Entri ini adalah sebagai pelengkap bagi siri pantun hari-hari. Sebelum ini aku pernah menulis pantun untuk setiap hari yang terdapat dalam seminggu iaitu Pantun Hari Isnin, Pantun Hari Selasa, Pantun Hari Rabu, Pantun Hari Khamis, Pantun Hari Jumaat, Pantun Hari Sabtu dan kali ini Pantun Hari Ahad. Hari ini Ahad 16 September, Selamat Hari Malaysia untuk semua.
Ikan bilis ditangkap mudah,
Ikan jerung biarkan sahaja;
Dari Perlis hingga ke Sabah,
Berat diusung bersama-sama.
Kebanyakan negeri di Malaysia bercuti hujung minggu pada hari Ahad kecuali Kelantan, Kedah dan Terengganu. Aku sendiri lebih suka cuti hujung minggu pada hari Jumaat kerana dah biasa sangat, sejak sekolah rendah lagi.
Ada buat rancangan bawa bakal tunang dan bakal mertua jalan-jalan makan angin?
Kelapa muda diambil airnya,
Kelapa tua diambil santan;
Di hari biasa tekun bekerja,
Hari minggu berjalan-jalan.
Batang keladi dimasak sayur,
Umbut pinang dibuat ulam;
Si buah hati bawa berhibur,
Harap pulang sebelum malam.
Bagi pasangan suami isteri atau anak-anak yang tinggal berjauhan sama ada kerana bekerja atau belajar, cuti hujung minggu adalah harinya untuk berjumpa dan bermesra. Hari minggu adalah hari untuk bermanja juga hari untuk membayar hutang atau menuntut hutang.
Asal baju daripada benang,
Asal benang daripada kapas;
Hari minggu hatiku senang,
Rindu hilang dendam terlepas.
Asal kapas menjadi benang,
Daripada benang dibuat baju;
Minggu lepas tidak pulang,
Mujur sayang rela menunggu.
Benang kapas bersulam tepi,
Baju berbunga sarung pelikat;
Bertaut kemas kasih sejati,
Dari dunia sampai akhirat.
Selamat Hari Minggu, Selamat Hari Cuti dan Selamat Hari Malaysia untuk semua. Tidaklah aku tahu bila hari minggu bagi seorang blogger sepenuh masa.
Duit? Pendapatan sampingan melalui program Kerja Part-Time ini.
Demikian kisah 'Pantun Hari Ahad' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


Selamat Hari Malaysia. Panjang pantun kali ini.
Selamat menyambut hari Malaysia….

Nak jawab pantun tapi idea tak keluar lak
Malaysia Coin recently posted..Selamat Hari Malaysia
hahaa aku cuti 3 hari ni merenung dinding je,
dinding FB ekekee..
padin recently posted..Blues 80 – 90′an (Part 2)
wall facebook. tapi tak nampak pun padin
rain recently posted..peti emas
Pandai betul berpantun… Hehe.. Selamat Hari Malaysia
Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Menyambut Hari Malaysia 2012
selamat hari malaysia 2012 kepada bro..
donnyien recently posted..Selamat Menyambut Hari Malaysia 1963
Saya suka puisi.Dan Malaysia adalah sebuah negara yang indah.Saya telah berada di sana pada pelancongan dan saya disayangi rakyat.
Keith Issah recently posted..http://www.gcdreview.org
pergi pagi pulang petang
dapat gaji bayar hutang
bila dapat cuti panjang
memang lupa jalan pulang
azura recently posted..Tonton Suasana Gangnam Raya
salam..
hari Ahad selalunya
pantun “senang hati”
he he..
Bro Zulkbo recently posted..Filem Innocence Of Muslims Yang Menghina Nabi VS Filem The Message
hari ini hari ahad,
hari Malaysia kita sambut,
berseronok mesti ada had,
Kelak esok tidak berserabut.
SELAMAT HARI MALAYSIA….
Cik Siti recently posted..Resepi sambal ikan bilis
minggu ni tak ada pantun nak balas kat tehr.
pikir benda lain, tumpul benda lain. hermmm..
rain recently posted..peti emas
mcm x der la hari minggu utk blogger..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Apa kes?
Haha..kenapa la pilih hari minggu untuk byr hutang..tapi ok jugak kan..tak ada la gopoh gapah sgt..rilek jer…
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh