Pantun Juara

TRW [3] vs [2] ATM

piala malaysiaKelantan muncul Juara Piala Malaysia 2012. Akhirnya Kelantan The Red warriors berjaya juga mengumpul 3 piala tahun ini seperti yang diidamkan.

Kelantan mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia [ATM] dengan jaringan 3 – 2 dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Tahniah kepada peminat dan penyokong bola sepak Kelantan.

Buah rambutan semanis gula,
Pokok rendang berbuah lebat;
Tahniah Kelantan muncul juara,
Gaya pemenang semakin hebat.

Catatan ini bukan mahu mengulas mengenai perlawanan antara Kelantan dan ATM malam tadi, pasti ramai yang telah menonton siaran langsung di tv. Entri kali ini sekadar mahu menulis pantun juara. Mungkin ada yang tercari-cari pantun juara kerana ramai di antara kita yang pernah menjadi juara dalam berbagai bidang dan acara. :D

Indah cuaca senja menjelma,
Warna mega sangatlah indah,
Si anak juara si ibu gembira,
Si bapa pula memberi hadiah.

Malam tiba bulan menjelma,
Sinar cahaya sampai ke siang;
Peserta berjaya muncul juara,
Penyokong pula bersorak riang.

Meredah paya mencari nipah,
Kakinya pedih terluka tangan;
Menjadi juara bukanlah mudah,
Usaha gigih sangat diperlukan.

Berhati hiba di pohon kedondong,
Kasihan pungguk bermuram durja;
Menjadi juara janganlah sombong,
Bukannya untuk selama-lamanya.

Sekali lagi tahniah kepada kelantan, Juara Piala Malaysia 2012. Kelantan juga adalah Juara Piala FA dan Juara Liga Super tahun 2012 ini. Tahniah juga kepada ATM yang tidak mudah menyerah dan telah memberikan tentangan yang hebat kepada Kelantan.

TehrDemikian kisah 'Pantun Juara' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. maza says:

    TGNA tak umumkan cuti peristiwa ke di Kelantan?
    hehehee
    maza baru je tulis kisah Mphone boleh bikin panas hati!My Profile

    1. tehramuan says:

      memang dah umumkan cuti beberapa hari lepas
      bukan kerana menang tapi untuk keselesaan peminat dalam perjalanan

      1. untungnya..hehe :)
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Siapa samseng sebenarnya?My Profile

        1. tehramuan says:

          aku tak ke stadium, bro
          tumpang untung kat rumah je :D

  2. sud@is says:

    panas badan, minum nira
    pahit tekak makan coklat

    giliran Kelantan menang juara
    Kedah melihat terkulat-kulat
    sud@is baru je tulis kisah Salam Atas BagindaMy Profile

    1. tehramuan says:

      mestilah berubat jikalau demam
      elakkan ambil makanan berlemak
      u21 malaysia juara di vietnam
      Kien Keat-Boon Heong kalah di denmark

      haha macam tak jadi je pantun

  3. azura says:

    Seiring sejalan ke stadium Shah Alam
    Gelombang merah jelas kelihatan
    Red Warrior juara malam semalam
    Tewas ATM pada pasukan lawan
    azura baru je tulis kisah Sekali Imbas mengenai ebook 37 teknik luar biasaMy Profile

    1. tehramuan says:

      red warriors kini bergembira
      atm pula sedang berduka
      zulfahmi dapat tempat kedua
      nasib lcw pula bagaimana?

  4. Tahniah buat kelantan… sengit juga 3-2… Tahniah juga buat ATM yg memberi tentangan sengit
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Tips Cara Menyuburkan Pokok dan Tanaman Dari Emak | Nak Tengok Halaman RumahkuMy Profile

    1. tehramuan says:

      kelantan menang tipis
      gol indra tu memang bagus

  5. padin says:

    Tahniah pada pasukan bolasepak Kelantan..
    padin baru je tulis kisah Monolog Hujung MingguMy Profile

    1. tehramuan says:

      atm juga pasukan yang bagus
      tahniah kepada keduanya

  6. Amirez says:

    dengar kata perlawanan yg sangat mendebarkan semalam. sekadar dengar suara riuh rendah family mertua kat luar bilik hehe. apa2 pun tahniah kepada kedua2 pasukan :)
    Amirez baru je tulis kisah Giveaway Hatiputera.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang mendebarkan, bro
      atm memang memberi saingan sengit

  7. titan says:

    tahniah kelantan. kacak kuasa tiga dah nih!
    titan baru je tulis kisah Orang Banting memang kacak belaka wehh..My Profile

    1. tehramuan says:

      dalam sehari dua ni
      ramai yang kacak dalam negara kita
      harimau muda, lcw, zulfahmi semuanya kacak belaka

  8. Tahniah kepada Kelantan kerana berjaya menjadi juara piala malaysia untuk musim 2012 ni…
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Roti Sayur Di Yut Sun Restoran, TaipingMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang banyak untung bila berjaya
      khabarnya akan diberikan lot tanah tu

  9. Satu perlawanan yang mendebarkan dan menyeronokkan juga.
    Syabas dan tahniah kepada Kelantan dan tak kurang juga ATM.
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah 10 Makanan Harian Terbaik Untuk Kesihatan AndaMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, kedua2 pasukan memang hebat
      tahniah

  10. donnyien says:

    tahniah kepada kelantan, 3 piala satu pencapaian yang membanggakan
    donnyien baru je tulis kisah Risiko kerja shift malamMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang musim terbaik kali ni
      harap2 musim depan masih dapat kekalkan prestasi

  11. sensasi2020 says:

    TRW adalah pasukan kuat,
    Dapat juara penuh kelibat,
    Apa yang dikejar sudah dapat,
    Moga tahun depan lagi hebat.

    Juara trebel kebanggan kita,
    Satu pencapaian cukup banyak,
    Dapat kecapi dengan penuh makna,
    Semua ini sokongan semua pihak.

    ATM pasukannya juga berhak,
    Mendapat pengiftirafan yang hebat,
    Kerana menjadi juara liga jugak,
    Cuma belum cukup kuat.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Cadangan Dan Kritikan Saya Untuk Menambah Baik Eizil.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      hebat sungguh pasukan kelantan
      atm juga apa kurangnya
      setiap pasukan ada ramuan
      hanya menunggu giliran sahaja

  12. yas says:

    Tahniah buat pasukan Kelantan….memang persaingan yang sengit malam tu, dan aku juga rasa Kelantan mmg berhak utk menang …tahniah skli lagi….juga buat ATM yg berusaha bermati2 an….terbaik!!!
    yas baru je tulis kisah TAHNIAH ZULFAHMI…PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIAMy Profile

    1. tehramuan says:

      kelebihan kelantan kerana sudah beberapa kali bermain di perlawanan akhir
      tentera juga bagus cuma mereka mungkin sedikit gugup

  13. hafidz says:

    Tahniah buat Kelantan F.A
    Kita tunggu Piala Malaysia Musim depan pula ya! 8-)
    hafidz baru je tulis kisah Kord Gitar : Kembara – Sesat di Kuala LumpurMy Profile

    1. tehramuan says:

      entah pasukan mana pula yang juara musim depan
      lagi bagus kalau kelantan juga yang juara :D

  14. de engineur says:

    Tahniah pasukan Kelantan! Memang dah agak dah menang. Wlu mcmana pun hujung minggu tadi sibuk layan MU kalahkan Stoke City.

    Tahniah, semoga berjaya lagi di pentas Asean nanti.
    de engineur baru je tulis kisah Sabah Budget 2013: RM4,088 billionMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku tunggu Chelsea kalah je
      tak sabar nak tengok MU kat atas :D

  15. Khidhir says:

    atm main best.
    Khidhir baru je tulis kisah Bayaran Daripada Churp ChurpMy Profile

    1. tehramuan says:

      setuju, mereka memang bagus dan memberikan tentangan sengit

  16. papa mifz says:

    kecewa juga bila ATM kalah…tapi tuh la mereka kalah bermaruah…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Mifz Bawa Kereta AntikMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, bro
      mereka tak perlu malu kalah selepas memberi tentangan hebat
      tahniah buat atm

  17. Cik Siti says:

    tahniah buat skuad Kelantan dan semua peminat -peminat juge.
    Cik Siti baru je tulis kisah mee hoon goreng sicilikMy Profile

    1. tehramuan says:

      tahniah untuk semua :D

  18. cikgu naman says:

    The Red Warriors bukan sahaja mengecewakan penyokong sebenar ATM, tetapi juga penyokong pasukan lain yang kalah dengan Kelantan dan sokong ATM, dan juga penyokong yang memang saje tak nak kelantan menang.

    Gomo klate gomo! Syabas juga kepada pasukan ATM. Gaji ni, ATM sangat berjasa.
    cikgu naman baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir Ketiga Darwisy!My Profile

    1. tehramuan says:

      gaji? hahaha
      hujung bulan memang ATM jadi tumpuan :D

  19. Hafizul says:

    Emm tahniah buat pasukan kelantan…tunggu dapat habuan jer la kan..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Tip Semasa Di Tinggalkan Oleh IsteriMy Profile

    1. tehramuan says:

      seronok la mereka
      kita tumpang gembira je

  20. Juan says:

    tahniah buat kelantan, saya sebenarnya agak kecewa sebab inginkan kejuaraan sampai pada penalti, tp tidak
    Juan baru je tulis kisah Cara Mengelak Saman Dari Kamera AES Dengan Aplikasi Android AES DetectorMy Profile

  21. tehramuan says:

    penalti?
    tak best la menang dengan cara penalti

  22. akubiomed says:

    Tanniah kepada pasukan Kelantan. Ia adalah perlawanan yang menghiburkan apabila kedua-dua pihak berbalas serangan.
    akubiomed baru je tulis kisah Zulfahmi Khairuddin raih no 2 perlumbaan Moto3My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun