapa hati diramas dihiris,
Hancur luluh jiwa dan raga.

Jangan korang fikir aku suka biarkan perasaan kecewa di hati. Jangan. Korang juga jangan biarkan perasaan kecewa ini bersarang dan membiak di dalam dada hanya kerana putus cinta. Jangan sekali. Satu perkara kecil je ni. Hanya sekadar putus cinta, bukannya putus rahmat atau putus nyawa!


Duit? Pendapatan sampingan melalui program Kerja Part-Time ini.


TehrDemikian kisah 'Pantun Kecewa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



36 Comments

  1. shameel says:

    Malam Gelap Gelita.
    Rembulan Bersembunyi Entah Di Mana.
    Untuk Apa Ditangisi Putusnya Cinta.
    Sedangkan Kita Masih Belum Putus Nyawa
    shameel baru je tulis kisah Bekas pemain Selangor, Ezmi mungkin disihirMy Profile

    1. tehramuan says:

      usah bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama

  2. Puan Bardboo says:

    bila baca pantun2 di blog ini, saya teringat pula kat abang pertama saya..dia memang suka berpantun..kalau update status di facebook pun, dia akan gunakan pantun.. =)
    Puan Bardboo baru je tulis kisah Tiga Tahun Dari SekarangMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      hati mahu sentiasa gembira
      tak mahu sedih2 :D

  3. hatiputera says:

    Tambahan salah satu pantun kecewa,,,

    Kajang pak malau kajang berlipat
    kajang hamba mengkuang layu
    Dagang pak malau dagang bertempat
    Dagang hamba musafir lalu,,,

    kalau salah betulkan yer.
    hatiputera baru je tulis kisah Alpha Lipid SD2: Program Turunkan Berat BadanMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang dah betul tu, bro
      kalau zaman sekarang ni, dah putih mat pak malau
      anak dara lari ikut kekasih hati

  4. Cik Siti says:

    En Tehr kecewa ke? banyakkan bersabarlah ye

    awan mendung tiada berlalu,
    hilang juga ceria sang mentari,
    betapa hati ini terhiris pilu,
    ku berbuat baik tuba diberi….
    Cik Siti baru je tulis kisah TestingMy Profile

    1. tehramuan says:

      eh, mana ada, cik siti
      sekadar pantun sahaja
      saya tak bersedih hati
      syukur sihat sejahtera

  5. shraqs says:

    Alamak, ini pantun layan blue ni. :-)
    shraqs baru je tulis kisah Samsung Kies Menerima Update Dengan Design UI Yang BaharuMy Profile

    1. shraqs says:

      Sorry, blues bukan blue. Haru betul.
      shraqs baru je tulis kisah Samsung Kies Menerima Update Dengan Design UI Yang BaharuMy Profile

      1. Naziman says:

        hahahaha. Salah faham sudah tadi.
        Naziman baru je tulis kisah Drama Adam dan Hawa popularMy Profile

        1. tehramuan says:

          sesekali tersalah taip juga :D

          1. hehe..bhya2.. :)
            Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Efek Tumit TinggiMy Profile

  6. padin says:

    hehee bro tengah kecewa ke sekarang?

    umm, betul.. hanya putus cinta, bukan putus nyawa :p
    padin baru je tulis kisah Sumber InspirasiMy Profile

    1. Naziman says:

      Macam ada maksud tersirat kan dalam pantun tu? hehe
      Naziman baru je tulis kisah Blog Popular mudah ada kumpulan – Tip BloggingMy Profile

      1. tehramuan says:

        haha
        aku baik-baik saja
        aman dan bahagia

  7. akubiomed says:

    Ini mesti dek kerana Monday blues. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Red Wok Restaurant destinasi makan makan di BangiMy Profile

    1. padin says:

      kalau bro tehr, Sunday blues lah ekekee
      padin baru je tulis kisah Sedikit Demi SedikitMy Profile

      1. tehramuan says:

        ahad hari cuti di kelantan :D

        1. padin says:

          eh alamak… bukan Kelantan cuti jumaat sabtu ke?

          1. tehramuan says:

            haha
            apa la aku pula yang pening lalat
            ahad hari pertama kerja di kelantan! :D

            1. suri says:

              dah cuti rasa lemau payah tu cikgu
              suri baru je tulis kisah Bila Berlian TercabutMy Profile

  8. Naziman says:

    Kalau baca pantun begini sambil dengar lagu Parisienne Walkways dengan still got the blues by gaary moore. Memang menusuk hati yang tengah lara.
    Naziman baru je tulis kisah Blog Popular mudah ada kumpulan – Tip BloggingMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang kalau dilayan hati kecewa
      makin parah dan makin tak tenteram

    1. tehramuan says:

      kami dah biasa dengan broadband cap siput
      memang dah sedia lambat, bro
      huhu

      1. padin says:

        ha’a kadang2 malas dah nak gaduh dengan broadband :D

        1. suri says:

          klu gaduh kita tak buat apa2.. klu tambah gak slow juga heee
          suri baru je tulis kisah Kerana Kerja Aku TurutkanMy Profile

  9. Jamal Ali says:

    Hujan yang turun hanya nanti akan berhenti juga.
    Jamal Ali baru je tulis kisah Warkah Yang Makin JauhMy Profile

  10. bagus la bro nie.. meluahkan kekecewaan melalui pantun..
    sekurang2 nyeee mengurangkan rasa kecewa….

    1. suri says:

      ada buat perkara bodah isyh mmg tak wajar sungguh
      suri baru je tulis kisah Kerana Kerja Aku TurutkanMy Profile

  11. irsah says:

    Tks tips penting dalam memberikan lonjakan pada karya sebuah pantun.. adakalanya pemabayang yang diberikan amatur kurang sesuai kerana tidak menampakan “feel” semoga dimanfaatkan oleh readers….
    irsah baru je tulis kisah Kod Bidang Baru MOF Syarikat-Syarikat Bermutu DiutamaMy Profile

  12. Hafizul says:

    Hehe..sungguh indah susun atur pantun kecewa ni..kalau sy copy tuan tak kisah kan??hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #29 – Terima Kasih Di Atas Kesetiaan Selama IniMy Profile

  13. donnyien says:

    aku pun kecewa harini broadband sangat slow~ menarik pantun bro :) suka membacanya

  14. suri says:

    jika putus tempat cas laptop mahu keciwa juga
    suri baru je tulis kisah Dog Di KepitMy Profile

  15. suri says:

    sllu budak llki suka buat …lempar sana sini pastu buat sepah eiii
    suri baru je tulis kisah Bila Berlian TercabutMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge