buah jambu masak
masak tengah malam
apa kamu nampak
nampak tabung ayam
buah jambu jatuh
jatuh dalam paya
apa kamu taruh
taruh duit raya
buah jambu hilang
hilang dalam semak
apa kamu bilang
bilang duit banyak
Dalam beberapa hari selepas menyambut hari raya, orang dewasa nampak seperti cemburu pula dengan budak-budak yang asyik membilang duit raya. Maklum sahaja, sebelum raya sudah banyak berbelanja, sekarang ini sedang memerah otak mencari idea bagaimana hendak membayar segala macam hutang raya.
Apakah perlu menggali lubang lagi untuk menimbus lubang sedia ada. Atau buat muka tebal sahaja dan pinjam wang anak-anak untuk perbelanjaan selepas raya. Boleh?
Demikian kisah 'Pantun Kanak-Kanak' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



Baik ia adalah baik untuk mempunyai banyak wang tetapi masih kita sentiasa perlu ingat bahawa kita juga perlu untuk berkongsi dengan orang lain.
chanikacha recently posted..reflexology course