Pantun Kalau

Kali ini blog Tehramuan.Com ingin berpantun dengan merujuk kepada beberapa nama tempat, pekan dan bandar yang terdapat di Kelantan. Sekiranya rakan bloger atau pembaca pernah berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini, tentu biasa dengan nama-nama tempat yang terdapat di dalam baris-baris pantun di bawah ini.

Kalau pergi ke Kota Bharu,
Singgah sekejap di Pasir Pekan;kelantan
Kalau asyik dengan muka buku,
anak isteri kurus tak makan.

Kalau pergi ke Pengkalan Kubor,
Singgah sekejap di Rantau Panjang;
Kalau bermegah nama tersohor,
Bakti yang banyak dikutuk orang.

Kalau pergi ke bandar Jeli,
Singgah sekejap di Tanah Merah;
Waspadalah hidup di dunia ini,
Syaitan iblis sentiasa berhelah.

Kalau pergi ke bandar Machang,
Singgah sekejap di Kubang Kerian;
Kalau terleka pegangan melayang,
Pulangmu nanti tanpa bekalan.

Kalau pergi ke Padang Pak Amat,
Singgah sekejap di Jeram Linang;
Kalau tersilap segera bertaubat,
Allah pengasih maha penyayang.

Dalam pantun di atas, dua baris permulaan [pembayang] adalah mengenai tempat-tempat di Kelantan manakala dua baris seterusnya [maksud] adalah mengenai kehidupan seharian.

Kalau ada kesempatan bercuti nanti, singgah-singgahlah di Kelantan.

TehrDemikian kisah 'Pantun Kalau' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


59 Comments

  1. titan says:

    jauh weh. jauhh..

    1. tehr says:

      kalau jalan kaki memang jauh
      kalau naik kereta, kejap je sampai

      [aku ambil kata2 belalang ni]

      1. adele says:

        dekat cikgu kata? oh tidak..sy takkan ke kelantan lg dah..jauuuuh sgt..kalau musim raya tu lg lah bengang walaupun bkn sy yg drive..huhu
        adele baru je tulis kisah Makanlah Banyak Makanan Segera Kalau Nak Buang OvariMy Profile

        1. tehr says:

          Boleh cuba guna jalan atas pulak, adele
          Pasti lancar je :-)

          1. cik tom says:

            kelantan dekat je kalau ciktom kat terengganu..hee
            memang kelantan byk tmpt menarik..
            mknn pn byk best2!
            cik tom baru je tulis kisah Imbas Kembali: Pengalaman Kena Denda di Sekolah RendahMy Profile

  2. Melatiqistyna says:

    Padang pak amat tu kat mana? Bdekatan ngan jeram linang Kah? :D
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Pay Attention While Walking….My Profile

    1. tehr says:

      yups
      kalau dari kota bharu, sebelum sampai bandar pasir puteh

  3. dinar says:

    naik bot menuju ke pulau,
    atas bot tidak boleh merokok,
    hindari diri menabur benih2 kalau,
    kerana ia tidak menumbuhkan pokok..
    dinar baru je tulis kisah Bentuk emas pelaburanMy Profile

    1. tehr says:

      kalau diri banyak berkalau
      tidak sedar hari dah tinggi
      anak isteri bertambah risau
      semua kerja tidak menjadi

  4. LadyBird says:

    lady suka makanan kelantan.. best.. :D.. pernah jugaklah duduk kelantan kejap mengaji kat situ..
    LadyBird baru je tulis kisah Khasiat Buah-BuahanMy Profile

    1. tehr says:

      tentu juga biasa makan budu ni, kan?

  5. padin says:

    hehe kalau aku ada kursus di Pasir Mas lagi nanti boleh jumpa lagi, Bro.. :D
    padin baru je tulis kisah 20 Tahun LagiMy Profile

    1. tehr says:

      boleh saja, bro
      kalau tak ada apa2 halangan

  6. zulkbo says:

    salam..
    teringin sangat nak ke Kelantan..
    lama dah tak ke sana nih..
    harapan ada peluang satu hari nanti
    zulkbo baru je tulis kisah Apa Yang Sinonimnya Angka 8 Dengan Kehidupan KitaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      akan ada peluangnya tu, zul
      insya-allah

  7. kulanz says:

    aku belum pernah pegi Kelantan lagi..
    kalau ada rezeki pegi sana, nanti aku buat pantun juga :D
    kulanz baru je tulis kisah World Bloggers & Social Media Awards 2012My Profile

    1. tehr says:

      insya-allah
      kalau ada rezeki, boleh juga kita jumpa nanti

  8. amin says:

    hehe..cuti semester ni mahu ke kelantan juga…:)
    amin baru je tulis kisah Hugh Jackman in the Wolverine the origins 2My Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      Bawa duit banyak2 untuk borong barang :-)

  9. akubiomed says:

    Saya kalau Tanah Merah mesti singgah Bukit Bunga borong barang murah disana. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pulau Pinang mengamit kenangan lamaMy Profile

    1. tehr says:

      barang kat bukit bnga tu memang murah
      dekat sempadan tu

  10. Razlan says:

    Pernah gi jeram linang tu,agak best kat situ walaupun masuk agak dalam
    Razlan baru je tulis kisah 4 Contoh Soalan Temuduga-Kerja KerajaanMy Profile

    1. tehr says:

      musim sekarang ni tak sesuai untuk ke jeram linang
      susah kalau hujan

  11. oqang kedah dok hangat x pueh hati ngan cik siti wan kembang ni!! hahaha (gurau ja abe tehr)

    kalau pergi ke PCB,
    jangan lupa pekena cucuq ubi!
    :P

    ( x reti pantun keropok lekor)

    1. tehr says:

      kalau pantu keropok lekor
      lepas beli goreng kat dapur

  12. azura says:

    Kalau pergi ke Wakaf Baru
    Jumpa Mek di Wakaf Zainab
    Moga Kelantan bertambah maju
    Negeri Islam berabad-abad…

    1. tehr says:

      jumpa mek di wakaf zaainab
      ditimpa hujan semua basah
      negeri islam berabad-abad
      negeri kelantan serambi mekah

  13. muazfaris says:

    “kalau” ayat tu tak bagus guna krn syaitan sntiasa bisikan pada manusia..

    kalau kalau kalau.

    maka korg akan cpt putus asa..
    muazfaris baru je tulis kisah Pandangan aku pasal Tahun Baru Cina 2012 sempena Naga AirMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      tak boleh nak berkalau dalam semua keadaan dan ketika
      pilih kalau yang elok2 je :D

  14. shraqs says:

    Kreatif! Cukup menarik pantunnya. Ore Klate ko? Sama ngan Nizam rupanya…
    shraqs baru je tulis kisah Awas! Google Panda Akan Menghukum Blog Yang Banyak IklanMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      sama negeri dengan nizam
      tapi belum pernah jumpa

  15. ghost writer says:

    semua tempat-tempat tuh rasanya sudah pernah aku lawati.dan ia sangatlah tidak asing bagi aku yang berapa tahun ke belakang menghabiskan dengan penjelajahan ke tempat2 di negeri lain.
    ghost writer baru je tulis kisah menyelimuti tubuh telanjang dengan kabus pagiMy Profile

    1. tehr says:

      boleh la nanti sesekali ‘kecek klate’ bro :D

  16. yas says:

    Dah lama tak turun ke sana….last pegi zaman bujang dulu jerr
    yas baru je tulis kisah Kubur Rakyat Paling Miskin di AS – Kubur Rakyat?My Profile

    1. tehr says:

      lepas musim huja nanti
      boleh bawa keluarga jalan2, yas :D

  17. hatiputera says:

    pengkalan kubor dan rantau panjang tempat kegemaran ku,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Laman web megaupload ditutupMy Profile

    1. tehr says:

      hati2 kalau ke seberang, bro
      hehe

  18. zool says:

    Belum sampai lagi ke Kelantan>> AGak jauh nak sampai ke sana..
    zool baru je tulis kisah Antara Genius dan Kerja KuatMy Profile

    1. tehr says:

      memang agak jauh
      saya sendiri fikir dua tiga kali kalau mahu ke selatan
      memandu ke kuala lumpur pun dah penat

  19. Hairul says:

    bro nie org kelate ke…
    saya tak pernah lagi ge kelantan..
    tapi biasa lah jumpa org kelate di jb nie…
    Hairul baru je tulis kisah Resepi Kuih Seri Muka Paling Mudah dan SedapMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      asal klate dan menetap di klate

  20. b3njy says:

    Satu ketika dahulu Benjy selalu juga ke Kelantan atas urusan kerja namun kini tidak lagi.
    b3njy baru je tulis kisah ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

    1. tehr says:

      ada masa luang boleh jalan2 lagi ke sini, bro

  21. b3njy says:

    Benjy suka tempat membeli-belah di Kelantan terutamanya rantau panjang dan wakaf che weh [betul ke sebutan tu] …. bukit bunga pun ramai juga yang berhenti namun tidak berkesempatan ke Kubang Kerian lagi.
    b3njy baru je tulis kisah ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

    1. tehr says:

      bro benjy pernah ke seberang ke?

  22. b3njy says:

    Benjy juga suka makanannya …. selain murah ia unik berbanding lain-lain negeri di Malaysia …. kalau ada rezeki akan berkunjung ke sana lagi. :D
    b3njy baru je tulis kisah ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

    1. tehr says:

      kalau datang, ada rezeki kita boleh jumpa

  23. Cyza says:

    Dari Kedah menuju ke Kelantan,
    Sebab taknak kerja di bendang…
    Kenapa Chamberlain dikeluarkan,
    Akibatnya Man U yang menang….

    Sorry lah penyokong Arsenal…hehe
    Cyza baru je tulis kisah Vote Me for Upcomming Blogger of the Year Award 2012My Profile

    1. tehr says:

      tahniah untuk man u

      man u menang lagi
      dapat tiga mata
      kejar pasukan city
      untuk menjadi juara

  24. Cik Siti says:

    Kalau pergi ke negeri Kelantan,
    Rantau Panjang wajib singgah,
    Negeri Cik Wan Kembang yang menawan,
    Pasar bulat yang berdiri megah.

    Kota Bharu, Pengkalan Kubur,
    Tempat belanja para pelancong,
    Kalau pergi sekadar berhibur,
    Bawa lebih wang bolehlah borong…
    Cik Siti baru je tulis kisah KursusMy Profile

    1. tehr says:

      tempat belanja para pelancong
      barang murah berbagai warna
      bawa lebih wang boleh borong
      kalau tak cukup, bank kan ada

  25. mie says:

    hanya pernah singgah sekejap saja di kelantan…
    teringin nak pergi lagi..
    eehheheee
    mie baru je tulis kisah Yee Sang & Tahun Baru CinaMy Profile

    1. Cik Siti says:

      kena bawak duit banyak-banyak sebab barang sana murah
      Cik Siti baru je tulis kisah Mungkin perasaannya…My Profile

  26. fuad ansari says:

    seronoknya kelantan ni, bila makanannya pelbagai dan murah2.. (“,)

    ada apa kat padang pak amat tu? pertama kali dengar nama tempat tu..
    fuad ansari baru je tulis kisah PeNGaLaMaN MeMBeLi RuMaHMy Profile

  27. Mak lagenda says:

    Dalam berpantun pun tehr banyak menyelit pesan2 yg berguna..terima kasih kerana saling mengingati sesama kita.
    Mak lagenda baru je tulis kisah SEPETANG DI TELOK GOREK MERSINGMy Profile

  28. Pintu sempadan ke bukit Bunga
    Jajahan jeli jalan lama
    Kelantan makmur rakyat berbangga
    Akar budaya berlandas agama

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    Diy neon Ledd Strip pada kereta

  29. chii says:

    padang pak amat ngan jeram linang?? 1st time chii dgr…yg lain da biasa..cuma ada beberapa tmpat yg chii x pernah sampai lg =)
    chii baru je tulis kisah Kacang Lupakan KulitMy Profile

  30. kakyon says:

    lama dah tak ke kelantan..
    kakyon baru je tulis kisah siapa copy siapa?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun