Pantun Dua Kerat Selamat Pagi

Sebelum ini kita pernah membaca Pantun Dua Kerat Sebelum Tidur khas untuk diSMSkan kepada kawan-kawan. Pernah juga membaca Pantun Selamat Pagi suatu ketika dahulu dalam bentuk empat kerat. Apa kata di pagi yang indah ini kita layan pula Pantun 2 Kerat Selamat Pagi. Lebih ringkas untuk hantar SMS kepada si dia. :D

Salam, selamat pagi,
Jangan lupa cuci gigi.

Salam ceria salam sejahtera,
Apa khabarnya orang di sana.

Kepada kawan-kawan yang liat untuk bangun pagi, yang payah untuk buka mata dan kawan-kawan yang lembik tak dapat angkat selimut, pantun dua kerat di bawah ini mungkin sesuai.

Hari baru cerita lama,
Cukup la tu buat taik mata.

Lepas mandi solat subuh,
Perintah Allah jangan tangguh.

Ada antara kita yang gemar bersarapan di luar. Di kedai kopi atau di warung. Dan pastinya tidak seronok untuk bersarapan seorang diri. Mahu juga ada kawan dan teman, kan?

Buka mata tutup lampu,
Tempat biasa aku tunggu.

Masuk tandas cuci muka,
Kopi panas masih ada.

Untuk ibu-ibu dan suri rumah juga ada pantun yang sesuai untuk dihantar kepada suami tersayang. Ada orang kata, cara SMS ni sebenarnya boleh menceriakan hati dan mengeratkan kemesraan. Bukan buang tebiat. Bukan!

Pergi kerja elok-elok,
Pulang nanti beli cencaluk.

Hati-hati abah memandu,
Balik nanti ummi tunggu.

Untuk mereka yang baru kahwin, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, ada pantun khas untuk mereka. Senang untuk hantar SMS kepada si dia walau pun si dia tersayang hanya berada di sebelah. :D

Pagi-pagi makan putu,
Malam tadi i mimpi u.

Pokok semalu bunga mawar,
Mandi dahulu sebelum keluar.

Apa kata kali ini kita pakat-pakat gunakan pantun dua kerat sebagai komen. Boleh? Gunakan teknik ‘bedal je’ yang pernah dipelajari suatu ketika dulu. Hehe…


Sementara tunggu kerja tetap buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Dua Kerat Selamat Pagi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. Travel-Zoom says:

    menarik juga pantun 2 kerat nie,

    bagun pagi masak maggi
    hai!, selamat pagi
    Travel-Zoom baru je tulis kisah Finding the Cheapest Flights to AsiaMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Malam Khamis puteri menunggu,
      Salam manis berhari minggu. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

    2. suri says:

      masak meggi mmg org suka..terutama bg org2 bujang heee..

      ahaii..selamat malam semua.. sb sy masuk blog ni malm2 heee
      suri baru je tulis kisah Hand Bouquet FabricMy Profile

  2. UmmiKami says:

    Mempelam harum berbuah tinggi,
    Assalamu’alaikum seindah pagi… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  3. UmmiKami says:

    Lagi laju buai berani,
    Pagi ku tuju sampai ke sini..hehe
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

    1. suri says:

      ni nak marah tak singgah ke blog saya huhu..
      suri baru je tulis kisah Cara- Cara Solat Sunat NikahMy Profile

  4. de engineur says:

    Pecah kaca pecah gelas,
    Lepas baca harap balas
    de engineur baru je tulis kisah Renewable energy FiT rates await Sabah state government nodMy Profile

    1. suri says:

      klu kaca tak pecah camner.. last bru thu tu plastik heee
      suri baru je tulis kisah Hand Bouquet FabricMy Profile

      1. Ummikami says:

        kalau plastic tak apa, tapi kalau bunga plastik macamne pula.. ;)
        Ummikami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  5. Hairul Azni says:

    Dua tiga kucing berlari,
    Jangan tidur sampai tengahari.
    Hairul Azni baru je tulis kisah Mari Berkenalan Dengan ISOMy Profile

    1. suri says:

      kalu tdo best juga tpi sah2 badan lemah segala sendi2
      suri baru je tulis kisah Kau Jangan Kacau Dia Lagi !My Profile

  6. kikiki…

    selamat petang….

    bestnye ada orang kejutkan bangun pagi :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah elvas dengan tukang kasutMy Profile

    1. suri says:

      mmg untung sb dah berkwin hee..klu ank2 yg kejutkan best gak
      suri baru je tulis kisah Cara- Cara Solat Sunat NikahMy Profile

  7. donnyien says:

    Hai bro..

    Dua tiga kucing berlari..
    Lama nya tak kemari… hehe
    donnyien baru je tulis kisah Pemeriksaan kesihatan pengalaman melucukanMy Profile

    1. Ummikami says:

      Kuini petola nona papaya,
      Donny pula di mana ya…. :D
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  8. amirulfaiz says:

    Pagi-pagi buka komputer
    update blog ker?
    :D

    1. suri says:

      pagi2 masih tdo lago jam 10.00 rasa mls buat sarapan heeee
      suri baru je tulis kisah Hand Bouquet FabricMy Profile

      1. Ummikami says:

        Kalau malas dan segan,
        nanti kena rotan… hehe
        Ummikami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  9. titan says:

    main pantun dua kerat plakk..

    1. suri says:

      tak der pantun satu kerat tau
      suri baru je tulis kisah Hand Bouquet FabricMy Profile

      1. Ummikami says:

        Betul tu.. :D
        Ummikami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  10. suri says:

    bangun pagi cuci muka, gosok gigi teros mandi..kata ank saya hee….dia suka sgt nnyi lagu ni
    suri baru je tulis kisah Hand Bouquet FabricMy Profile

  11. suri says:

    tetiba saya nak kata..

    selamat pagi cikgu!
    suri baru je tulis kisah Kau Jangan Kacau Dia Lagi !My Profile

  12. onlajer says:

    pagi – pagi mebuta kerjanya
    malam ini aku rush nak siapkan kerja
    onlajer baru je tulis kisah Alexa LagiMy Profile

  13. Wan Fauzi™ says:

    selamat pagi….
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Hukum & Fatwa Menyambut April FoolMy Profile

  14. dja@sishaza says:

    Buah jarak buah laici
    Lama x nampak,mana pergi ?
    dja@sishaza baru je tulis kisah AKIBAT OVER USAGE CPU SERVER LAGIMy Profile

  15. hafizmd says:

    Selamat pagi ambe ucapkan
    Buat cikgu tehramuan

    Berpagian menambah pintu rezki
    Moga ceria di pagi hari
    hafizmd baru je tulis kisah Jadual Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 6 Mac 2013My Profile

  16. Hafizul says:

    Cencaluk?sedap tuh..bak sini satu arr…hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

  17. ziziey11 says:

    2 3 kucing berlari ,
    kucing penat ^_^

  18. Bunga sekuntum dibawa bertandang
    Putih berseri harum baunya
    Assalamualaikum dan selamat petang
    Semoga hari ini sihat dan bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun