cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Pantun Dua Kerat Sebelum Tidur

Agak ramai yang mencari pantun sebelum tidur singgah di blog Tehramuan Dot Com. Kebetulan Mr Tehr memang ada menulis pantun berkaitan tidur ini dalam beberapa entri yang lalu. Malam ini, Mr Tehr ambil peluang cuba catatkan rangkap-rangkap pantun dua kerat sebelum tidur. Lebih senang untuk dihantar melalui sms. :D

Tutup lampu buka kipas,
Mimpi hantu sesak nafas.

Tutup tingkap buka pintu,
Hampir siap untuk beradu.

Ambil tikar bantal peluk,
Perut lapar mata ngantuk.

Tepuk bantal tarik selimut,
Badan gatal digigit semut.

Selamat malam i love you,
Mata pejam nampak kamu.

Sebelum tidur sms dahulu,
Bila berdengkur terlupa kamu.

Nak berborak kredit tak ada,
Hanya dapat sms sahaja.

Ngantuk mata tak tahan lagi,
Nanti jumpa kat dalam mimpi.

Mata terbuka badan telentang,
Tidur berdua mimpi seorang.

Selamat malam untuk semua,
Maafkan kesalahan siapa sahaja.

Pesan orang lama, cuci kaki sebelum tidur. Sebarang kotoran yang terdapat pada tapak kaki dapat dibersihkan dan dapat pula kekalkan kebersihan tempat tidur.

Pesan ustaz, baca doa sebelum tidur kerana tidur juga adalah satu ibadat. Tak perlu buat apa-apa, dengan hanya tidur sahaja sudah mendapat pahala. Bukan hanya dapat kumpul tahi mata atau buat peta air liur basi sahaja.

Doa sebelum tidur:

doa sebelum tidur

Maksudnya : Dengan nama-Mu ya Allah aku dihidupkan dan aku dimatikan.


Sementara tunggu kerja tetap buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Dua Kerat Sebelum Tidur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



20 Comments

  1. kata org tua.. kalo tak basuh kaki nanti mengigau…
    tapi tujuan sebenar utk katil tak kotor supaya org tua tak penat nak basuh cadar…

    jumpa dalam mimpi bro…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Tips Cara Menyuburkan Pokok dan Tanaman Dari Emak | Nak Tengok Halaman RumahkuMy Profile

  2. zool says:

    bagus kalau baca doa sebelum tidur tu
    zool baru je tulis kisah Resipi Kejayaan Pasukan bolasepak KelantanMy Profile

  3. akubiomed says:

    Sebelum tidur pun sempat berpantun. Kelaslah. :-)

  4. yas says:

    Pelik juga bila ramai yg cari pantun sebelum tidur…apa derang ni layan pantun ka??…hmm….:)
    yas baru je tulis kisah Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2My Profile

  5. Lepas ni kena buat pantun lepas bangun tidur pulak ni bro.. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah KFC Zinger Double DownMy Profile

    1. donnyien says:

      setuju..
      donnyien baru je tulis kisah Happy Birthday Alysha!My Profile

  6. ROJAK says:

    sudah pagi bangun pagi
    bangun pagi sarapan pagi

    hahaha tu dia pantun bangun pagi
    ROJAK baru je tulis kisah Legoland MalaysiaMy Profile

  7. donnyien says:

    Doa sebelum tidur memberikan kita keyakinan untuk bangun di pagi hari.. terima kasih pantun tidurmu bro.
    donnyien baru je tulis kisah Happy Birthday Alysha!My Profile

  8. Juan says:

    terima kasih dengan pantun nasihat itu, sebelum tidur baca doa dan cuba memaafkan kesalahan org lain
    Juan baru je tulis kisah Realiti dan Fantasi – Diskaun, Subsidi, Negara KebajikanMy Profile

  9. azwan says:

    aku sebelum tidur dah menjadi tabiat sejak beberapa lama ni, main PSP dulu. sampai lah PSP tu terlepas dari atas tangan. selalu gak kena bebel dengan orang rumah, nak tido pun main game lagi
    azwan baru je tulis kisah Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 Yang HebatMy Profile

  10. mie says:

    lama xsinggah sini…
    tumpang baca doa tidur sekejap..
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #17 Special Road Sign In TaiwanMy Profile

  11. de engineur says:

    Semalam tertidur, tak t’bangun pagi 2.45 utk tengok MU lwn Braga. Apalah nasib Alarm Bell tak bunyi…adoiii..

    Ada pantun utk bangun tanpa alarm ke?
    de engineur baru je tulis kisah How do you define nervous?My Profile

  12. maza says:

    doa itu jugalah jadi amalan kami anak beranak..
    mau doa panjang2 mata dah tak larat dah.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Malam Pesta Ria KuantanMy Profile

  13. wmhafiz says:

    Yang susah tidur, bolehlah repeat pantun tu berulang kali sampai terlelap, haha.
    wmhafiz baru je tulis kisah Spesifikasi dan Harga | Apple iPad mini Dilancarkan Secara RasmiMy Profile

  14. Hafizul says:

    hahaha..suka pantun tidur ni….kalau berpantun depan isteri sy ni, mesti dia gembira..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Produk Atau Perkhidmatan Yang Di Ingini Daripada Eizil NetworkMy Profile

  15. Naziman says:

    Dua-dua pesan perlu ikut, pesan orang lama dengan ustaz. Baru lah baik.
    Naziman baru je tulis kisah Cadangan dan Kritikan untuk menambah baik Eizil.comMy Profile

  16. shraqs says:

    Banyak koleksi Mr Tehr pantun nak tidur ni. Kreatif!
    shraqs baru je tulis kisah 10 WordPress Theme Minimal, Responsive Dan FreeMy Profile

  17. Khidhir says:

    doa hafal. cuma lupa nak baca je. hehe
    Khidhir baru je tulis kisah 2 User Profile Dalam 1 FirefoxMy Profile

  18. Bro Zulkbo says:

    salam..
    nak kena amal doa ni
    mana tahu tidur tak
    bangun lagi nanti
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Semak Lokasi Kem PLKN Sesi Tahun 2013 SMS Dan OnlineMy Profile

  19. Ying Ang says:

    sangat baik

    menolong banyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar