pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita

Pantun Hari Rabu

Pantun rindu untuk hari Rabu. Untuk sesiapa yang sedang berkasih-kasihan dan sedang tenggelam dalam lautan cinta dan asmara. Kiranya untuk orang yang sedang mabuk kepayang la ni.

Hari Rabu cukup seminggu,
Tak lalu makan lauk biasa;
Lemas rindu saya menunggu,
Wajah tuan tak kunjung tiba.

Hari Rabu hari Khamis,
Jumaat pasti ada menjelma;
Apa dirindu apa ditangis,
Ada rezeki bertemu juga.

Ini pula pantun daripada isteri yang ditinggalkan oleh suami di rumah. Suaminya, pagi keluar rumah, petang atau malam baru pulang. Memang begitu rutin dan tugas seorang suami yang bertanggungjawab, mencari rezeki untuk anak dan isteri.

Kalau mahu ke Kuala Sedeli,
Bawalah wang belikan bunga;
Di pagi Rabu rinduku menjadi,
Wajah abang bermain di mata.

Kuala Sedeli cantik sekali,
Pokok melati mekar berbunga;
Pagi tadi dah minum kopi,
Malam nanti nak makan apa?

Pelajar yang tak jumpa pintu pagar sekolah boleh hantar pantun ini kepada rakan sekelas yang sentiasa dapat cari pintu pagar dan pintu kelas. Siapa yang suka ponteng sekolah memang tahu sangat apa sebabnya mereka tak jumpa pintu pagar. :D

Aku ponteng di hari Selasa,
Ke sekolah juga Rabu nanti;
Hello geng aku nak tanya,
Apa kerja yang cikgu beri?

Seluar merah terkoyak pula,
Berikan kain sedikit tebal;
Bukan sekolah aku tak suka,
Cikgu disiplin yang cari pasal.

Bercuti dan jalan-jalan makan angin memang seronok. Setelah bekerja sepanjang tahun, sesekali badan serta fikiran perlu juga rehat. Lagi seronok bila dapat bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Jangan lupa, sila bawa duit banyak-banyak.

Pekan Rabu pekan sehari,
Apa dibeli penuh seraga;
Kalau kamu ambil cuti,
Boleh nanti kita berjumpa.

Berat mata tidur bermimpi,
Malam Rabu hantu tak ada;
Jangan lupa singgah nanti,
Aku tunggu di tempat biasa.


Mahu bercuti? Cuba dapatkan duit dari Kerja Sambilan ini.


TehrDemikian kisah 'Pantun Hari Rabu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.


tehr

24 Comments

  1. encik teh. terima kasih atas pantun rindu tu. huhu. malu i

    1. tehramuan says:

      rupanya ada orang sedang rindu… :D

  2. Kulanzsalleh says:

    Pantun Rabu… Hari untuk berindu-rinduan.. Hehehe
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Bakal Menyahut Cabaran SEOMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku tak sempat nak layan rindu, bro
      haha

      banyak yang nak dihantar hujung bulan ni

  3. mie says:

    macam2 pantun ada..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #16 MMHE Pasir GudangMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang tak akan habis :D

  4. akubiomed says:

    Kalau hari Rabu ada pasar malam. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Hak golongan OKUMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      pasar malam datang lagi
      budak-budak suka hati

  5. nurmisnan says:

    Weeeee.. pantun rabu yang syiok dilayan..
    nurmisnan baru je tulis kisah CTRL + ALT + DELMy Profile

    1. tehramuan says:

      layan je… :D

  6. suri says:

    hari rabu kerja tak byk tpi bz dg keja2 jualan heeee
    suri baru je tulis kisah SedumMy Profile

    1. tehramuan says:

      masyuk2…

  7. suri says:

    tak per walau guru tehr sibuk dia tth macho ngheee
    suri baru je tulis kisah Pelanggan Dari USAMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada orang kata

      sibuk tak buat kerja
      kelam kabut duduk saja…
      hehehe

    1. tehramuan says:

      nanti ada pantun hari isnin pulak
      aku sedang buat draf :D

  8. cikgu naman says:

    kemah keming cikgu tehr pantun wehhhh..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Syoknya TidurMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      kemah keming!

      ayat orang lama ni, cikgu :D

  9. mmg bz hari rabu cikgu..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Giveaway JebengOtai PertamaMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada la sikit :D
      dua tiga hari lagi, harap boleh selesai

  10. Bro Zulkbo says:

    Salam Cikgu..
    utamakan yang penting dahulu
    kembali dengan ideas yang baru
    dan fresh :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Tanggungjawab Bapa Menunaikan Hak AnakMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      sebenarnya dah hampir siap pun :D
      tunggu masa nak hantar je

  11. kakyon says:

    nnti buatlah pantun hari khamis..hehe

    1. tehramuan says:

      pantun hari khamis dah pun ada, kakyon
      tapi rasanya 3 rangkap je
      hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge