Pantun Jerebu

Pantun Jerebu dari Mr Tehr untuk korang peminat pantun sempena menyambut ‘musim jerebu’ yang sedang hebat melanda sekarang ini.

Hari Malaysia kita bersatu,
Satu Malaysia dilanda jerebu.

Sebelum kita sama-sama berpantun, Mr Tehr ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Malaysia untuk semua.

Kita bersatu sehati sejiwa,
Hadapi jerebu melanda negara.

Pantun Jerebu

Siapa lembu siapa sapi,
Siapa kuah siapa roti;
Asap jerebu di sana sini,
Anak sekolah diberi cuti.

Kereta baru kereta mewah,
Kereta buruk kereta antik;
Datang jerebu segala arah,
Terasa teruk badan sakit.

Bakar api dalam belukar,
Bakar roti di atas dapur;
Pujuk hati rela bersabar;
Jerebu pergi kita bersyukur.

Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka nampaknya menerima kesan yang teruk. Sekolah pula ditutup sehingga diberitahu kelak.

Pantun Jerebu

Cara nak hilangkan jerebu, mukin setakat ini hanya satu cara sahaja yang ada. Hujan.

Kereta biru parking di seberang,
Tinggal pedati bermandi embun;
Habuk jerebu memenuhi ruang,
Tak sabar menanti hujan turun.

Treler kosong berlanggar pecah,
Lori tangki seberang ke tanjung;
Perit kerongkong mata dah merah,
Jerebu memasuki lubang hidung.

Menebang aur di tepi tebing,
Tumbuhnya tebu di tepi bibir;
Kusangka terhibur hati runsing,
Rupanya jerebu di belakang tabir.

Hanya itu sahaja Pantun Jerebu daripada Mr Tehr untuk hiburan kita kali ini. Harap-harap jerebu segera beredar dari ruang angkasa negara kita.

Dah teruk sangat dah rasa.

TehrDemikian kisah 'Pantun Jerebu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. hafiz says:

    Tiap2 tahun masalah jerebu berulang. Negara jiran tak prihatin
    hafiz baru je tulis kisah Buat duit dengan AdsenseMy Profile

  2. akubiomed says:

    Alhamdulillah pagi sambutan Hari Malaysia 16 September cerah dan tidak berjerubu.
    akubiomed baru je tulis kisah 4 usb port Ldnio travel charger penyelamat gajet nyawa-nyawa ikanMy Profile

  3. zik says:

    mata sakit, tekak pun pedih… degil tak pakai mask.. huhu
    zik baru je tulis kisah JDT mara separuh akhir afc cup tewaskan south china 3-1 (Agg4-2) 15.9.2015My Profile

  4. ringantangan says:

    Moga kita pun fikir 2, 3 kali sebelum suka-suka bakar sampah.
    ringantangan baru je tulis kisah Tips beli ikan segar di pasarMy Profile

  5. zara says:

    walaupun tak keluar rumah sangat dalam masa sebulan ni, terkesan jugak dengan jerebu..perit tekak dah mula terasa..mulalah rajin menelan vitamin c dan makan buah oren..
    zara baru je tulis kisah 10 Rahsia Bagi Mencapai Kebahagiaan Dalam PerkahwinanMy Profile

  6. Hero Borneo says:

    Cari cangkul gali perigi,
    Periginya letak dalam semak:
    Jerebu datang jerebu pergi,
    Mata sakit nafas pun sesak.
    Hero Borneo baru je tulis kisah 7 Langkah Bijak Tangani JerebuMy Profile

  7. Padin says:

    kalau negara bermusim, da boleh tambah satu lagi,
    musim jerebu kihkih…

  8. Asap jerebu dah makin kurang ni sebab hujan kan..Alhamdulillah
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Ibu Menyusukan Bayi Risau Tidak Datang Haid ?My Profile

  9. dja says:

    jerebu belakang tabir ni pun sama bahayanya … sama-sama kabur dan sama2 tak nampak hihih
    dja baru je tulis kisah Hukum Wakalah Dalam Ibadat QurbanMy Profile

  10. akuoka says:

    panjang sangat pantunnya…

    selamat berjerebu
    akuoka baru je tulis kisah unblock website disekatMy Profile

  11. onlajer says:

    serius bro seronok kawan baca pantun ini
    onlajer baru je tulis kisah Panduan Bisnes Dan Resepi Kuih Cheese TartMy Profile

  12. macamni lah kita setiap tahun kan
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Soya Penyebab Mukus / Kahak?My Profile

  13. Hero Borneo says:

    jerebu adalah acara tahunan di Malaysia…sedih tapi redha sahajalah
    Hero Borneo baru je tulis kisah Cerita DiSebalik Gambar Siri 6My Profile

  14. suri says:

    jerebu tak seronok tapi sebahagian dari ujian dariNYA kan
    suri baru je tulis kisah Toturial Mudah Cara Moden Membuat Barut Bayi ComelMy Profile

  15. suri says:

    semoga angin datang pergi ia berlalu dengan cepat hendaknya
    suri baru je tulis kisah Siap! 5 Helai Cara Pantas Jahit Jubah Moden Muslimah Terdesak Dan On TimeMy Profile

  16. Hafizul says:

    Okeh..saya pun sama jer..setiap hari mengharapkan awam yang biru bertandang lagi..dah rasa rindu sangat nak tengok awan yang membiru….
    Hafizul baru je tulis kisah Asas Belajar Akaun Guna ExcelMy Profile

  17. titan says:

    sana-sini jerebu.

    penat tengok.

    penat membatuk.
    titan baru je tulis kisah Kembali dengan penuh sinar TUJUH warna pelangi.My Profile

  18. pergi ke kedai membeli nasi kerabu,
    terima kasih indonesia untuk jerebu….
    Belang tarung baru je tulis kisah Pembenihan Awan Kurangkan Jerebu dan Hapuskan KemarauMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun