Pantun Hari Selasa

Selepas hari Isnin datang pula hari Selasa. Tiada lagi Monday Blues dan tak ada lagi rasa malas nak turun kerja. Mood kembali seperti biasa dan hidup juga menjadi semakin ceria. Moga-moga…

Hari Selasa makan laksa,
Hari Rabu hidang tauhu;
Aku di sini kamu di sana,
Bilakah masa kita bertemu.

Hari Selasa selepas Isnin,
Minum petang makan roti;
Sambil bekerja kita bermain,
Semoga riang di dalam hati.

Hidup mesti ceria. Bagaimana mahu hidup ceria dengan cara sederhana, itu kita tentukan sendiri. Bagaimana mahu bekerja juga, kita yang buat pilihan. Kerja sepenuh masa atau kerja sambilan memang sedia ada di sekeliling kita. Sila cari dan buat pilihan.

Hari Selasa tengah minggu,
Pergi kerja seperti biasa;
Ikut nasihat ayah dan ibu,
Pasti senang pasti berjaya.

Hari Selasa sebelum Rabu,
Bila tengahari makan nasi;
Ikut nasihat ustaz dan guru,
Kelak menjadi insan terpuji.

Kerja kita selesaikan tanggungjawab. Pagi petang siang malam, kita hanya selesaikan tanggungjawab. Untuk diri sendiri, pada ayah ibu, orang yang kita sayang dan tanggung jawab kepada agama. Banyak? Tak ada la banyak sangat kalau kita buat ikut peraturan dan cara-cara yang betul.

Hari Selasa hari ketiga,
Bila malam makan capati;
Ilmu berguna bekal dewasa,
Taat kepada perintah Illahi.

Hari berganti bulan berlalu,
Hari Selasa datang dan pergi;
Ceria menanti bahagia menunggu,
Rajin bekerja mencari rezeki.

Mencari rezeki juga satu tanggungjawab. Takkan sampai ke tua nak harapkan makan minum dari mak ayah. Lagi pun ibu bapa juga akan semakin tua. Siapa yang nak berkerja cari duit kalau bukan kita yang cantik dan kacak bergaya ni, kan? Kan?


Belum dapat kerja? Cuba Program Kerja Part-Time ini.


TehrDemikian kisah 'Pantun Hari Selasa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. kakyong says:

    jika di pantai timur hari selasa hari ke3.. di tempat saya ni hari selasa hari ke2.. ;)
    kakyong baru je tulis kisah Ingin membantu sahabat blogMy Profile

    1. tehr says:

      Sokong hari ketiga :-)

  2. akubiomed says:

    Badan terasa sengal-sengal kerana kemalangan kecil ketika keluar simpang semalam kerana ada minyak atas jalan raya.
    akubiomed baru je tulis kisah Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakaiMy Profile

    1. tehr says:

      syukur bro selamat
      kalau dapat gi berurut sangat bagus tu, bro

      1. suri says:

        uh bhya..mana blh miyk tu tercicir atas jalan? moga semuanya baik2 ..

    2. yas says:

      Wahh…mmg betul la bro akubiomed punya report ehhh….:)
      yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Contoh Rumah Banglo Berkembar?My Profile

  3. eiela says:

    a’a jd cikgu kena pelbagaikan cara mengajar kena ada game baru budak-budak enjoy belajar. ilmu pun senang nak masuk, cikgu pun senang hati.
    eiela baru je tulis kisah Puteri Mandi Yang CunMy Profile

    1. tehr says:

      masa sekolah dulu
      SuKa sangat kalau cikgu ngajar sambil bercerita

  4. dinar says:

    hari ini hari selasa,
    singgah sebentar membalas pantun,
    timba ilmu sepanjang masa,
    agar hidup kaya adab dan penuh santun,
    dinar baru je tulis kisah Ramalan pergerakan pusingan harga emas 2012My Profile

    1. tehr says:

      Hari selasa ada meeting
      Semua ahli mesti hadir
      Penat duduk sambung mengiring
      Membilang tasbih sambil berzikir

  5. mak lagenda says:

    kat sini selasa tu ari ke 3 bos!
    mak lagenda baru je tulis kisah DAPAT HABUAN LAGIMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, mak

  6. LadyBird says:

    cikgu..
    sama maksud x dua x ayat ni :

    1. sambil bermain kita belajar..
    2. sambil belajar kita bermain..

    kalau berbeza, kesannya sama x tuk kedua2 nyer?
    LadyBird baru je tulis kisah Petua Menjaga MindaMy Profile

    1. tehr says:

      no 1 tu yang sepatutnya
      Itu lebih baik

  7. nurmisnan says:

    aku bab pantun nih hancus..
    bunyi lain nanti.. hik3..

    Capati sedap cicah dgn kari
    dall biasa pun apa kurangnya
    kalau esok nak tinggal suami
    sekejap saja bukannya lama2.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Khasiat manggis penawar penyembuh ulser perut, mulut dan ususMy Profile

    1. tehr says:

      kuah banyak tiada isinya
      Roti tempayan keras sekali
      Sayang anak dimanja-manja
      Sayang suami ditinggal pergi

  8. ciksembang says:

    hari selasa sakit telinga..huhu
    ciksembang baru je tulis kisah Tulis Blog Guna Note di IPhone4My Profile

    1. tehr says:

      ambil cuti, cs
      Gi klinik

      1. suri says:

        sakit npe? masuk ulat ke apa ke bru pas hujung mmgu pi madi mada?jgn biar lama2 bhya

  9. suri says:

    hari selasa hari penuh makna dlm kamus keluarga kami…heeee

  10. sud@is says:

    Hari ini hari selasa
    pagi petang makan capati
    yang pagi sendiri belanja
    yang petang kawan bagi

    syukrannnn
    sud@is baru je tulis kisah Bukan Senang Nak TabahMy Profile

  11. ghost writer says:

    sebelum nih isnin adalah hari yang aku paling liat nak bangun.tapi sekarang aku pelik kenapa selasa yang buat aku lebih selesa bermanja di tempat tidur dari awal ke pejabat.
    ghost writer baru je tulis kisah anagogi di celah pagiMy Profile

  12. titan says:

    pantun hari lain takde? hehe..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 31 dari Paid-to-Promote.netMy Profile

    1. b3njy says:

      Pantun hari lain mana kacak titam :D
      b3njy baru je tulis kisah PERNIAGAAN UNTUNG ATAS ANGIN TERHEBATMy Profile

  13. kakyon says:

    hari ini hari selasa
    hari rabu menyusul pula
    jangan kedekut ilmu yang ada
    jika di sebarkan dapat pahala
    kakyon baru je tulis kisah musim buah limau…My Profile

  14. Cik Siti says:

    Monday blues kita tinggalkan,
    Mulakan selasa dengan semangat,
    Rabu pasti kita berhadapan,
    Saban hari simpulkan keringat.
    Cik Siti baru je tulis kisah I’m backMy Profile

  15. dnoBiz says:

    erk.. dah Selasa ke… :D
    hehe makin lama makin cepat rasanya masa berlalu…
    dnoBiz baru je tulis kisah Jual Perlawanan – SPRM panggil Pemain Bola PerlisMy Profile

  16. selamat hari selasa.. hari ni hari pertama dalam minggu ni bekerja.. ada rasa Tuesday Blues sikit ha ha
    sabree hussin baru je tulis kisah Diari Seorang Penulis Blog 1 : Semuanya Terasa Bagai Baru Semalam Ia BerlakuMy Profile

  17. cik tom says:

    tak sabar nak tunggu hari jumaat…yeay pastu cuti..heeee
    cik tom baru je tulis kisah Mana Pihak Yang Benar? Anwar Ibrahim atau Saiful Bukhari?My Profile

  18. b3njy says:

    Hari Isnin aku sarapan nasi goreng ngan teh-0
    b3njy baru je tulis kisah PERNIAGAAN UNTUNG ATAS ANGIN TERHEBATMy Profile

  19. b3njy says:

    Hari selasa makan tengahri lauk pauk kampung :D
    b3njy baru je tulis kisah PERNIAGAAN UNTUNG ATAS ANGIN TERHEBATMy Profile

  20. b3njy says:

    Hari rabu minum petang cendol ngan rojak :D
    b3njy baru je tulis kisah PERNIAGAAN UNTUNG ATAS ANGIN TERHEBATMy Profile

  21. b3njy says:

    Hari khamis poket dah kosong … Uikk sss apasal dah kosong poket Benjy ni :D
    b3njy baru je tulis kisah PERNIAGAAN UNTUNG ATAS ANGIN TERHEBATMy Profile

  22. yas says:

    Aisehhh….aku komen dh masuk ari rabu dah nih…..:)
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Contoh Rumah Banglo Berkembar?My Profile

  23. Hairul says:

    yelah.. saya pun tak sempat komen hari selasa….
    Hairul baru je tulis kisah Resepi Kuih Seri Muka Paling Mudah dan SedapMy Profile

  24. Wira Chomel says:

    hari selasa hari bertuah,
    jadual kelas ada dua,
    tapi rabu hari masalah,
    assignment bertimbun ada tiga.

    haha.ni la hidup seorang student..xleh lari drpd assignments

    Wira Chomel recently posted Eksklusif: Kucing Pertama Berjaya Main Bola di Piala Dunia!

  25. penat berdiri lama menunggu
    puas mencangkung kaki lenguh
    hari selasa pertengahan minggu
    banyak kerja jangan bertangguh

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    prosedur motorsikal naik flight

  26. Khidhir says:

    hari selasa pun ada pantun sendri gak ye. cool.
    Khidhir baru je tulis kisah VPN Percuma TerbaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun