pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita
tehramuan

Pantun Hati Gembira

Ramai yang gembira kerana pasukan Croatia menang mengalahkan Ireland 3-1 awal pagi tadi. Nampaknya selepas enam perlawanan dalam kempen EURO 2012 ini, hanya empat pasukan yang gembira kerana menang, empat pasukan seri dan empat lagi menerima kekalahan.

Pasti juga peminat Puteri Caroline dan Ella masih senyum gembira kerana mereka berdua berjaya muncul Juara Mentor 6. Keputusan Mentor 6 malam tadi ialah Caroline/Ella mendapat 71 markah, Zatul/Ogy 60 markah dan Anas/Faizal 50 markah.

Kita biarkan kempen EURO 2012 dan keputusan Mentor 6 sekejap. Molek rasanya sebelah petang begini kita layan Pantun Hati Gembira kerana dapat makan nasi dengan ulam di bawah ini.

Ulam kerdas petai sepapan,
Bukan dimakan bersama roti;
Makin panas sokong pasukan,
Siapa menang gembira nanti.

Budu, cencalok sambal belacan,
Boleh dicampur bersama cili;
Hati seronok menonton siaran,
Isteri di dapur membancuh kopi.

Sepinggan nasi ditambah kuah,
Sambal sepiring makan sekali;
Seronoknya hati terasa indah,
Kawan keliling tumpang sekaki.

Hendak membeli budu pekat,
Budunya lama beli tak jadi;
Sukanya hati dimakbul hajat,
Syukur terima segala rezeki.

chezzy sauce

Mr Tehr juga sangat gembira hari ini. Sebelum pulang dari sekolah tengah hari tadi, Mr Tehr menerima bungkusan hadiah dari Azura, pemilik blog Papankekunci.Com berupa sebungkus CHEZZY Sauce. Mr Tehr dapat hadiah ini kerana entri Acara Berbalas Pantun untuk Give Away Papan Kekunci. Terima kasih. Tetiba pula teringat pada lagu Azura nyanyian Jamal Abdillah. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Hati Gembira' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



34 Comments

  1. Cik Siti says:

    Ikat belati di atas para,
    Duduk berangan hatinya sendu,
    Belati dibuka mengikat huma,
    Diikat mati tiada terbuang,
    andai hati rasa gembira,
    hempedu ditangan terasa madu,
    hendaknya ia kekal lama,
    agar hati sentiasa tenang,
    Cik Siti baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru…. 2/6/2012My Profile

    1. tehramuan says:

      berjaga-jaga bawa belati
      tajam mata amat bahaya
      berpada-pada rasa di hati
      tersilap rasa bawa kecewa

  2. adamfaiz says:

    Kerdas, petai makan ngan nasi cicah budu memang sedap!!!
    adamfaiz baru je tulis kisah Hampir Ditangkap Khalwat Dalam KeretaMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      sehingga menjilat jari…

      rasanya dah lama juga aku tak berulam + budu ni

  3. MDHAFiZ.NET says:

    Kenyang perut senang hati.. .
    Terima Kasih daun keladi.. .
    Kalau ada saya nak beli.. .
    Saya memang suka chezzy.. . :)

    untungnya dpt hadiah dr blogger. ..
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Semakan Permohonan Ke Kolej Komuniti 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      pertama kali aku jumpa chezzy
      belum aku tahu apa rasa lagi
      andainya sedap bolehlah dibeli
      kalau tak sedap, hanya sekali ini :D

      1. MDHAFiZ.NET says:

        Hari-hari ku lewati KFC. .
        Duit ada tapi malas nak singgah beli. .
        Aku tahu chezzy wedges enak sekali. .. .
        Kalau dh kena konfirm nak lagi.. .

        Tetiba pulak aku pandai berpantun. .. hahaha :)
        MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Malaysia Vs Singapore 2012 (International Friendly Match)My Profile

        1. tehramuan says:

          Makan chezzy sopan santun
          Orang belakang tak nampak
          Semakin lama suka berpantun
          Semakin lama semakin kacak

  4. nurmisnan says:

    Alamak.. hati sungguh gumbira brother kita
    dapat cheeze.. sodap tuh kalau cicah dg kentang
    widges + buatkan sos roti pita with salad.. terangkat..
    nurmisnan baru je tulis kisah Doa paling ringkas untuk penjaga harta dan keluarga sewaktu ketiadaanMy Profile

    1. tehramuan says:

      belum sempat lagi nak cuba
      tak tahu bagaimana rasa

  5. padin says:

    wohaaa teringat lagu Azura je OK bro… jgn teringat pada Azura nya, haru nanti ekekee
    padin baru je tulis kisah Kata Dua : SusahnyaMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      tidur dalam van la nanti

  6. shraqs says:

    Penuh dengan ulam-ulaman ya Mr Tehr.
    shraqs baru je tulis kisah Cara Mendapatkan Senarai Top Commentator Selepas ResetMy Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya kerdas tu aku tak biasa makan
      selalunya aku suka ulam jenis berdaun

  7. zulkbo says:

    Salam..
    TAHNIAH Bro..
    rezeki murah tu :)

    Ulam kerdas petai sepapan,
    alahai berseleranya bila dibayangkan
    zulkbo baru je tulis kisah Putrajaya FLORIA 2012 : Bougainvillea Enduring BeautyMy Profile

    1. tehramuan says:

      Salam kembali
      Memang makan bertambah tu, bro :D

  8. titan says:

    hoho..tahniah. gembira sakan nampaknya..
    titan baru je tulis kisah Penangan DiGi WWWOW Awards 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      Aku ni memang gembira je kalau dapat free :D

  9. Wah Ella dengan Caroline menang ke? Baru tahu ;)

    Apa chezzy sos tu? anyway enjoy! ;)
    Shasha Catering baru je tulis kisah Jaga Pemakanan Anda Untuk Awet Muda dan KesihatanMy Profile

    1. tehramuan says:

      Ntah la, shasha
      Baru ni dapat
      Belum tahu bagaimana rasa

  10. dinar says:

    bukan mudah nak dapat hadiah,
    kena ada usaha barulah berjaya,
    tahniah, tehr dah dapat setelah bersusah payah,
    berbaloi lah kalau nak bergembira,

    sauce tu mesti special…
    dinar baru je tulis kisah Jangan JUAL emAs…My Profile

    1. tehramuan says:

      Dapat hadiah senang hati
      Tak payah bayar barang free
      Hajat nak cuba patang nanti
      Harap sedap berkenan di hati

  11. mak lagenda says:

    Patutlah bergembira sgt..selain dr tgh demam piala euro nih, dpt plak hadiah dr teman blogger!
    mak lagenda baru je tulis kisah SETELAH 2 MINGGU BERCUTI SEKOLAHMy Profile

    1. tehramuan says:

      Rezeki terbang dengan pos, mak :D

  12. Wah awek puteri Kelate juara mentor tahun nie. Mana tak Red Warriors semua happy sakan :D
    Btw, kawe tak dpt sgt rasa kemeriahan sama Euro 2012. Hati tetap sama MU. Tak sabo tunggu EPL musim depan …
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Desa Dairy Farm Mesilau Highland KundasangMy Profile

    1. tehramuan says:

      Yups,
      MU juga yang terbaik :D

  13. Jamal Ali says:

    Orang bersyukur dia pasti gembira~ :)
    Jamal Ali baru je tulis kisah Hati Di Tengah KotaMy Profile

    1. tehramuan says:

      Syukur dengan pemberian-Nya

  14. iza says:

    Assalam..
    Tahniah..
    boleh la makan sambil tengok bola…
    iza baru je tulis kisah Keputusan EURO Dan Jadual Perlawanan EURO 2012My Profile

  15. suri says:

    sy lapor htr sini sikit bro ngheeee
    suri baru je tulis kisah Serius Bukan Tiada IdeaMy Profile

  16. suri says:

    sy msh menunggu shbt azura..dh send emil..kt fb alamt saya dia tak jawb..so mmg agak sedih bila tk der respon..nak call dia sy tak tahu…anggap tu bukan rzki say.a..
    suri baru je tulis kisah Serius Bukan Tiada IdeaMy Profile

  17. jalan bersama berpimpin tangan
    pantang undur menerus kemaraan
    Pasukan hebat bukan tandingan
    Lawan bola menentu kejuaraan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy spray paint caliper brake disk kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Spray Paint Caliper Brake Disk keretaMy Profile

  18. Sodapnyaaaa :)
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Giveaway Buku PTS Pilihan SayaMy Profile

  19. gembiranya!! hehe. syukur diberi nikmat merasai kegembiraan :)
    rainbowcloudy baru je tulis kisah ayuh berjuang!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
Apa diharap kepada obor,
Dalam gelap tetap kabur;
Apa leh buat soalan dah bocor,
Nasi sudah pun menjadi bubur.
pantun
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar