gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

Pantun Juadah Berbuka

Apa khabar semua. Juadah berbuka untuk hari ini dah siap atau belum? Juadah apa pula agaknya yang menjadi pilihan keluarga hari ini. Mr Tehr sendiri tak banyak soal, makan apa sahaja yang dibeli oleh Mrs Tehr di bazar Ramadhan. Itukan rezeki.

Ada lelaki ke bazar ramadhan,
Membeli juadah untuk berbuka;
Apa dibeli tak habis dimakan,
Membazir sudah pula jadinya.

Kaum wanita sibuk memasak,
Sedia juadah untuk keluarga;
Harapan kecewa perlu dielak,
Syukur dengan apa yang ada.

Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini hadir dengan tema juadah berbuka. Mr Tehr harap sangat-sangat untuk dapat memilih dua rangkap pantun [dari komen sahabat] untuk menghiasi sidebar blog tehramuan ini.

TehrDemikian kisah 'Pantun Juadah Berbuka' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



15 Comments

  1. adele says:

    dua2 pantun sedap bro..huhu..

    juadah hari ni nasi ayam..beli je..tak sempat masak..bru smpai rmh..slmt berbuka! :)
    adele baru je tulis kisah Jangan Makan Makanan Orang Tak SolatMy Profile

    1. tehr says:

      saya sendiri belum sempat nak intai apa yang ada kat dapur :D
      selamat berbuka, adele

  2. padin says:

    Tiap petang ke bazar ramadhan,
    Memilih juadah untuk berbuka,
    nasi kerabu dan ayam penyek jadi pilihan,
    cukup sekadar berbuka puasa.

    :D
    padin baru je tulis kisah Hukum Melukis GambarMy Profile

    1. tehr says:

      memilih juadah untuk berbuka
      biar sederhana usah berlebih
      cukup sekadar berbuka puasa
      malam nanti nak solat terawih

  3. Cik Siti says:

    dah lama tak join segmen pantun anjuran En Tehr ni…

    Panas terik di tengah bendang,
    Memandang sayup si padi huma,
    Usah dipandang juadah terhidang,
    Nikmatilah ia sekadar cuma.

    Nikmati hidangan si bubur pengat,
    Pengat disimpan di dalam pasu,
    Nikmati juadah harus beringat,
    Bukannya landas penuhi nafsu.
    Cik Siti baru je tulis kisah Cerita Baju Raye…My Profile

    1. tehr says:

      pengat disimpan di dalam pasu
      pasu terletak di tengah dapur
      bukannya landas penuhi nafsu
      hanya sekadar menunggu sahur

  4. titan says:

    semalam buka kuih aje. Itupun dah heavennn..
    titan baru je tulis kisah Hadiah hari jadi dari Nuffnang..My Profile

    1. tehr says:

      kalau saya
      mesti pekena nasi gak
      tak sah kalau tak ada nasi :D

      1. sebenonya time bulan puasa ni.. tak ler lapar sgt. Dahaga jer.. Kawe pon banyak kali buka makan kuih jer.. Tak pon mertabak jawa :D
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

  5. akubiomed says:

    Masuk hutan mencari rotan
    Nyanyian terkukur menghibur hati
    Rambang mata di Bazar Ramadhan
    Juadah apa untuk berbuka nanti?

    Riuh rendah sebelum senja
    Bising sungguh si ibu ayam telur
    Berbagai kuih juadah untuk berbuka
    Kuih apa terkenal di Pantai Timur?

  6. hari ni buka di kedai, sahur wife masak.. he he… bersesuaian dgn pantun diatas :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

    1. dnoBiz says:

      buka di kedai boleh elakan pembaziran makanan hehehe :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Iklan Terbaik – Khas untuk kaki ponteng PuasaMy Profile

  7. Mus says:

    mmg kena beringat semasa membeli juadah berbuka puasa..
    membeli dalam lapar memang tak baik..
    Mus baru je tulis kisah Ayam Golek Yang KeduaMy Profile

  8. dnoBiz says:

    Air kelapa adalah menu wajib aku… :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Bonus Raya – Senyum sepanjang JalanMy Profile

  9. ghost writer says:

    membeli juadah untuk berbuka
    menunggu berbuka dengan senyuman
    membazir sudah pula jadinya
    bila makanan tak habis dimakan
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge