Pantun Hari Khamis

Pejam celik pejam celik dah hari Khamis pun. Malam ini pula malam Jumaat. Harap-harap malam nanti kelkatu tak datang menyerang lagi. Malas pula Mr Tehr hendak menyapu sayapnya nanti. Lagi pun susah nak kawal semut yang suka menghurung bangkai kelkatu.

Hari Khamis ni elok sangat kalau dapat menulis pantun dan SMS kepada orang tersayang. Tak kisah sama ada orang tersayang tu berada jauh atau dekat dari pandangan mata. Bukankah kita ini lelaki kacak yang romantik dan penyayang? Saja-saja untuk mengusik atau bertanya khabar, apa salahnya, kan? :D

Hari Khamis pergi ke sekolah,
Turun kerja penuh semangat;
Selesaikan tugas penuh meriah,
Besok kan bercuti hari Jumaat.

Pulang kerja makin semangat,
Berhati-hati memandu kereta;
Malamnya nanti malam Jumaat,
Lelaki kacak di rumah sahaja.

Hari Khamis malam Jumaat,
Ada di rumah bergurau senda,
Amalan wajib amalan sunat;
Boleh dibuat seberapa daya.

Siapa sahaja lelaki kacak yang mahu belajar menulis pantun, boleh nanti menjenguk pada entri Tehramuan.Com yang lepas. Mr Tehr dah buat bahagian pertama, kedua dan ketiga sebagai panduan berdasarkan pada kebiasaan dan cara menulis pantun Mr Tehr sendiri. Dah siap nanti, usah segan untuk letakkan dalam ruangan komen di bawah. :D

Selamat bercuti hujung minggu kepada rakan blogger yang bekerja di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ada buat rancangan nak ke mana-mana?


Duit? Pendapatan sampingan melalui program Kerja Part-Time ini.


TehrDemikian kisah 'Pantun Hari Khamis' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. khamis bahagia jumaat bahagia
    rain di sini turut merasa
    hidup berkahwin aman bahagia
    haih, ingin kucari seorang perkasa

    wakaka ilham pantun ketika lunch mee kari :D
    rainbowcloudy baru je tulis kisah karma : bulatan dalam cintaMy Profile

    1. tehr says:

      enaknya sungguh mee kari
      terlupa ada orang di sebelah
      ketentuan jodoh juga rezeki
      semuanya datang dari Allah

  2. fiezaradzi says:

    selamat bercuti esok.. kami tak cuti lagi.. hari sabtu baru cuti..

    dah lama cuti, seronok pulak bercuti-cuti.. hehee
    fiezaradzi baru je tulis kisah Yang Sudah Berlalu, Tapi Masih Segar di HatiMy Profile

    1. tehr says:

      cuti hujung minggu je
      kalau lama2 cuti pun jemu juga rasa nanti

      1. cik tom says:

        terlmbt plk bc pantun ni..hari ni dah sabtu..hee

  3. iza says:

    Assalam…
    Kalau hari khamis tetiba bergaduh…
    agaknya macam mana keadaan di malam hari ye???
    iza baru je tulis kisah Pulut ManggaMy Profile

    1. tehr says:

      eh, jangan la macam tu
      kena cari idea bagaimana nak pujuk tu :D

  4. maza says:

    alamak.. hehehe

    malam jumaat sudah.. hehehe

    terima kasih cikgu kerana mengingatkan..
    ada pun maza sudah lupa malam nya.. ahaks. lalala

    1. tehr says:

      selamat bermalam jumaat kepada bro maza dan keluarga :D

  5. onlajer says:

    Hanya mampu senyum jer baca pantun2 ini
    onlajer baru je tulis kisah KONDOM BIJI KURMAMy Profile

    1. tehr says:

      senyum juga boleh beri ketenangan :D

      1. haha setuju. senyum pun tenang dan liburkan hati :D
        rainbowcloudy baru je tulis kisah karma : bulatan dalam cintaMy Profile

  6. sud@is says:

    makan capati waktu rehat
    tambah pulut ikan sepat
    layan perut sampai sarat
    walau Khamis atau Jumaat
    tak kira wajib dan sunat
    amalan mulia tentu berkat..
    sud@is baru je tulis kisah Antara Fatwa dan PetuaMy Profile

    1. tehr says:

      makan nasi lauk ikan
      ikan haruan dari baruh
      ikan sepat dari sawah
      kita hanya hamba Tuhan
      buat segala yang disuruh
      tinggal apa yang ditegah

      1. sud@is says:

        wauu terbaik!!!!
        sud@is baru je tulis kisah Antara Fatwa dan PetuaMy Profile

  7. titan says:

    hoho..pantun malam jumaat takde kaa? haha..
    titan baru je tulis kisah The Power of SEO – Part 2My Profile

    1. tehr says:

      tu la yang aku heran
      masuk je malam jumaat, aku dah lupa pasal pantun :D

      1. hafizmd says:

        hehe…ada2 sajelah…hahaha
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #16 Kini KuningMy Profile

    2. chii says:

      pantun malam jumaat?
      errr…titan suka eh :p
      chii baru je tulis kisah Part I – Eksp Gunung StongMy Profile

      1. hafizmd says:

        cikgu akan buat satu pagi jumaat esok…hehehe
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #16 Kini KuningMy Profile

  8. mie says:

    macam biasa….
    hujung minggu berjogging mengeluarkan peluh saja…
    rupanya rahsia romantik tehr melalui sms la..
    enehehehe
    mie baru je tulis kisah Perjalanan Ke Bangkok Bersama Keretapi Tanah MelayuMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      rahsia dah tak jadi rahsia lagi

      1. mie says:

        rahsia kebahagian kena kongsi..
        eheehheee
        mie baru je tulis kisah Pertama Kali Menjejak Kaki di BangkokMy Profile

  9. ProfHariz says:

    Takperlu pergi kursus.
    Hanya di tehramuan untuk belajar berpantun :)
    ProfHariz baru je tulis kisah Wordless Wednesday #5 – Bendang di Pulau PinangMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      hehe

  10. Juan says:

    salam bro tehramuan, cuba download apps ni kemudian install pada android smartphone
    http://www.appsgeyser.com/tehramuan.apk
    Juan baru je tulis kisah wanwidget melancarkan aplikasi android yang pertamaMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih banyak, bro

  11. kulanz says:

    wah, patutlah buat pantun happy.. esok dah cuti hujung minggu di beberapa negeri :D
    kulanz baru je tulis kisah Magik SainsMy Profile

    1. tehr says:

      yups, cuti dua hari :D

  12. kene siapkan semua kerja hari ini..
    bru seronok bercuti.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Fenomena Nasi Ayam Hainan RasaparisoMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      kalau tak siap, memang kena ganggu dengan call dari GB :D

  13. chii says:

    kejap sunggu rasanya hari berlalu.seperti baru semlm hari jumaat..tp hari ni da masuk semula jumaat..
    chii baru je tulis kisah Part I – Eksp Gunung StongMy Profile

  14. akubiomed says:

    Hari ini Jumaat baru dapat membaca entri bro TehR malu betul saya.
    akubiomed baru je tulis kisah Pengalaman menulis blogMy Profile

  15. yas says:

    Iskkk….semalam Kahmis ari ni dh Jumaat…sok lak Sabtu…mak aihh….cepatnya masa berlalu…
    yas baru je tulis kisah 3 Felda Pertama Terima Durian Runtuh – FVGHMy Profile

  16. Amirez says:

    rangkap last tu dalam maksudnya hehe.

    khamis malam jumaat ke Terengganu. ada urusan sikit sambil bercuti tak formal eheh. ni baru je balik rumah

  17. Hari Isnin dah ni.. Lambat betul kawe sampai. Maklumlah jauh menyeberangi laut cina selatan :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Empire Will Strike Back!My Profile

  18. Harini hr Kamis gak, tp tu n3 seminggu lepas, aci x? :P
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2012My Profile

  19. hafizmd says:

    Malam jumaat malam barakat
    Jangan lupa tambah ibadat
    Yang mana wajib mahapun sunat
    Baru meriah malam jumaat
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #16 Kini KuningMy Profile

  20. [...] Itulah dia hari esok, hari Jumaat dan mungkin juga malam Jumaat. [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun