Pantun Kata Bertanya

Hari ini aku ada beberapa perkara dan soalan yang aku mahu tanya korang. Soalan dalam bentuk pantun. Sebenarnya ia adalah satu masalah juga dan ia sedang berlaku. Aku harap korang boleh beri aku cadangan dan jalan penyelesaian.

Arnab induk makan kangkung,
Si anak hanya menyusu sahaja;
Tandas duduk tandas cangkung,
Tandas yang mana paling selesa.

Arnab yang putih cuba mengurat,
Arnab yang hitam tunduk malu;
Apa puncanya tandas tersumbat,
Air yang dipam tak mahu berlalu.

Jantan betina bulunya basah,
Si anak arnab mujur selamat;
Bagaimana cara atasi masalah,
Tandas duduk telah tersumbat.

Masalah tandas tersumbat ni memang buat aku geram. Korang ada cadangan ke bagaimana atasi masalah tandas tersumbat ni. Aku memang tak faham dengan tandas duduk yang satu ni. Tiga lagi tandas cangkung yang ada tak pula menunjukkan apa-apa masalah. Sedang elok dan masih boleh digunakan seperti biasa.

TehrDemikian kisah 'Pantun Kata Bertanya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. UmmiKami says:

    Salam sekapur sireh…

    Pegaga diramas rasa sesenduk,
    Pedas kerongkong batuk dan lelah;
    Warga emas selesa yang duduk,
    Tandas cangkung untuk yang mudalah… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…My Profile

    1. TehR says:

      Di sini panasnya terasa rimas,
      Di hujung ufuk hujannya lebat;
      Selain daripada warga emas,
      Juga untuk yang kurang sihat.

      1. UmmiKami says:

        Betul tu cikgu… :)
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…My Profile

  2. UmmiKami says:

    Kerdas lebat hampir dan dekat,
    Sarang keluang di tangkai mangkal;
    Tandas tersumbat air tersekat,
    Barang dibuang tak pakai akal.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…My Profile

    1. TehR says:

      Pucuk petola pucuk pegaga,
      Sayur bersama si pucuk paku;
      Entah siapa yang punya kerja,
      Apa yang pasti bukannya aku.

      1. UmmiKami says:

        Terlepas rembat belida betutu,
        Jumpa ikan kelisa emas,
        Tandas tersumbat tiada mengaku,
        Siapa yang makan terasa pedas.
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…My Profile

  3. UmmiKami says:

    Alangkah keras ditanduk Jebat,
    Dendam sungguh Sultan pun mangkat;
    Masalah tandas duduk tersumbat,
    Gam dibubuh biarkan melekat…. :D :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…My Profile

    1. TehR says:

      gam?
      ha ha ha

      1. suri says:

        terus tak blh guna langsung

          1. suri says:

            udah gam simen terus jer heee

      2. Ni macam kes filem kena gam oleh Finas ni
        de engineur© baru je tulis kisah Proton’s new Suprima S launched, price starts at RM76,338 (RM78,338 in
        Sabah)
        My Profile

  4. AUC® says:

    sekadar baca je kalau semua jawap dgn pantun, tak reti boh…
    AUC® baru je tulis kisah Jadual dan Keputusan Penuh Pesta Bola Merdeka 2013My Profile

    1. TehR says:

      belasah je, bro
      aku pun main belasah je

      1. suri says:

        haa..klu pergi taman riadah ada gak tandas begini rupa..rasanya masa tak tahan tu nak buang hajat kt situ tpi nak buang pun raya mual anak tekak akhir simpab hajat bawa balik rumah atau pi buang hajat kt tempat lain heeee

        1. UmmiKami says:

          Suri….simpan balik nanti takdak tone…. :)
          UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…My Profile

  5. suri says:

    ini ini berkenaan dg tandas sekolah?
    suri baru je tulis kisah Chelsea vs MUMy Profile

  6. suri says:

    apa boleh bikin kalau rosak kena panggil tukang betulkan tandas ar huhu.mustahil tandas sekolah llki yg rosak kalau tandas perepmpuanyg rosak sy yakin sb tuala wanita punya angkara

    1. UmmiKami says:

      Memang betul tu Suri….
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…My Profile

      1. suri says:

        sah tak boleh elak ada pula letak buang macam2 itu rosak

  7. suri says:

    tandas cangkung kampung mmg terbaik…

  8. suri says:

    mungkin pam tandas tu rosak huhu…tambah pula orang tak bertanggungjawab buang macam2 benda dalam tu pasak tu dia jadi begitu heeee

  9. suri says:

    kasi tutuplahlah itu tandas jangan bagi orang awam atau sesiapa gunakan huhu…

  10. UmmiKami says:

    Senduk melengkung tangkai di mana,
    Nanti bonda marah menjela;
    Duduk dan cangkung tak pandai guna,
    Ganti kepada yang curah pula….

    Macamna tu…
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…My Profile

  11. dja@sishaza says:

    Tandas duduk kalau kat rumah sendiri ok n selesa, tapi kalau kat tempat lain memang confirm tak lalu nak guna….

    Tandas tersumbat, panggillah yg pakar… jgn pening2kan kepala ok
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS PENTING MENJAGA KEBERSIHAN ZON V : Love Your V !My Profile

  12. tandas duduk tak letih kaki dibandingkan tandas cangkung..
    Hairul Hissam™ baru je tulis kisah Pemenang Kuiz “Saya Suka Baca Blog Hairul.Com Kerana……” Jom Tonton Videonya.My Profile

  13. Manan Qayyim says:

    wah … berpantun… nak jugak la…

    Berlari ke toilet tergesa-gesa,
    beralas kaki dengan selipar,
    Tandas cangkung paling selesa,
    Mudah meneran, mudah keluar,

    #tersumbat sbb ade bahan tak sepatutnye dlm tu kot/….
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Writer’s Cramp – Ramai Tidak MengetahuiMy Profile

  14. Ismail N says:

    He he..dalam banyak kes tandas cangkung ni, selalu tersumbat oleh tuala wanita (no offence ya org wanita :D )
    Paip2 nya berbelit menyebabkan mudah lah tersangkut mende tu… adehhh.. Panggil plumber lah kalau susah sangat.
    Ismail N baru je tulis kisah Burger Bakar At KK Burger BakarMy Profile

  15. azura says:

    cangkung la cikgu
    azura baru je tulis kisah Matlamat itu angan-angan dan cita-citaMy Profile

    1. suri says:

      ha jawapan yang terbaik punya pilihan

  16. I pilih tandas duduk.

    Mengenai tandas tersumbat, mungkin ada bekas plastik yg terjatuh dalam sana, mcm tandas I kat rumah. Smpai skrg tak boleh buka lagi.
    de engineur© baru je tulis kisah Proton’s new Suprima S launched, price starts at RM76,338 (RM78,338 in
    Sabah)
    My Profile

  17. hafizmd says:

    tandas tersumbat mmg memeningkan….panggil plumber nampaknya cikgu =)

    dua2 tandas ada kelebihan masing2…hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Bagaimana Menjadi Suami Idaman?My Profile

    1. suri says:

      siapkan rm sahaja bro sekarang semua pakai uwang

  18. onlajer® says:

    tandas duduk tandas selesa
    tandas cangkung tandas lawas
    sama – sama guna
    sama-sama bilas
    onlajer® baru je tulis kisah Renjatan Elektrik DiTroliMy Profile

  19. Rina says:

    saya sendiri juga tak faham dengan tandas yang tersumbat nie
    maaf, tidak bisa membantu
    Rina baru je tulis kisah Best List of Free Download Responsive Premium Blogger TemplatesMy Profile

    1. suri says:

      bila ada otak manusia tak mahu guna

  20. luthfi says:

    pandainya buat pantun,saat-saat sekolah aku tak pandai sangat buat pantun
    luthfi baru je tulis kisah Kegiatan untuk demensiaMy Profile

    1. suri says:

      bisa aja belajar dari bawah

  21. Hafizul says:

    Susah gak kalau tandas tersumbat ni..saya selesa tandang cangkung bro..emm bab tersumbat tu kadang2 ada yang buang sisa la tu..sisa pulak bukan tempatnya di buang dalam mangkuk tandas tu..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun