Pantun Jiran Sebelah

Selamat malam, eh pagi. :D Sejak saya berpindah dan tinggal di sini, jiran terdekat saya hanya satu keluarga sahaja, iaitu di sebelah kiri rumah saya. Lot tanah depan rumah, sebelah kanan dan belakang masih kosong. Yang di sebelah belakang tu baruh sebenarnya. Menjadi tempat kerbau berkubang.

Kalau jiran yang agak jauh, ada dalam sepuluh buah rumah. Sebahagiannya berketurunan Siam dan beragama Buddha. Mereka sangat baik dan mesra. Selalu menghadiahkan kami buah-buahan yang ada di kebun mereka. Jiran saya sehingga kini juga perihatin terhadap kami sekeluarga dan selalu menjenguk kediaman kami lebih-lebih lagi ketika kami meninggalkan rumah untuk bercuti.

jiranKe kedai mamak membeli capati,
Singgah sebentar di warung Rossa;
Jiran tetangga sentiasa dihormati,
Barulah hidup aman sentosa.

Turun ke lubuk menahan lukah,
Lukah ku pecah ikan ku lari;
Baiknya jiran sebelah rumah,
Berkaraoke hampir setiap hari.

Jiran terdekat saya juga tak pernah mendatangkan masalah. Kalau beliau memesin rumput di halaman dan sekitar, depan rumah saya juga turut dimesinnya. Memang tak kisah. Anak-anak mereka sering juga datang bermain bersama anak gadis saya. Kucing saya pula sering ambil peluang tidur dekat tangga rumah mereka. Macam tak kenal rumah je si kucing ni. :D

Dua rangkap pantun di atas adalah pilihan saya untuk menghiasi ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat. Tahniah kepada Mie dan Zulkbo serta tak lupa terima kasih kepada semua yang sudi dan sempat mengarang. Saya tahu memang sukar untuk mengarang pantun kerana saya sendiri kadang-kadang mengambil masa yang agak lama juga. Sering kali entri saya tidak dapat disiapkan segera hanya kerana gagal mendapat idea menulis pantun.

Sekali lagi tahniah dari saya untuk semua.

TehrDemikian kisah 'Pantun Jiran Sebelah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


56 Comments

  1. mijie says:

    salam cikgu, lama tak blogwalking tapi smpai skrg ni tak reti2 nak buat pantun, hoho
    mijie baru je tulis kisah Nombor-nombor yang memberi maknaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, bro
      biasa la tu, setiap orang ada diberi kelebihan masing2
      pandai di kanan, kurang pula di kiri

      aku sendiri hanya cukup2 makan je
      selalu ambil masa juga nak siapkan pantun

      dan yang paling pasti aku tak pandai nak mengarang cerita

  2. mie says:

    wow!!
    bila cuba berjaya juga..
    eheheheeee
    mie baru je tulis kisah Kenapa Mesti Mengidam BrowniesMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tahniah, mie

      1. mie says:

        terharu sekejap…
        ni rasa macam nak belajar pantun ni..
        ehheeee
        mie baru je tulis kisah Kenapa Mesti Mengidam BrowniesMy Profile

        1. tehr says:

          tahniah, mie
          teruskan mengasah bakat berpantun :D

  3. Jiran rumah kita pun best… dua2 Indian tp sgt ramah..:)
    Fantastic Ajane baru je tulis kisah Gempa Bumi Di HatikuMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      tak guna bermasam muka
      lagi pun hari2 pasti jumpa

  4. padin says:

    ye ke yang belakang tu kosong?
    keh3 kena periksa tu tehr ekekee

    1. tehr says:

      aku memang pasti, bro
      ko jangan pandai2 nak usik aku
      hahaha

      1. padin says:

        haha bukan nak mengusik,
        mana lah tahu ada budak kampung yang ada agenda dalam tu,
        tak pun penghuni lama keh3

        1. tehr says:

          alhamdulillah, tak ada
          yang naik rumah aku dulu pun datang dari kawasan lain

  5. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr…

    Pantun melayu pusaka bangsa… warisan nenek moyang perlu terpelihara

    Bunuh Kambing di tepi tangga,
    Bakar rumah ketua kampung,
    kita ni kan hidup jiran tetangga,
    rajinlah kita tolong menolong.

    si anak dara menconteng muka,
    tentu keluarga besar malunya,
    jiran tetangga sibuk mengata,
    menantu tiada bercucu pula.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      tentu keluarga besar malunya
      malulah dngan orang kampung
      menantu tiada bercucu pula
      tak tahu bila perut kembung

  6. jiran IM ni ada yang keturunan mami, keturunan benggali, china muslim dan melalyu macam IM.
    insan marhaen baru je tulis kisah Oh Laptopku!My Profile

    1. tehr says:

      memang masyarakat majmuk tu
      bagus sekali kalau kekal aman tenteram

  7. Zik says:

    pergi mcd beli burger
    nampak jiran sebelah makan ubi
    kita pun belanja burger
    jiran tetangga harus kita hormati..
    Zik baru je tulis kisah Surat misteri dari Bro mancai akan hairilhazlancom!My Profile

    1. zulkbo says:

      ermmm..
      pantun moden nih
      he he..
      zulkbo baru je tulis kisah Gambar Sekitar Pilihanraya Kecil PRK N28 KerdauMy Profile

      1. tehr says:

        yups
        sesuai untuk generasi baru :D

    2. tehr says:

      nampak jiran makan ubi
      kita pula makan jagung
      jiran tetangga kita hormati
      baru aman hidup sekampung

  8. MDHAFiZ.NET says:

    As-Salam Cikgu Teh….
    jiran Sepakat Membawa Berkat… :)

    1. tehr says:

      salam
      jiran sepakat membawa berkat
      jiran khianat membawa mudarat

  9. ghost writer says:

    aku tidak mempunyai jiran sekarang sebab aku cuma dikelilingi oleh kawan-kawan…
    ghost writer baru je tulis kisah unmade bedsMy Profile

    1. tehr says:

      kawan2 juga penting dalam kehidupan
      terutamanya kawan yang sentiasa berpesan-pesan

  10. Dah jarang sangat dah berpantun sekarang. Dulu zaman sekolah memang gemar berpantun di radio.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah SBC to do listsMy Profile

    1. tehr says:

      wah, bagus tu
      dah pernah bersiaran rupanya

  11. adah says:

    pastikan rumah2 tu betul2 kosong tehr…

    hahahaha
    adah baru je tulis kisah Mencari yang bertuah- Contest di Blog Santai-My Profile

    1. tehr says:

      memang sangat pasti la, adah
      tapi waktu siang je
      malam aku tak pernah menjenguk
      haha

  12. Ismail N says:

    ya mmg hebat la pantun yg menang
    well deserved dan pilihan yg amat tepat..
    nampak gaya kena praktis lagi ler kawe…. :D

    1. tehr says:

      ramai yang berbakat ni, bro
      cuma ada yang lama tak asah je

  13. ahmadhaikal says:

    emm..kena baik dengan jiran. JIran la yang paling dekat dengan kita kalau jadi apa-apa berlaku.
    ahmadhaikal baru je tulis kisah Work like tomorrow was goneMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, ahmadhaikal
      sama2 tolong
      sama2 untung

  14. toyol says:

    wah..
    mmg kelasss pantun depa..
    tahniah2..

    kawasn umah TK ni dh padat dngn orang skeliling..
    tp yg sbelah kiri tu, spnjg hidup x pnh lg TK jejak kaki ke rumah nya..
    misteri kan??
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah AYAH- JANGAN SEMBELIH SAYA! part 2My Profile

    1. tehr says:

      aik?
      memang pelik tu, tk
      jiran kiri tu tak ke rumah tk juga?

  15. fikryn says:

    Salam..

    Ni pantun buat Tehr pula..

    Kita menerima jiran memberi,
    Saling menghormati senang dihati,
    Rasa gembira datang kemari,
    Dihati bagai Melayu sejati.

    Suka..thumb up!

    1. tehr says:

      saling hormati sikap terpuji
      mereka memberi kita merasa
      bangsa melayu amat terpuji
      sopan santun dalam budaya

  16. zulkbo says:

    salam saudara Tehr..
    terima kasih atas pemilihan tu
    duduk carta lagi nih..la la la
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Sekitar Pilihanraya Kecil PRK N28 KerdauMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tahniah dan terima kasih, zul
      sokongan untuk kawe terus berblog ni :D

  17. Norgadis says:

    Baik sunguh jiran tehr tu, tak kira agama dan bangsa tetapi tetap menganggap bagai keluarga.

    Terbang melayang burung merpati
    Hinggap seekor di atas batu
    Gembira sungguh rasa dihati
    Melihat jiran semesra itu.
    Norgadis baru je tulis kisah Asterawani Di LabuanMy Profile

    1. tehr says:

      hinggap seekor di atas batu
      mahu tangkap belalang hijau
      melihat jiran mesra begitu
      tiadalah hati menjadi risau

  18. dnoBiz says:

    tu la kelebihan kita di Malaysia, harap sifat ini akan berkekalan..
    celaka lah kepada sesiapa ynag cuba memecahbelahkan keharmonian yang kiat kecapi sekarang ni
    dnoBiz baru je tulis kisah Bunuh Kucing – Bila Manusia lebih Jahat dari Syaitan VideoMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, dB
      kalau dapat si batu api tu, buang je ke laut
      biar padam terus

  19. kaizen says:

    dia karok lagu pe bro? ngeh3
    kaizen baru je tulis kisah MuSLiMaH! eLaKKaN BaJu KuRuNG KaLeR PuTiH!My Profile

    1. tehr says:

      jangan lagu negaraku dah la
      tak pernah dibuat orang
      haha

  20. Cik Siti says:

    kalau ada kesusahan dengan jiran yang kita minta tolong dulu… kalau ada masa senang pun kita kongsi bersama…
    Cik Siti baru je tulis kisah Tingkatkan Keyakinan DiriMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, cik siti
      tak ada siapa pun boleh hidup macam kera sumbang
      tarzan pun ada kawan dan jiran, kan? :D

  21. kulanz says:

    Jiran sepakat membawa berkat.. memang bagus kalau dapat jiran yang baik hati..
    setakat ni jiran akupun okey juga.. kiri, kanan, depan semua adik-beradik.. ada juga beberapa guru dari kelantan menyewa dekat2 sini.. diorang pun semua okey
    tahniah juga kpd bro Mie dan bro Zulkbo sbb pantun dah dipilih.. aku ni tak taulah bila lagi nak buat pantun
    kulanz baru je tulis kisah Blogger Jangan Lakukan 10 Perkara IniMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      kalau jiran sebelah menyebelah tak mesra, memang akan jadi tak seronok
      perlu cari idea dan helah untuk jadi lebih mesra
      takkan kita tak mahu balik ke rumah atau berkurung je
      hehe

  22. akubiomed says:

    Tanniah kepada pantun yang terpelih. Jiran sebelah rumah saya pun okay juga. Sampai potong rumput dan bersih daun-daun jatuh didepan rumah saya walaupun tidak di suruh. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Apa Yang Bagus Sangat Belajar di Mesir NiMy Profile

    1. tehr says:

      sama la
      seronok kalau hidup berjiran macam ni :)

  23. etomyam says:

    jiran baru suasana baru, aku pun baru tengah bersiap2 utk pindah hujung bulan ni, mesti ambil masa pulak nak kenali jiran2 baru :D
    etomyam baru je tulis kisah 7 sebab Utama iPad 2 Akan Jadi HitMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah, bro
      pindah rumah memang seronok tapi sangat penat

  24. Mus says:

    memang beruntung kalau ada jiran yang saling memahami dan bertolak ansur
    Mus baru je tulis kisah Soil Stabilization Day 1 – Clutch Lining TerbakarMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      hingga hari ini masih baik semuanya

  25. mekar says:

    mmm.. seronoknya ada jiran yang boleh tumpang susah senang ni. Mekar dok kondo kt kl ni susah benar nak jumpa jiran. Setakat “hai” dlm lif ajer. Kemungkinan terserempak balik dgn jiran tadi mybe sebulan kemudian.huhu
    Mekar pun lemah sgt pantun2 ni. Tp suami sya sangat pantas bila memberi dan menjawab pantun. spontan aje.
    mekar baru je tulis kisah Gigitan si Charlie yang berbisaMy Profile

    1. tehr says:

      keadaan memang mempengaruhi cara hidup kita
      saya setuju sangat

      pasal pantun tu
      saya juga hairan, ada orang boleh berpantun macam tu je
      seperti bercakap je lagaknya
      [saya ambil masa juga nak siapkan serangkap pantun] :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun