Pantun Hilang

Pantun Hilang aku sediakan sebagai entri blog kali ini.

Aku sendiri memang sering hilang dari blog sekarang. Sekali sekala je timbul. Hilang dan tenggelam dalam urusan sendiri yang tidaklah sesibuk mana.

Harap-harap tak ada pula yang pergi ke balai polis untuk buat repot orang hilang!

Ha ha ha ha…

pantun hilang

Pantun Hilang

Keluar pagi balik petang,
Keluar malam balik siang;
Sakit gusi gigi berlubang,
Cabut buang sakit hilang.

Hujan lebat banjir tak jadi,
Pekerja Bangla menari-nari;
Hilang semangat ke mana pergi;
Kosong terasa di dalam hati.

Jerawat batu tepi telinga,
Tahi lalat di tepi bibir;
Hilang satu ganti berjuta,
Senyum kita mudah terukir.

Itik serati burung bayan,
Pantai Tujuh cantik sekali;
Gundah hati jangan dilayan,
Patah tumbuh hilang berganti.

Burung nuri si burung helang,
Sangkar keli terlepas haruan;
Kalau pekerti semakin hilang,
Sama seperti kurang siuman.

Setakat itu sahaja Pantun Hilang yang sempat aku tulis untuk mengubat hati rindu korang.

Harap-harap aku akan ada masa dan kesempatan lagi untuk menulis nanti.

Sebelum aku ‘menghilang’ sekali lagi.

TehrDemikian kisah 'Pantun Hilang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. akubiomed says:

    Kesibukkan dengan tugas hakiki kot menyebabkan blog menyepi.

  2. Padin says:

    skill berpantun tak hilang lagi tu, hihih
    Padin baru je tulis kisah Musnahkan Jejak Itu!My Profile

  3. h says:

    Jahit baju sulaman baldu,
    Dipakai selalu memikat jejaka;
    Hilang seketika terbitnya rindu,
    Hilang selamanya membawa duka.
    h baru je tulis kisah Harga Terkini Bahan Bakar NaikMy Profile

  4. alhamdulillah dah timbul semula ya.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Tawaran Menarik Sempena Promosi Shaklee April 2016My Profile

  5. mrhanafi says:

    jom lah tuan..kembali hangatkan dunia blog Malaysia…

    kehadiran mu memang dinantikan ramai blogger otai dan newbie
    mrhanafi baru je tulis kisah Nak Ubah Cara Penulisan BlogMy Profile

  6. MDHAFiZ.NET says:

    air pun ada pasang surutnya inikan pula blogger..hehehe

  7. anuar says:

    Part time blogger memang macam tu.. sekejap ada, sekejap hilang.. macam chipsmore…
    anuar baru je tulis kisah Tips dan Rujukan Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41My Profile

  8. Azhan says:

    ok la tu.. ada juga updatenya. Ada tu yang langsung terus lenyap dari alam maya. huhu…
    Azhan baru je tulis kisah Lawak Baju Hujan oleh LambokMy Profile

  9. Nurolhuda says:

    Salam ukhuwah. Pantun bermanfaat sebagai didikan berguna.
    Nurolhuda baru je tulis kisah Siapkan Design Isra’ Wal Mi’rajMy Profile

  10. titan says:

    sampai pantung pun boleh hilang eh.

    hehe..

    sibuk benar sangat nih.
    titan baru je tulis kisah Let the storm rage on, the beautiful RAINBOW always come after that.My Profile

  11. Lamanya menghilan TR, dah rindu dengan pantun2nya…welcome back, jangan menghilang lagi lepas ni ya
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Cara Mudah Hilangkan Demam dan Selsema TANPA UbatMy Profile

  12. saps says:

    harap lepas ni, kalau hilang pun janganlah lama sangat.hehe
    saps baru je tulis kisah SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan PeperiksaanMy Profile

  13. Ikhwan says:

    jangan sampai hilang pertimbangan :)
    Ikhwan baru je tulis kisah Cara Pantas Buat Duit Dengan USDMy Profile

  14. Wan Zawawi says:

    Sama la , kadang-kadang tenggelam timbul je dalam blog,sebab sibuk dengan kerja
    Wan Zawawi baru je tulis kisah Zaptor Performance Voltage Stabiliser Memang Terbaik !!!My Profile

  15. linie says:

    tenggelam timbul xpe…jangan tenggelam terus tuan :) hhihi
    linie baru je tulis kisah Taat Suami Kunci Utama Isteri Ke SyurgaMy Profile

  16. Jangan sampai terus hilang dari dunia blog
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Hutan Rekreasi Tanjung TuanMy Profile

  17. Oyong Ilham says:

    kalau hilang sekejap aja tak apalah… asal jangan hilang dlm tempo yg lama :)
    Oyong Ilham baru je tulis kisah Sudah Benarkah Sholat Kita ??????? (Bag. Pertama)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun