Pantun Dua Tiga Raya

Pantun Dua Tiga Raya ni aku ambil idea daripada Jarjit Singh. Korang kenal Jarjit Singh? Ala… kawan Si Upin dan Ipin yang suka berpantun tu. Jarjit Singh ni memang kelakar dan terkenal dengan pantun “dua tiganya”.

Pantun Si Jarjit ni memang lawak!

Dua tiga ikan keli,
Lagi puasa berapa hari?

Dua tiga ikan todak,
Kamu puasa cukup ke tidak?

Dua tiga ikan belanak,
Buka puasa makan banyak.

jarjit singh

Pantun dua kerat sangat ringkas. Hanya ada satu baris pembayang dan satu baris maksud pantun. Pantun lawak dan kelakar dua kerat pula lebih senang. Kadang-kadang baris kedua ditulis sangat tidak masuk akal. Ada yang hentam keromo sahaja. :D

Dua tiga bunga api,
Rendang ketupat tak masak lagi.

Dua tiga baju baru,
Mana saya punya maruku?

Dua tiga empat lima,
Terima kasih sama-sama.

Selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat bergembira di hari raya. Sama-sama kita berbanyak syukur dengan kurniaanNya.

Maaf Zahir Batin. Dunia dan akhirat.

TehrDemikian kisah 'Pantun Dua Tiga Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. Bahrain says:

    Tak berapa pandai nak pantun.
    Selamat hari raya juga. Maaf zahir dan batin. :)
    Bahrain baru je tulis kisah Best Sangat Ke Smartphone Xiaomi Mi3?My Profile

    1. TehR says:

      dua tiga selipar jepun
      belasah saja tulis pantun

  2. Mazni Azmi says:

    Ramdahan sudah sampai ke penghujung
    Syawal bakal menjelma tiba
    Teruskan amalan kunjung mengunjung
    Tersimpul kasih jatuh ke riba

    Selamat hari raya :)
    Mazni Azmi baru je tulis kisah Tudung Nur Koleksi Helwa Jun 2014 CantiknyaaaMy Profile

    1. TehR says:

      Dua tiga tudung bawal,
      Bawa kemari tudung labuh;
      Bakal tiba bulan syawal,
      Hari raya meriah sungguh.

  3. dja@sishaza says:

    Dua tiga empat lima
    Tahun ini raya di mana ?
    dja@sishaza baru je tulis kisah CARA-CARA DAN TIPS MEMBUAT DOH PIZZAMy Profile

    1. TehR says:

      dua tiga tempurung kelapa
      sambut raya di kampung saja :D

  4. dja@sishaza says:

    Selamat Hari Raya cikgu, mohon maaf jika ada silap bicara :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah CARA-CARA DAN TIPS MEMBUAT DOH PIZZAMy Profile

    1. TehR says:

      dua tiga si rama-rama
      bermaaf kita bersama-sama

  5. Cik Siti says:

    Wah… pantun dua kerat pulak ye cikgu…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kad Raya Bayu KenanganMy Profile

    1. TehR says:

      dua tiga makan ketupat
      mudah saja pantun dua kerat

  6. Cik Siti says:

    Satu dua tiga empat,
    Kalau salah minta ampun cepat-cepat
    Cik Siti baru je tulis kisah Kad Raya Bayu KenanganMy Profile

    1. TehR says:

      dua tiga kijang berlumba
      sebelum ajal menjelang tiba

  7. Anuar says:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir Dan Batin…
    Anuar baru je tulis kisah Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred W27 5 Ogos 2014My Profile

    1. TehR says:

      dua tiga dua tiga
      selamat hari raya selamat hari raya

  8. akubiomed says:

    Pantun Raya mudah. :-)

    1. TehR says:

      dua tiga langkah mudah
      malam raya riuh rendah

  9. Nurul says:

    Pantun tu memang best:). Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Buka puasa dengan lauk ikan patin,
    Minta maaf zahir dan batin.

    1. TehR says:

      dua tiga ikan patin
      duit raya bila nak kirim?

  10. Mohd Shubhi says:

    Nampak macam seronok dan mudah pulak pantun dua tiga ni…boleh dijadikan budaya pantun amalan harian ni…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Bagaimana tentukan untung kasar perniagaanMy Profile

    1. TehR says:

      dua tiga cina beraya
      boleh dicuba di mana-mana

  11. Ismail N says:

    Dua tiga naik van mini
    Mesti ada silap komen di sini

    Dua tiga cicak berlari
    Mintak maaf dipetak komen ini
    Ismail N baru je tulis kisah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)My Profile

    1. TehR says:

      dua tiga van dah mati
      sama bermaafan di aidilfitri

  12. Memang tak pandai nak berpantun apatah lagi membalas pantun ni. Selamat hari raya.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Dah Dapat Baju BaruMy Profile

    1. TehR says:

      dua tiga berlatih judo
      alah… belasah je, bro :D

  13. titan says:

    terbaiklah pantun 2 kerat tu. haha..
    titan baru je tulis kisah Lelaki 18 Tahun ini hari-hari dapat DUIT RAYA.My Profile

    1. TehR says:

      dua tiga berdikit-dikit
      kalaulah boleh dijadikan duit

      haha

  14. Dua tiga masak barli
    Selamat hari raya Aidilfitri

    Jadi kan
    Khadeejah Hasmad baru je tulis kisah Obimin Untuk Ibu Mengandung, Perlukah?My Profile

    1. TehR says:

      dua tiga masak soya
      malam raya balik kampung jumpa bonda

  15. Nadot says:

    Sangat suka JArjit!! Pantun Jarjit yang paling saya ingat dalam episod yang doktor gigi datang:

    “Dua tiga gigi ada, Yang lain semua tak ada”

    Heheheh..
    Selamat Hari Raya! :)
    Nadot baru je tulis kisah Pengalaman Berpuasa 19 Jam di EdinburghMy Profile

  16. Jaymiee says:

    budak-budak main baling tin.
    selamat hari raya maaf zahir dan batin.
    Jaymiee baru je tulis kisah Cash Out Globaltestmarket kali kedua – paid survey onlineMy Profile

  17. Hero Borneo says:

    ada bas ada lori,
    jom salam adilfitri.
    Hero Borneo baru je tulis kisah 7 Rahsia Buat Orang Suka Kat KitaMy Profile

  18. Lynn™ says:

    Dua tiga si ikan todak…
    Ehh, 2 dah le. 3 tu tak ndak.
    Lynn™ baru je tulis kisah Entri terakhirMy Profile

  19. Hafizul says:

    Huhu..semua berpantun ekk..kelas gitu..kalau boleh, nak u turn balik masa mula2 raya..huhu
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-13 Panduan Menjahit BajuMy Profile

  20. hahaha jarjit … :) upin ipin
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Buat Apa Nak Boikot ?My Profile

  21. sejak kecik saya memang tak reti pantun. selamat hari raya tuan.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Tips Kurangkan Gemuk Air Dalam Masa SingkatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun