pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita
tehramuan

Pantun Hari Jumaat

Di hari Jumaat, penghulu segala hari ini aku cuba tuliskan beberapa rangkap pantun sebagai entri. Moga-moga dapat memberi sedikit keceriaan kepada semua lelaki kacak di luar sana. Lagi pun hari Jumaat adalah hari cuti di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Selamat bercuti dan beramal.

Bangun pagi sebelum subuh,
Ayam berkokok di hujung desa;
Bersih diri bersungguh-sungguh,
Mata mengantuk dilawan sahaja.

Di ufuk teduh cerah mentari,
Mendung awan berarak lalu;
Sesudah subuh minum kopi,
Baca Quran menambah ilmu.

Membeli bawal di gerai Majid,
Pulang ke rumah hampir Zuhur;
Pergilah awal solat di masjid,
Imam berkhutbah jangan tidur.

Jangan ditempuh lubang jalan,
Pandu cermat jiwa selamat;
Sujud seluruh anggota badan,
Mohon rahmat mohon berkat.

Pasir pantai dipukul gelombang,
Ombak rindu menjentik rasa;
Molek bersantai di waktu petang,
Syair berlagu bersama keluarga.

Kalau ada kesempatan nanti boleh juga ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) sambil melayan anak-anak bermain layang-layang. Untuk pengetahuan, nama asal pantai ini ialah Pantai Cinta Berahi (PCB).


Duit? Pendapatan sampingan melalui program Kerja Part-Time ini.


TehrDemikian kisah 'Pantun Hari Jumaat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



65 Comments

  1. mie says:

    jumaat penghulu segala hari…
    tapi hanya 3 negeri saja yang bercuti…
    apapun, amalan hari jumaat jangan dilupa..
    eehhehe
    mie baru je tulis kisah Souvenir Jepun Seperti Yang DijanjikanMy Profile

    1. tehr says:

      Amalan sunat malam Jumaat jangan dilupa :D

    2. Ladfe Amir says:

      kurang setuju part ni..kalu beramal kita takleh nak kira hari tu atau ni..kena buat jg.
      Ladfe Amir baru je tulis kisah Wordless Wednesday (Result SPMV)My Profile

      1. tehr says:

        Semoleknya begitulah, bro
        Tapi kalau kurang daya dan upaya
        Elok juga kalau tak terlepas malam jumaat tu

  2. Melatiqistyna says:

    Tok guru tuko Nama tempt tu kan…. :D
    Melatiqistyna baru je tulis kisah MBPJ Perintis Bandar WIFIMy Profile

    1. tehr says:

      Kalau tak silap, memang begitu la kisahnya

      1. chii says:

        molek benar la nama tu ditukar..daripada berahi kepada cahaya bulan
        chii baru je tulis kisah Aksi Budak Lelaki KacakMy Profile

  3. LadyBird says:

    selamat hari jumaat cikgu :)
    LadyBird baru je tulis kisah ♥ Siapakah Jodohku ♥My Profile

    1. tehr says:

      Selamat hari Jumaat untu lady dan semua

  4. nurmisnan says:

    Sekali jer jejaki pantai Cinta Berahi tuh.. sampai2 tak berahi pun
    hik3… Selamat hari jumaat untuk semua. lebihkan doa hari ini
    mudah2an dimakbulkan.. amin3
    nurmisnan baru je tulis kisah Khasiat teh hijauMy Profile

    1. tehr says:

      Mudah2an kita beroleh rahmat dan berkat

    2. chii says:

      mak aih..sampai camtu skali ke..leh berahi ke kalo smpai situ..cam scary plak..ekekek
      chii baru je tulis kisah Aksi Budak Lelaki KacakMy Profile

  5. akubiomed says:

    Selamat bercuti di hujung minggu bermula esok. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Filem Korea My Way mesti tontonMy Profile

    1. tehr says:

      Hujung minggu hari untuk keluarga

    2. Ladfe Amir says:

      bagi yg berkerja shift seperti saya..ada masanya cuti jatuh pada hari jumaat..ada masanya hari jumaat pun kena kerja pagi atau malam
      Ladfe Amir baru je tulis kisah Wordless Wednesday (Result SPMV)My Profile

  6. lunaticg says:

    Kalau Pantai Cinta Berahi saya dah pernah jejakkan kaki tapi tak pernah lagi datang ke Pantai Cahaya Bulan…. :)
    lunaticg baru je tulis kisah Dickson Niew in KosmoMy Profile

  7. suri says:

    kata org tenpt tu panas gak hee…

    1. tehr says:

      Sejak pantai terhakis oleh ombak, memang agak panas
      Pokok kelapa dah tak banyak yg ada

  8. suri says:

    nama tenpat dh menarik heeee klu bwk sekeluarga best gak…

    1. tehr says:

      Elok sangat bawa keluarga jalan2
      Kedai pakaian batik juga banyak sepanjang jalan
      Bawa duit banyak2 memang best sangat

  9. hari Jumaat hari barakah
    jangan dilupa amal jariah dan sedekah
    rainbowcloudy baru je tulis kisah Dendam TerhuraiMy Profile

    1. tehr says:

      Benar tu rainbowcloudy
      Jumat seminggu sekali
      Elok sangat bila memberi
      Bertambah murah rezeki

  10. mak lagenda says:

    Selamat ujung minggu Tehr..
    mak lagenda baru je tulis kisah KEMBALIKAN HAK DI SETIAP JUMAATMy Profile

    1. tehr says:

      Selamat hujung minggu untuk mak dan keluarga juga
      Moga2 bahagia selamanya

  11. Norizwan says:

    saya sampai hujung mggu kerja huhu…selamat bercuti….
    Norizwan baru je tulis kisah Sifu LAN buat ‘comeback’ dengan Terapi DuitMy Profile

    1. tehr says:

      Aku memang tak suka kerja hujung minggu
      Tapi kadang2 terpaksa juga

  12. zaidayuz says:

    Hari jumaat membawa berkat jangan abaikan solat jumaat…hidup berkeluarga hendaklah bermuafakat…mudah2ah rahmat di hari akhirat….

    1. tehr says:

      Hehe, mudah2an aman selamanya

  13. hafizmd says:

    sesudah subuh minum kopi
    baca Quran menambah ilmu
    ramai memilih port di tepi
    senang nak landing untuk beradu
    hafizmd baru je tulis kisah LELAKI KACAK Suka Buat Kontest?My Profile

    1. tehr says:

      Ramai memilih port di tepi
      Mencuri masa lelapkan mata
      Payah nak kata apa nak jadi
      Tua dan muda sama sahaja

  14. azura says:

    azan berkumandang masuknya waktu
    selamat bersolat jumaat berjemaah cikgu
    azura baru je tulis kisah Cerita LucuMy Profile

    1. tehr says:

      Waktu Jumaat sudah berlalu
      Giliran blog pula menunggu

      1. azura says:

        pergi ke rumah tok penghulu
        selamat berblog cikgu
        azura baru je tulis kisah Pernahkah blog anda digodamMy Profile

  15. kimmie says:

    hari jumaat memang ditunggu,
    bukan apa..esok sabtu
    :D
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Team Lunch di Restoran KokopelliMy Profile

    1. tehr says:

      Memang ditunggu hari Jumaat
      Selepas Sabtu menjelma Ahad

      1. azura says:

        tempat jatuh lagi dikenang
        inikan pula waktu senggang
        azura baru je tulis kisah Pernahkah blog anda digodamMy Profile

  16. mcm best jer pcb ni..leh pi nnt.. :)
    JebengOtai™ baru je tulis kisah Defisit Malaysia Tahap KritikalMy Profile

    1. tehr says:

      Boleh tu, bro
      Cuma sekarang dah kurang popular bagi penduduk setempat

  17. kimmie says:

    walaupun esok sabtu,
    saya tetap begitu,
    masih sibuk selalu,
    dengan kuiz dan buku.
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Team Lunch di Restoran KokopelliMy Profile

    1. tehr says:

      Rajin membaca banyak ilmu
      Orang menggelar si ulat buku

  18. fiezaradzi says:

    nasib baik tukar nama kan.. hehe.. selamat hari jumaat. kami, esok baru cuti..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Edisi Baca #1 – Indahnya Hidup BersyariatMy Profile

    1. tehr says:

      Nama lama tu sangat tak sesuai

  19. ghost writer says:

    yang utama, lelaki muslim jangan lupa untuk menunaikan solat jumaat.
    ghost writer baru je tulis kisah sepatu di atas para-para tinggiMy Profile

    1. tehr says:

      Insya-Allah
      Ramai yang berjumaat tadi

  20. Jomtonton says:

    Kalau Pantai Cinta Berahi tu kerap jugak singgah,
    Pantai Cahaya Bulan ni.. baru sekali :)

    Hari Jumaat kian berlalu,
    Esok pula menjelma Sabtu,
    Selamat bercuti buat cikgu,
    Bersama keluarga dihujung minggu.
    Jomtonton baru je tulis kisah Search – Mentari Merah Di Ufuk EropahMy Profile

    1. tehr says:

      Cuti jumaat dan cuti sabtu
      Hari rehat dalam seminggu
      Cuaca hangat di hutan batu
      Badan penat otak pun tepu

  21. Ladfe Amir says:

    dulu pernah sewa chalet di pcb masa bercuti ngan wife.

    teringin nak singgah semua bercuti lg
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Wordless Wednesday (Result SPMV)My Profile

    1. tehr says:

      Sekarang ni sedang elok ni, bro
      Kalau hujung tahun musim hujan
      Tak best nantinya

    1. tehr says:

      Haha
      Ada tu nanti, bro

  22. Juan says:

    sebuah nama pantai yg telah ditukar kepada nama yang lebih baik
    Juan baru je tulis kisah Download Angry Bird Space for AndroidMy Profile

    1. tehr says:

      Yups, Aku setuju dengan nama yang dipilih ni
      Lebih sesuai

  23. Kalau bersedekah pun bagus tiap-tiap kali pergi sembahyang jumaat. Kan? ;)
    Shasha Catering baru je tulis kisah A1 Sauce RecipeMy Profile

    1. tehr says:

      Ya. Elok sangat tu kalau suka bersedekah
      Sedekah boleh menambahkan rezeki

  24. zool says:

    Selamat bercuti…
    Bila agaknya nak singgah Pantai Cahaya Bulan..
    nak pergi tanjung bidara pun susah lagikan nak ke sana ye.
    zool baru je tulis kisah Keputusan peraduan menulis entri kraftangan dan aku kategori SEOMy Profile

    1. tehr says:

      Tu la pasal, bro
      Aku juga dah lama tak bawa anak2 ke pantai atau mandi kat air terjun

  25. zulkbo says:

    salam..
    mesti seronok anak-anak
    menikmati agin petang di
    Pantai Cahaya Bulan tu nanti :)
    zulkbo baru je tulis kisah Gaji Baru SSM : Pekeliling Penyelarasan Gaji Bila Nak Keluar?My Profile

    1. tehr says:

      Salam kembali
      Kalau sempat bawa anak2 memang seonok
      Tapi nampak seperti bukan tempat sesuai lagi untuk mandi
      Mungkin kerana ombak yang kuat

  26. yas says:

    pernah sekali sampai di PCB…masa zaman bujang dulu, hrni solat jemaat dlm ujan lebat…masjid pun x bape nk penuh
    yas baru je tulis kisah Keputusan Sesi Latihan Grand Prix Petronas Malaysia 2012My Profile

  27. Nama asal nampak lagi kontroversi hhhe
    sabree hussin baru je tulis kisah Kenapa Kita Selalu Rasa Blog Orang Lain Lagi Bagus Dari Blog Kita?My Profile

  28. Khidhir says:

    pnat keje, perut kenyang, masjid aircond lak. automatik je tertido. hehe
    Khidhir baru je tulis kisah Angry Birds Space PC, Android, iOS dan MacMy Profile

  29. Ad-Dien says:

    sememangnya pakar pantung..boleh wakil negara dah ni..hehe :)
    Ad-Dien baru je tulis kisah Mencari Kebenaran Dalam Kepelbagaian PendapatMy Profile

  30. kulanz says:

    Sabah tak cuti hari Jumaat.. jadi aku selalu mohon cuti masa ni.. campur sabtu dan ahad, boleh cuti 3 hari :)
    kulanz baru je tulis kisah Fewer Words are BetterMy Profile

  31. pakai baju kain ditanggal
    rantai berlian buat perhiasan
    sembayang jumaat jangan di tinggal
    perkara wajib tiada alasan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    masalah alternator kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
Apa diharap kepada obor,
Dalam gelap tetap kabur;
Apa leh buat soalan dah bocor,
Nasi sudah pun menjadi bubur.
pantun
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar