tehramuan

cahayacinta hafizmd apacerita
berita utama pondokkecil hairulafiz kakiblog

Pantun Gelisah

Apa khabar semua? Hari ini aku mahu membawa pembaca menikmati rangkap-rangkap pantun gelisah, bukan menikmati gelisah. :D Mungkin juga ada orang yang boleh merasa nikmat apabila hati gelisah. Walau pun begitu aku percaya perasaan gelisah juga adalah satu pengalaman yang menjadikan kita lebih matang dan waras.

Kembang pecah rerama menari,
Menanti bunga dengan madunya;
Beralun gelisah mengusik diri,
Apa khabarnya orang di sana.

Sayapnya indah warna berseri,
Menghisap madu di taman bunga;
Hatinya gelisah tidak terperi,
Orang ditunggu tak kunjung tiba.

Singgah rerama di tepi kolam,
Mencari kawan menyanyi lagu;
Gelisahnya rasa hati di dalam,
Tak tertahan menanggung rindu.

Basah kuyup rerama merah,
Ditimpa hujan waktu zuhur;
Kalaulah diikut hati gelisah,
Tak lalu makan tak lena tidur.

Kasihan rerama tersesat jalan,
Kepala tunduk menahan malu;
Gelisah hanyalah satu perasaan,
Mohon petunjuk Tuhan Yang Satu.

Bila ditimpa gelisah memang tak akan senang duduk. Kata orang tua-tua seperti kucing hilang anak. Ke hulu ke hilir, mundar mandir serba tak kena. Bawa beristighfar banyak-banyak ya. Itu semua hanya perasaan dan semestinya kita boleh mengawal perasaan kita sendiri.

TehrDemikian kisah 'Pantun Gelisah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



18 Comments

  1. jiwa gelisah adalah normal.Mau tenang ikat Allah SWT banyak-banyak
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Keputusan yang mengemparkan!My Profile

  2. pembetulan….ingat bukannya ikat..kesan daripada jiwa gelisah.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Keputusan yang mengemparkan!My Profile

  3. UmmiKami says:

    Salam berpantun :D

    Berdiri di titi menjengah tasik.
    Anak Serani di tepi perdu;
    Diri menanti gelisah mengusik,
    Orang di sini menjadi rindu.

    Tangan diurut pastilah kebah,
    Dicuba dukun seorang diri;
    Jangan diturut hati gelisah,
    Hamba sudahpun datang kemari. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peringatan..My Profile

  4. Juan says:

    kita kalau gelisah memang x senang duduk dibuatnya
    Juan baru je tulis kisah Street Dakwah di MalaysiaMy Profile

  5. Dja@SisHaza says:

    gelisah ni banyak puncanya … bkn hanya pd org yg dilamun cinta jer. Sesetengah penyakit moden juga mengakibatkan penghidapnya diamuk rasa gelisah …

  6. UmmiKami says:

    Tumpang lalu..

    Kadang kadang gelisah kerana tugas belum selesai dan gelisah kerana menunggu hajat belum tercapai…
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peringatan..My Profile

  7. mie says:

    usah gelisah gulana…
    berpantun hilanglah gelisanya..
    ehehehe
    mie baru je tulis kisah Universal Studios Singapore Memang MenarikMy Profile

  8. padin says:

    hahaha teringat lagu Gelisah – Ahmad Jais

    …Gelisah menanti dinda
    Di ambang bahgia
    Mungkinkah khabaran cinta
    Akan menjelma…

    :D

  9. UmmiKami says:

    Tumpang lagi noo.. :D

    Cecah garam sebiji mempelam,
    Dugong menyudu sibuah pauh;
    Gelisah mencengkam hati di dalam,
    Menanggung rindu ayah yang jauh.

    Ubi dicecah kelapa parut,
    Bahulu telur semua dirasanya;
    Hati yang gelisah mengapa diturut,
    Selalu tafakur berdoa padaNya.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peringatan..My Profile

  10. akubiomed says:

    Kalau perasaan hadir sebab ada peristiwa yang tidak baik bakal berlaku.
    akubiomed baru je tulis kisah Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013My Profile

  11. Bro Zulkbo says:

    salam..
    tetiba terngiang lagu Allahyarham Ahmad Jais
    GELISAH..memang mendayu lagu tu bila hati
    tak keruan dan gelisah :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Gambar Sekitar Sepetang Bersama Blogger SBB 2013 Denaihati Di Hotel SinggahsanaMy Profile

  12. titan says:

    hohoh..gelisah pasal apa ni sebenarnya..
    titan baru je tulis kisah #SBB2013 – Gua kena tangkap.My Profile

  13. azura says:

    lagu dafi

    apa agaknya khabarmu di sana
    ku di sini
    azura baru je tulis kisah Ketam Goreng Telur MasinMy Profile

  14. Nadot says:

    biasa, even saya gelisah pun, makan mesti lebih berselera… tu yang tak suka gelisah tu, naik berat badan.. hehehe
    Nadot baru je tulis kisah SBB2013 Selesai SudahMy Profile

  15. yas says:

    Aku tak suka betl perasaan gelisah ni klau dtg dlm diri….seksa betul rasanya…
    yas baru je tulis kisah Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] 2012, 30 Januari 2013My Profile

  16. fiezaradzi says:

    pernah juga rasa macam tu.. betul, bykkan zikir dans elawat, inshaa Allah, kdg2 hati tak tenteram je..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Gambar #sbb2013My Profile

  17. eiela says:

    macam-macam sebab gelisah, kdg2 smpai tak bleh tidur.
    eiela baru je tulis kisah Halia Menghilangkan Angin Dalam PerutMy Profile

  18. kalau gelisah segera minum air putih dan makan, itu bisa membantu
    OBAT GINJAL AMPUH baru je tulis kisah Penyakit Ginjal-Apa Itu Penyakit Ginjal Dan Apa Yang Harus Dilakukan?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge