Pantun Enam Kerat

Cara menulis pantun enam kerat adalah sama sahaja dengan cara menulis pantun empat kerat. Apa yang berbeza adalah dari segi bilangan barisnya sahaja. Pantun enam kerat mempunyai tiga baris pembayang dan juga tiga baris maksud pantun.

Contoh pantun enam kerat yang sempat aku tulis. Dua rangkap pantun di bawah ini mempunya pembayang berkaitan sungai sementara maksud pantun pula ialah bersederhana ketika makan.

Mari berakit di Sungai Besar,
Arusnya tidak jadi penghalang,
Hanyut pun bukan sampai muara;
Makan sedikit perutku lapar,
Makan banyak perutku kenyang,
Biarlah makan sederhana sahaja.

Lesunya aliran nampak berat,
Air cetek lumpurnya banyak,
Keruhnya pasti jernih tiada;
Usahlah makan berlebih sangat,
Kelak badan tak dapat bergerak,
Kenyang seperti si ular sawa.

Rima pantun enam kerat ialah a, b, c, a, b, c seperti pantun di atas. Berselang seli bukan? Untuk lebih jelas cuba pula lihat klip video yang aku sertakan di bawah. Moga-moga anda semua dapat menulis pantun dengan lebih baik lagi nanti.

Selamat berpantun.

TehrDemikian kisah 'Pantun Enam Kerat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. Ummikami says:

    As salam di hari minggu :)

    Ikan putih di atas rakit,
    Rakit berlubang hendakkan perahu,
    Tersekat-sekat berdentum ke tepi;
    Makan berlebih dapat penyakit,
    Penyakit datang takkan beritahu,
    Beringat-ingat sebelum jadi.

    * Boleh tak cikgu.. :D
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

    1. Petua Puteri says:

      kak ummi mmg pakar pantun…
      Petua Puteri baru je tulis kisah Resepi Makaroni Cheese & TunaMy Profile

  2. padin says:

    hehee menarik juga pantun 6 kerat…
    betul jugak kalau ambil makanan kena beringat,
    kalau tak habis di makan, membazir pulak jadinya
    padin baru je tulis kisah Pengulas Tidak BertauliahMy Profile

    1. Ummikami says:

      Salam manis..

      Bila makan kena ingat orang yang miskin…entah makan entahkan tidak… :D
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

      1. suri says:

        sb tu masa nk makn kena bca doa makan dan bersyukur dg apa yang ada jgn makan pastu ckp aik..lauk sama jer
        suri baru je tulis kisah Black, Gold & Red NightMy Profile

  3. hafiz says:

    tak boleh cakap juga kalau lauk sedap, memang makan banyak
    hafiz baru je tulis kisah Gelagat Anaqie membelek hadiahMy Profile

    1. Ummikami says:

      Hafiz…cobaannn…hehe
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

      1. suri says:

        apa2 hal mkn baca doa selesai kena seru alhamdulillah heee
        suri baru je tulis kisah Nuffnang Yang SuperbMy Profile

  4. Kulanzsalleh says:

    sedang pantun 4 kerat aku selalu gagal.. ini kan pula pantun 6 kerat.. tapi belum terlambat lagi ni untuk belajar.. nasib baik ada cikgu yang sedia berkongsi ilmu
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Kakitangan Awam Menunggu Berita Gembira dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga BelasMy Profile

  5. Ummikami says:

    Makanlah jika terasa lapar, dan berhenti sebelum rasa kenyang… ;D
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Geram Janganlah Geram…My Profile

    1. suri says:

      itukah sunah Baginda ;)
      suri baru je tulis kisah Original Refeleksologi KakiMy Profile

  6. yas says:

    Rasa2nya seumur idup aku lom pernah lg bikin pantun 6 kerat nih….hehehehe, masa slalu mencemburuiku…..:D
    yas baru je tulis kisah Isu Pengganas Sulu – Jangan Perlekeh Pejuang NegaraMy Profile

    1. suri says:

      tiba2 sy rindu kelas sastera..
      suri baru je tulis kisah Nuffnang Yang SuperbMy Profile

    2. suri says:

      ni yang perlu menuntutdg guru tehr heee
      suri baru je tulis kisah The Giant Slayer & Tapak Kaki Siapakah Ini ?My Profile

  7. Petua Puteri says:

    nak buat pantun 4 kerat pun dah seksa…
    kalau nak buat yg 6 kerat.. mau pitam dibuatnya.. heeee
    Petua Puteri baru je tulis kisah Resepi Biskut Coklat After 8 DropsMy Profile

    1. suri says:

      petua mesti byk membaca hee.bru blh canang ayat bt pantun hee
      suri baru je tulis kisah Nuffnang Yang SuperbMy Profile

  8. azura says:

    moga kenyang makannya
    azura baru je tulis kisah Ruang dan PeluangMy Profile

  9. suri says:

    sy suka rima hujung berselang seli sb nampak harmoni bunyinya
    suri baru je tulis kisah Black, Gold & Red NightMy Profile

  10. suri says:

    sy suka pantun dua kerat..
    ada ubi ada batas
    ada hari ubi saya makan hee..

    ada hari blh balas ;)
    suri baru je tulis kisah Black, Gold & Red NightMy Profile

  11. papa mifz says:

    den kalau berbalas pantun nih memang paling lemah…insya-Allah dengan adanya blog cikgu nih mana tau satu hari nanti mahir lak den berpantun kan…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Cold TurkeyMy Profile

  12. Norizwan says:

    pantun empat kerat pun payah sy nak buat…ini kan pula 6 kerat…lagi sukar….takper sedang belajar daripada bro tehr…Sifuuu :)
    Norizwan baru je tulis kisah Contest kaca mata PapaMifz.comMy Profile

  13. Nakusan Bali says:

    Kelak badan tak dapat bergerak,
    Kenyang seperti si ular sawa. bagus juga kata pantunya..
    Nakusan Bali baru je tulis kisah Wisata Taman Kupu-kupu (Bali Butterfly Park)My Profile

  14. ohcikgu says:

    tak berapa pandai pantun 6 kerat nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Hadiah untuk Pemenang Contest SEO 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    1. Suri says:

      kalau otong ayam dikerat2 mesti cikgu pandaikan

  15. Suri says:

    pantun ini repet rima dua kli dibawah barisnya..hum..paham2.. cikgu

  16. hafizmd says:

    Sungai Ibai airnya tenang
    Rakit dimudik ke muara sana
    Diteman joran nan sebatang
    Terlebih makan sakitnya datang
    Andai kurang lemah badannya
    Sederhana makan pasti cemerlang

    ahhh..rupanya sukar juga cipta pantun 6 kerat…keh3
    hafizmd baru je tulis kisah Hari Minggu Yang Tak BosanMy Profile

  17. roger that…

    Ingin berpantun mcm bro
    semangat pun ada di pagi hari
    pekena kopi penyegar body
    skrg kawe serah penilaian bro
    Pantun dipikiq setengah mati
    harap bro approve nanti…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Photography Tips: Fix Leaning BuildingsMy Profile

    1. hafizmd says:

      terbaik!

      dok sangke ambe
      ada bakat jugok deme
      pandai pantun blake seme
      best sunggohlah kome

      hahahaha
      hafizmd baru je tulis kisah Oh! PersepsiMy Profile

  18. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    sesekali baca pantun 6 kerat
    memang menarik juga,maksudnya
    lebih mendalam dan tersirat :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Kronologi Terkini Ops Daulat Tragedi Lahad Datu SabahMy Profile

  19. suri says:

    selalu buat latihan klu tka buat tu sudah nak bina ayat
    suri baru je tulis kisah Original Refeleksologi KakiMy Profile

  20. effort lab says:

    Cuba bro buat pantun 6 kerat guna rima a, b, a, b, a, b, ..confirm gempak!
    effort lab baru je tulis kisah Lukisan Berharga 1800 Sebenarnya Bernilai 50 Juta [3 gambar]My Profile

  21. Hafizul says:

    Bro ni cikgu pantun ke?kenapa selalu ajer ada idea bab-bab pantun..hehe..susah nk tulis pantun 6 kerap ni..
    Hafizul baru je tulis kisah Spam Is Now Registration On Your SiteMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun