tehramuan

cahayacinta hafizmd apacerita
berita utama pondokkecil hairulafiz kakiblog

Pantun Hari Isnin

Hari ini sudah pun hari Isnin. Ramai yang sudah masuk kerja selepas cuti hari minggu, kecuali mereka yang bekerja di rumah. Mereka yang boleh dapat duit dengan hanya berada di rumah sambil melayan anak-anak.

Buah kuinin harum berbau,
Buat sambal enaknya rasa;
Hari Isnin di awal minggu,
Bangun awal mulakan kerja.

Ke rumah Yus dijemput makan,
Sedikit kenduri untuk tetamu;
Monday Blues sama lupakan,
Kerja menanti rezeki menunggu.

Blues Hari Isnin? Aku tak mahu semakkan lagi hal Monday Blues ni kerana aku pernah menulis mengenainya sebelum ini. Kali ini aku hanya mahu menulis pantun sahaja. Pantun Hari Isnin.

Daun palas dibuat ketupat,
Untuk tetamu di hari raya;
Rasa malas perlu dihambat,
Kelak hidupmu aman bahagia.

Pokok kantan ditiup angin,
Pokok petola tak tumbuh lagi;
Apa digusarkan hari Isnin,
Tugas kita mencari rezeki.

Seronok dapat rezeki dengan hanya berada di rumah. Tak perlu bersesak di jalan raya dan tak perlu juga keluarkan duit tambang atau duit minyak. Anak-anak juga dapat dipantau dengan lebih sempurna.

Hujan berlalu panas menjelma,
Cerah ceria cantik pandangan;
Mencari ilmu mencari kerjaya,
Sekarang masa tumpukan ujian.

Langit mendung di pagi petang,
Awan berlalu hujan tak jadi;
Apa direnung rezekinya orang,
Siapa yang tahu rezeki sendiri.

Kita hanya berusaha, Allah yang tentukan. Rezeki kita untuk hari ini, rezeki anak-anak untuk hari esok, semuanya Allah yang berikan. Tugas kita pula ialah berusaha dan terus berikhtiar. Selepas itu kita bertawakkal. Insyaallah.


Payah nak cari duit? Cuba Program Jobdirumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Hari Isnin' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



53 Comments

  1. tanam pokok perlu dibaja
    nanti berbuah lebat untungnya
    blues pun kena kerja
    kalau tidak tiada duitnya
    Malaysia coin baru je tulis kisah Senarai Harga Malaysia Coin CardMy Profile

    1. tehramuan says:

      nanti berbuah lebat untungnya
      boleh dimakan bersama keluarga
      kalau tidak tiada duitnya
      bagaimana nak bayar hutang raya

      haha

  2. LadyBird says:

    eh.. adik2 dah dekat nak ambik upsr rupenye.. smg semua preparation dah berjalan lancar.. dan semua ilmu dah di dalam dada.. didoakan agar mrk mampu curahkannya di dalam kertas..
    LadyBird baru je tulis kisah ♥ Pengalaman Pertama Seorang Isteri ♥My Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 semuanya berjalan lancar nanti
      insya-allah

  3. padin says:

    Hehee,
    entah kenapa semangat pulak dtg kerja arini..
    tapi tulah… studentnya pulak berapa kerat je yg ada…..
    padin baru je tulis kisah Dendang PerantauMy Profile

    1. tehramuan says:

      nampaknya student sambung cuti tu, bro
      kena bagi denda tu
      haha

  4. Cik Siti says:

    berlari berkejaran terasanya senak,
    berlari keliling di dalam taman,
    semoga berjaya buat anak-anak,
    agar kejayaan jadi genggaman.
    Cik Siti baru je tulis kisah Memulakan TugasMy Profile

    1. tehramuan says:

      berlari keliling di dalam taman
      senyum simpul orang-orang tua
      agar kejayaan jadi genggaman
      buat bekalan di hari muka

      1. Cik Siti says:

        betul…betul…. betul….
        Cik Siti baru je tulis kisah Memulakan TugasMy Profile

  5. eiela says:

    a’a upsr dh tak lama dah, bdk2 nih sy tengok ada yg fokus n ada yg mood raya lg.
    eiela baru je tulis kisah Kisah Raya 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      yang masih dok beraya tu nak kena ketuk tu :D

  6. eiela says:

    a’a upsr dh tak lama dah, bdk2 nih sy tengok ada yg fokus n ada yg mood raya lg.
    eiela baru je tulis kisah Kisah Raya 2012My Profile

  7. maza says:

    Wap kuih raya dah sampai ke tengkok..
    Sikit lagi sampai ke ratina..
    Di luar sana, mendung; hujan renyai-renyai…

    Maka …

    1. tehramuan says:

      hujan?
      maka sedap la tarik selimut :D

  8. akubiomed says:

    Sibuklah adik-adik membuat persediaan untuk peperiksaan UPSR.
    akubiomed baru je tulis kisah Sudah masanya pulang ke sarangMy Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 mereka akan mendapat kejayaan cemerlang

  9. Tadi dah komen kat sini dah hilang ke?
    Malaysia coin baru je tulis kisah Logo baru 55 tahun Merdeka?My Profile

    1. tehramuan says:

      TERmasuk ke kotak spam, bro
      hehe

      1. Arrrghhh…. Saya bukan spam. :o
        tima kasih bro.
        Malaysia coin baru je tulis kisah Huruf GC duit syiling parlimenMy Profile

  10. Mak lagenda says:

    Pejam celik,pejam celik esok lusa dah nak periksan ya tehr..

    Eh. Lupa..mak x sempat nk ucap Selamat Hari Raya buat bro tehr sekeluarga..

    1. tehramuan says:

      yups,
      maka bertambah [berkurang?] la umur kita

  11. cikgu naman says:

    sepupu saya haritu rileks je duk FB masa cuti panjang raya, padahal nak ambil UPSR tahun ni..hehe

    OH SYOKNYA MEMANDU CIVIC TYPE-R
    SELAMAT HARI RAYA BUAT CIKGU TEHR

    haha..bolehla kan
    cikgu naman baru je tulis kisah 2 minggu tinggal blogMy Profile

    1. tehramuan says:

      budak2 ni nak kena tegur sentiasa, cikgu
      fokus mereka mudah hilang :D

  12. rahman says:

    UPSR dalam musim raya.. harap adik adik dapat buat yang terbaik… lupakan main mercun tu…. ada yang lebih penting sedang menanti
    rahman baru je tulis kisah Beraya di MelakaMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, bro
      harap2 tak ada yang cedera tangan :D

  13. titan says:

    aku tetap dengan blues merah jambu aku tuhh..
    titan baru je tulis kisah 5 Cara nak jadi penulis review yang menjual.My Profile

    1. tehramuan says:

      blues merah jambu yang selalu buat aku jeles
      huh

  14. Bro Zulkbo says:

    salam..
    mabuk lemang, ketupat
    dah habis la nih..time to
    work now..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Benarkah Neil Armstrong Seorang Islam?My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      kembali dengan tugas :D

  15. zool says:

    nak dekat UPSR ye.. selamat berjaya untuk adik2 semua
    zool baru je tulis kisah Ronaldinho dipecat Sime DarbyMy Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 selamat semuanya

  16. kimmie says:

    betul la..hari ni saya pun baru memulakan kerja semula setelah bercuti panjang. Selamat Hari Raya :)
    kimmie baru je tulis kisah Salam AidilfitriMy Profile

  17. kimmie says:

    UPSR dah hampir tiba rupanya..selamat berjaya untuk murid-murid yg bakal menghadapi peperiksaan UPSR.
    kimmie baru je tulis kisah Salam AidilfitriMy Profile

    1. tehramuan says:

      hanya dua minggu je lagi
      moga2 mereka telah bersedia

  18. ProfHariz says:

    Cikgu jaga budak UPSR ?
    ProfHariz baru je tulis kisah 10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak jaga upsr
      hanya sebagai su peperiksaan je :D

  19. hatiputera says:

    cikgu tehr jadi pengawas peperiksaan ke. harap adik-adik yg mengambil upsr sudah bersedia.
    hatiputera baru je tulis kisah 10 entri terbaik denaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      dah lama tak jadi pengawas upsr
      sekarang ni sebagai su peperiksaan je

  20. Amirez says:

    dah nak upsr dah rupanya. mujurlah bukan lepas raya terus upsr. kalau tak, nak jawab exam asyik teringat duit raya je :D
    Amirez baru je tulis kisah Impiana Guest House Sedia untuk DidudukiMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      sekarang ni pun masih ramai dalam mood raya
      elok juga upsr lagi 2 minggu :D

  21. tehramuan says:

    bersedia untuk mencipta kejayaan :D

  22. Isnin kali ok ehhh… sobab MU menang dan RVP score spectacular goal… GGMU!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Tanjung Emas MuarMy Profile

  23. b3njy says:

    Hebat pantun2 Tehr ni …. selamat hari raya aidilfitri …. rasanya ucapan ini belum terlambat lagi kan ? … :D
    b3njy baru je tulis kisah PROJEK IC : SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PERLU SIASAT VIDEO INIMy Profile

    1. suri says:

      nak raya mesti kene bgi kmi wet raya heeee

  24. Yas says:

    Aku tau bebudak ada UPSR, tapi aku x tau bila…patut la aku tgk makbapak yg anaknya amik UPSR asik bz je nganto anak gi tuisyen….pe2pun Selaamt Hari Raya bro….
    Yas baru je tulis kisah Gambar Zulfahmi Jatuh di Litar Brno, ChezhMy Profile

  25. hafizmd says:

    Ambe baru masuk kerja
    Masih lagi mood raya
    Selamat menjawab periksa
    Semoga semuanya berjaya
    hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #6 Kahwin?My Profile

  26. suri says:

    ptuts jari tiada galang gantinya

  27. suri says:

    semoga mereka berjaya dlm menjawab soaln2 nnti.amin

  28. semoga sihat semua calon2 upsr.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Teknik Balikkan Cahaya FlashMy Profile

  29. Hafizul says:

    mood raya tak habis lagi, dah kerja..rasa kejap jer masa berlalu..belum puas lagi menikmati hari cuti bersama kelurga tercinta..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #21 – Tenaga Batin Cap AyamMy Profile

  30. tentu guru2 berdebar2 dgn keputusan anak muridnya…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Tips Mengawal Perasaan Emosi Dari Pengalaman Sendiri | Hidup Lebih CeriaMy Profile

  31. suri says:

    senin dpan sy keje balik jam 6 huaaaaaaaaaaaaaa
    suri baru je tulis kisah Laungkan Merdeka KitaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge