tehramuan

cahayacinta hafizmd apacerita
berita utama pondokkecil hairulafiz kakiblog

Pantun Hari Sabtu

Hari ini Mr Tehr memang tak ke sekolah. Ke Dataran Merdeka ikut Bersih 3.0 juga tidak. Cadangnya hari cuti hujung minggu kali ini mahu selesaikan urusan memasang penapis air pada enjin pam air di belakang rumah. Sudah beberapa hari baju sekolah anak gadis Mr Tehr kekuningan. Mujur tak nampak macam baju kuning BERSIH je.

Menulis pantun memang dah menjadi kesukaan Mr Tehr sejak zaman sekolah lagi. Sejak urus blog ni, kalau seminggu tak menulis pantun, rasa seperti ada yang tak kena je. Hehehe. Hari ni kita tulis pantun hari Sabtu.

Air batu dan air mata kucing,
Beli di kedai simpan di dapur;
Di hari Sabtu janganlah bising,
Orang ramai dok sambung tidur.

Hari Sabtu pergi ke pasar,
Membeli sayur dan beli ikan;
Dapat menantu kepala besar,
Tahunya tidur dengan makan.

Anak menantu senang dapat,
Menantu cermat sukar dicari;
Hari Sabtu tidak ke pejabat,
Ada mesyuarat di kedai kopi.

Hari Sabtu malam minggu,
Besok juga tidak bekerja;
Anak menantu kacang hantu,
Bapa mertua sakit kepala.

Hari Sabtu ramai yang cuti,
Elok bermesra bersama-sama;
Bijak menantu elok peribadi,
Seluruh keluarga rasa bahagia.

Teringat pula kepada kedua arwah mertua Mr Tehr yang telah meninggal. Semoga roh keduanya diterima Allah sebagai hamba-Nya yang beriman. Anak perempuan mereka yang bersama Mr Tehr ni, akan tetap Mr Teh sayang sampai bila-bila. :D Insya-Allah.


Duit? Pendapatan sampingan melalui program Kerja Part-Time ini.


TehrDemikian kisah 'Pantun Hari Sabtu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



33 Comments

  1. cik tom says:

    pd pck n mck2 luar sana..amik je ciktom jadi menantu…senang..hehee..
    cik tom baru je tulis kisah Resepi Bergedel Daging Cara Mudah dan SedapMy Profile

    1. akubiomed says:

      Wah Cik Tom menawar diri untuk di sunting. :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Day 2: belajar buat produk halal air Soya, Taufufa dan Tauhu kerasMy Profile

      1. tehr says:

        Yups
        Pakcik/Makcik semua boleh hubungi Mr Tehr ya. :D

        1. suri says:

          ahak..benarkan tingkah cik tom tu dh pikir masak2

          1. mie says:

            kalo benar, apa salahnya…
            nak sunting nak sunting..
            hahahaa
            mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #11 Star CruiseMy Profile

  2. Mus says:

    semoga perjalanan hidup Mr Teh bersama yang tersayang di bawah lindungan Allah SWT..
    Mus baru je tulis kisah Video Kemeriahan Persembahan Tarian Di Atas LepaMy Profile

    1. tehr says:

      Amin
      Untuk keluarga Mus juga

  3. Floyd says:

    Harap2 santai Sabtunya tdk terganggu oleh program2 membersihkan jlnraya di seluruh negara. Hehe

    Malam ni x da football match yg best. Kens tnggu Tuesday MCity vs MUnited.
    Floyd baru je tulis kisah Could lightning be used as a source of energy (RE)?My Profile

    1. tehr says:

      Kat sini tak terganggu apa pun, bro
      Tenang aman dan damai je

      1. suri says:

        semjak dua ni sllu bt aktiviti kluga heee.. blog d lupakan seketika…

  4. EEEMMMMM seminggu jangan pakai baju kuning…. mau orang pandang serong nanti

    ramai sungguh berhimpun masih
    dari selatan hingga Perlis
    baju kuning penyokong bersih
    baju biru pasukan polis

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy service blower aircond kereta

    1. tehr says:

      Kalau nak pakai juga, masa tidur je…
      Hehe

  5. putera malam says:

    ramainya yang berhimpun kat bersih tu….jangan pakai baju warna kuning kalau nak berjalan-jalan biasa
    putera malam baru je tulis kisah LELAKI KACAK MALAYSIAMy Profile

    1. tehr says:

      Kalau tak mahu terlibat, elok mengelak awal
      Kalau nak sertai, kena pergi awal juga
      Hehe

  6. akubiomed says:

    Bukan mudah membesar anak perempuan terutama apa bila meningkat umur belasan tahun.

    1. tehr says:

      Betul tu, bro
      Orang dulu2 kata,
      Menjaga seorang anak perempuan lebih susah dari sekandang kerbau

      1. suri says:

        sya sering memikirkan akan pepatah bgtu..tpi skrg baik anak llki atau perempuan dua2 skrg kena pantau mereka betul2..bukan apa takut2 mrka bt salah laku blkg kita tanpa kita sedar

  7. azura says:

    semoga roh arwah mertua cikgu di cucuri rahmat…

    hari sabtu seperti biasa
    tak banguin awal tidur sahaja
    nikmati cut dan usia remaja
    elok lusa entah bagaimana
    azura baru je tulis kisah Kembung PerutMy Profile

    1. tehr says:

      Amin
      Moga2 keluarga Azura juga
      Sentiasa dicucuri rahmat
      Hidup aman dan sejahtera
      Selamat dunia dan akhirat

  8. padin says:

    hehee hari Sabtu layan panggung Sabtu je kat tv3 ekekee
    padin baru je tulis kisah Cerekarama A to ZMy Profile

    1. tehr says:

      Cerita Hindustan ke, bro?
      Hehe

      1. suri says:

        sy layan tpi skrg tak berpeluang heeee

      2. chii says:

        ahaks..skali skala layan hindustan..ok gak kan :p bergantung kpd cerita dan pelakon nya :p
        chii baru je tulis kisah Biar Pecah Di PerutMy Profile

  9. Ladfe Amir says:

    sabtu ni dan sabtu minggu lepas saya bercuti. tapi minggu depan hari sabtu kena kerja balik.

    cuti layan astro aje lah
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Gembira Tidak TerkataMy Profile

  10. zulkbo says:

    salam..
    ermm..suka sangat saya dengan
    ayat terakhir tu..suka orang rumah
    membacanya nanti :)
    zulkbo baru je tulis kisah BERSIH 3.0 Gambar Kereta Dan Motosikal Polis Diterbalik PerusuhMy Profile

  11. Norizwan says:

    Sabtu berlakunya kebosanan…cadang memang ke K.L….huhu…
    Norizwan baru je tulis kisah Seorang wanita mati kebuluran akibat diet rohaniMy Profile

  12. yas says:

    Semalam semasa di masjid putrajaya, ada juga peserta Bersih 3.0 yg tersesat ke sana…he3x!!!
    yas baru je tulis kisah BERSIH 3.0.. PESERTA DUDUK, AMAN ATAU GANAS?My Profile

    1. suri says:

      salah sapu sampah tuh

  13. mie says:

    sekarang xboleh ada baju kuning dah..
    nnti dikategori sebagai pembersih..
    hehehe

    1. suri says:

      sy byk bju kala itam klu pi mana jln2 nmpk kurus haaaa

    2. chii says:

      ops..sgt sensitif ngan kuning ni..ehehe..
      da mcm org DIGI pn ye gak :p
      chii baru je tulis kisah Biar Pecah Di PerutMy Profile

  14. suri says:

    hri sabtu masa utk kluga ku byk idea blh hadp blog lama skit..klu keirng mau gak kena bt aktiviti lain2 bro

  15. chii says:

    aktiviti hari sabtu lepas…hurmm..sekadar berehat di rumah shj..
    chii baru je tulis kisah Biar Pecah Di PerutMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge