Pantun Hantu

Filem Highland Tower aku belum tengok, hantu juga aku belum pernah jumpa tapi selama ni aku faham hantu ada dua jenis sahaja.

Pertama : Hantu makhluk halus yang sering digambarkan oleh orang tua-tua seperti yang ditunjukkan dalam filem. Hantu jenis ini seperti hantu tinggi, hantu kubur, hantu raya, hantu bungkus, hantu air, hantu jembalang dan bermacam lagi. Memang banyak dalam budaya orang Melayu kita. Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis. Pernah jumpa hantu?

Hantu polong hantu pelesit,
Minta tolong perutku sakit.

Hantu bukit harimau jadian,
Perut sakit mahu ke jamban.

Hantu sungai dan hantu laut,
Hantu bungkus si hantu raya;
Mengapa ramai berasa takut,
Kelak ditimbus seorang sahaja.

Hantu jepun dan hantu puaka,
Hantu penggalan si hantu bota;
Berpuluh tahun hidup di dunia,
Cukupkah bekalan mahu dibawa.

Kedua : Hantu kepala hitam yang senang dilihat dan makin banyak di keliling kita. Tapi agak sukar juga untuk dikenalpasti kalau tak cukup pengalaman. Hantu jenis ini seperti hantu judi, hantu facebook, hantu todi, hantu betina, hantu bola dan lain-lain. Ada yang merbahaya dan ada juga yang tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada masyarakat.

Kalau sudah masak kari,
Memang kena pilih resepi;
Kalau sudah hantu judi,
Memang lupa anak isteri.

Aku tulis Pantun Hantu ni bukan apa, aku hanya rasa pelik kerana ada ibubapa yang suka-suka menakutkan anak-anak dengan macam-macam jenis hantu. Sedangkan mereka sendiri tak pernah melihat hantu. Memang pelik.

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.

TehrDemikian kisah 'Pantun Hantu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. BukhariMalek says:

    tu lah bos… orang melayu kita memang takut hantu.. sebb dari kecil kita diajar takut hantu bukan takut kepada Allah secara tidak langsung.. ..
    BukhariMalek baru je tulis kisah Design | Hang Tag LangbuanaMy Profile

  2. hafizmd says:

    hantu kepala hitam tu yg lebih menakutkan
    hafizmd baru je tulis kisah Jangan Buat 3 Benda Ni Kalau Nak Kuruskan Badan!My Profile

  3. UmmiKami says:

    Batu bukan sebarang batu,
    Angkut batu sampai ke Limbang;
    Hantu bukan sebarang hantu,
    Takut hantu yang pandai sembang….hehe
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Awal Muharram……Ma’al HijrahMy Profile

  4. UmmiKami says:

    Kalau berkabut muara berbatu,
    Tentu nanti menghentak perahu;
    Kalau disebut perkara hantu,
    Hantu IT saya tak mahu……..(gurau na :D)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Awal Muharram……Ma’al HijrahMy Profile

  5. ada juga ya pantun hantu. tapi bagus banget Bang pantunya.. sampai perut sakit segala isinya..hehe
    Catatan Journeyweb baru je tulis kisah Cerita ABG Anak SMP Di Balik PrestasiMy Profile

  6. akubiomed says:

    Hantu kepala hitam selalu kebas semasa musim buah.
    akubiomed baru je tulis kisah Celup celup di Sungai ChilingMy Profile

  7. asal takot hantu mesti situasi nak g jmban kan?

    teringat cerita hantu melayu
    :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah berus bedak asas; ia juga baru dibeliMy Profile

  8. Banyak2 hantu, hantu kepala hitam tu yang paling menarik. Hehe.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah No Pain, No GainMy Profile

  9. Joe says:

    Hantu kepala hitam? Ade ke? Tak pernah dengar pun…
    Joe baru je tulis kisah Komisyen Ke-47 Dari JobdirumahMy Profile

  10. papa mifz says:

    pelbagai jenis hantu ada kan , ada yang jelas kelihatan dan ada pulak yang tidak nampak langsung…hoho
    papa mifz baru je tulis kisah HOT ke Letak Cermin Mata Hitam Atas Kepala…???My Profile

  11. Indra says:

    waah, seram, hantu kepala hitam tu kayaknya yang lebih menakutkan…
    Indra baru je tulis kisah Alfaonline.com : Toko belanja online murah, Promo heboh jual barang hanya Rp 1,-My Profile

  12. cik tom says:

    maybe crite hantu sbb nak takutkn anak jgn main smpi mlm kot…hehe
    cik tom baru je tulis kisah Ada Cara Pantas Menurunkan Berat BadanMy Profile

  13. ini lah salah satu pusaka peninggalan nenek moyang kita yg masik kekal hingga kini
    blogger lelaki baru je tulis kisah Kisah Lelaki BersayapMy Profile

  14. Lyn™ says:

    Bukan hantu sebarang hantu
    Hantu puaka ramai yang tak suka
    Bukan seru sebarang seru
    ……………………..

    ( ehh…hari ni hari jumaatlah cikgu, tak baik main seru-seru
    seru pegi sembahyang jumaat jer. :-) )
    Lyn™ baru je tulis kisah Petua hilangkan bau badanMy Profile

  15. Hafizul says:

    Hahahaha..ada pulak yang pantun macam ni..tapi menarik sangat..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Gambar Payudara Di HisapMy Profile

  16. Ismail N says:

    Rasanya takut pada hantu agak natural kot. Budak2 kecik biasanya takut pada gelap ..lepas tu depa bilang hantu.
    Kawe tak pernah takutkan anak-anak dgn hantu ni, tp semulajadi budak2 rasa gitew. Yg tak takut mungkin tebal hijabnya kot :D
    Ismail N baru je tulis kisah Why Did You Have To Kill My Wife?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun