Sekejap hujan, sekejap berhenti dan kadang-kadang lebat. Matahari tak tunjuk muka hari ini. Kucing-kucing saya merengkuk je tidur. Sejuk. Langsung tak nampak riang. Jiran berketurunan Siam cuti berkebun sayur kerana kebun mereka dah penuh dengan air. Hilanglah punca rezeki mereka bulan ni.
Kalau orang kampung saya dahulu, musim hujan begini ada yang ke sawah mencari ikan air tawar. Pukat, jala, lukah, serkap, bubu, rawai dan pancing merupakan antara alatan menangkap ikan yang popular. Kalau dapat banyak bolehlah dijual, kalau sedikit hanya sebagai lauk untuk keluarga sahaja.
Langit mendung bila petang,
Hujan turun renyai-renyai;
Air hujan limpah di bendang,
Penuh parit turun ke sungai.
Hujan lebat menjelang azan,
Waktu maghrib telah pun hadir;
Menunjuk tangkas ikan haruan,
Melompat batas bermain air.
Azan di surau memecah sunyi,
Jemaah hadir lelaki perempuan;
Belida dan keli pandai menari,
Sambil bermain mencari makan.
Imam di depan sejadah dihampar,
Makmun pula semua mengikut;
Sepat dan puyu berkejar-kejar,
Pulang ke lumpur si anak belut.
Kalaulah dapat bawa pukat turun ke sawah, rasa-rasanya boleh dapat ikan sawah tak? Kalau tak mahu tahan pukat boleh juga tebarkan jala atau menahan lukah. Kalau dapat banyak, boleh beli HTC Desire Z lepas musim hujan nanti.
Berbagai cara boleh tambah punca pendapatan.
Demikian kisah 'Pantun Ikan Sawah' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


kalau keli memang best…tapi jarang dapat ikan sawah sebab takde sawah…hihi
bisk recently posted..ucapan terima kasihku
keli sawah lebih sedap berbanding keli yang dipelihara dalam kolam
musim hujan macam ni je senang dapat keli sawah
keli bela makanan dia berbeza dengan keli sawah

dnoBiz recently posted..Berita Buruk Untuk Blogger – Google ambil tindakan terhadap aktiviti Link Exchange
tu yang buat kurang sedap tu, dno
lagi satu sebab air
panggang lagu best heeee
err xpernah pengalaman macam ni, mesti seronok kan.
padin recently posted..Tips Persediaan Kahwin
memang sangat seronok, bro
lebih2 lagi kalau dapat banyak ikan
teringin nk masuk sawah tgkap ikan…xpenah msk sawah sbb kg xde sawah padi…
p/s; cutenya kucing tidur….
berani ke, princess
biasanya kat sawah banyak lintah
Dari blog mappiau kat sini melantun
Nak carik teh kat sini rupenye
pandai sungguh Tehr berpantun
Suke betul saye membacenye. (cewahhhh)
eh eh camne pulak saye leh tersesat berpantun nih hahahaha
.
errr errr jangan mare yea tuan ladang hikhikhik.
mappiau recently posted..Laa Magik lagi
takkan marah tuan ladang
senyum juga menunjuk gigi
hamba ucap selamat datang
di lain masa singgahlah lagi
tak pernah ke sawah la.. hehe.. terlebih bandar lak..
Ezany-Kun recently posted..Al Kisah Solat Jumaat
cuba2 la ke sawah
tambah pengalaman
tak kan rugi
He he.. mau jual ikan beli HTC ye?
lawak gitew..
mana la tahu, kan?
hahaha
semua pengalaman indah
rumah keliling sawah
lagi seronok musim bah…
sud@is recently posted..Gula Dan Minyak
jangan peduli dengan lintah
rindu nak makan ikan puyu dan keli goreng ni huhu
etomyam recently posted..And The Best Part
sesekali boleh plan cuti musim hujan pulak, bro
balik kampung tebar jala
baik kau balik rumah mertua kau jaz

air tengah naik ni hehe
dnoBiz recently posted..Penghulu segala Hari – Kehebatan hari Jumaat
kalo kat kg Gayah ade lah cket sawah tp tak pernah lak tangkap ikan kat ctu..huhu…
susah nk tgkap2 ni… beli kat pasar je ikan..huhu
hahaha
jarang sekali aku lihat orang perempuan tangkap ikan sawah
gayah boleh la cuba pecah tradisi
hahah.. bro jgn sangka tgn yg mgayun buaian tak tahu tangkap ikan.. silap2 lagi byk hasil tgkap dr kaum laki..huhuhu
dulu2 kat tempat saya
perempuan ni memancing je, lelaki pasang pukat
Meliha kucing tidur macam buat terjunan akrobatik pula. Memang cute kucing tidur ini mesti tengah hujan lebat dekat luar

akubiomed recently posted..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha
hari ni kucing aku lebih gemar layan tidur
salam..
kenapalah tak di selimutkan
kucing2 tu..kesian la pulak
nampak merengkok kesejukan..
he he..saya suka kucing..tapi
tak suka nak bela dalam rumah..
almaklum duduk apartment..
zulkbo recently posted..Laman Forum Syoknyer Blogging Buat Para Blogger
salam kembali
masa ambil gambar je tak selimut, bro
saya juga sediakan tempat tidur mereka di luar
siang je mereka masuk bermain dalam rumah
Balik kg nnt nak menjala, tahan lukah, boleh beli HTC..hu3
deCrewz recently posted..Penipuan Shoutbox!!
hahaha
nanti boleh live blogging sama2
tak gitu ke, decrewz?
Masa kecik kecik dulu memang pantang kalau musom banjir cam ni,

pasang pukat la kerjanya
dnoBiz recently posted..Pengedar dadah – Jual dadah Tepi surau
yeah!
yes!!
bila mak ke masjid solat subuh
aku pula jenguk ikan kat baruh
kalau sawah gerenti seri tak nak masok, takut betol dengan lintah. tapi gemar makan ikan puyu masak kari.
Seri recently posted..Panduan Membuat Kode HTML Parser Box
ikan puyu ni goreng pun sedap
fuh!!!
ikan keli sentiasa menjadi idaman…
mie recently posted..Bas Sekolah VS Truck Askar
dapatkan keli sawah, mie
lebih sedap
rindu pada angin bendang
mengejar puyu diatas bendang
namun kini kian hilang dek pembangunan
Cik Siti recently posted..Hati penuh dengan rasa debaran
betul tu, cik siti
banyak sawah dah bertukar menjadi tapak rumah sekarang ni
memang semakin sukar nak cari ikan
aku rasa kalau ambil upah tolak kereta sangkut dalam banjir pun lumayan jugak ni
kucing tu adik beradik ke?
kat belakang rumah mak aku ni banyak ikan puyu dalam parit,aku kat sini panggil ikan betok

sangilapi recently posted..bengkel blackberry
rancangan projek tolak kerata tak jalan kat kawasan aku, joe
~kucing tu memang 2 beradik
teringat dlu2..
ustaz ada kolam udang..
bila banjir, udang2nya lari..
kesian dia..
tinggal beberapa ekor je yang masih ‘taat’..
kg tehr banjir?
dalam tv dok cakap klate n ganu banjir
ckp pasl tv.. geram pun ada bila tgk brita..
semua lidah2 amno
nak cari jwpn sbnr dlm blog pro-pR,
tenet xda.. kena g cc dlu..
cc plak ramei org.. kdg2 xsmpat sbb blik lmbat..
um…
tak sangka betul
rupa2nya udang pun pandai ‘taat’
manusia memang patut ikut perangai udang ni
dah lama tak makan ikan air tawar…nyum2…
Zezebel recently posted..DLS – About Feeling
masak lemak cili api
tapi saya suka yang goreng biasa je
Salam.
Walaupun aku kurang kemahiran dalam aktiviti penangkapan ikan sepert itu, namun suasana sebegitu sangat seronok untuk dihayati.
Alhamdulillah, hari ini di Pantai Dalam, matahari telah menampakkan sinarnya.

Hadi Rofiee recently posted..Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya
memang sangat seronok terutama bagi orang2 kampung
macam pesta pun ada, hadi
Aku dapat merasainya walaupun sedikit iaitu ketika di zaman sekolah menengah. Maklumlah sekolah di dalam kawasan kampung. Rumah pula sebaliknya.

Hadi Rofiee recently posted..Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya
masa kecik dulu..biasa ikut emak kesawah. main pancing2..dapatlah puyu dan sepat..ssekali dapat limbat..herk
kakyon recently posted..Azam 2011
tak pernah lagi tangkap ikan kat sawah..mesti syiok kan..
Sir Marcello recently posted..Kerani Muda Lulusan Ijazah
klu geram suka turun kat selut tu heee.pastu curi kasut boot ayah heeee
comellah pulak kucing tuh tidur… cantik jer…
ikan kat sawah tangkap masa sekolah2 dulu..sekarang adoi …memancing pun dah tak…lagi.. huhu rindunya
zik recently posted..Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!
kalau air cetek, aku lebih suka guna serkap je
zik suri dlu mancing pakai buluh jer.. heee
klo ujan lebat hati msti senyum sb belah petang suri tak yag siram pokok bunga..ipoh hari2 tiap ptg hujan turun dgn lebatnya..
tapi kasihan pada para peniaga pasar malam huuu
di sini, hujan mulai berkurangan.
sinar suria memancar dengan indah sekali pagi ini.
selalu redup je.
RedBoys recently posted..Entri Yang Ke-100