Pantun Dua Kerak

Kerak? Ni mesti pasal kerak nasi ni. Korang pernah makan kerak nasi? Aku sendiri tak pula ingat sama ada pernah makan atau tidak kerak nasi, tapi kalau kerak bubur asyura pernah juga aku makan masa budak-budak dulu. Sedap.

Ada peribahasa yang berbunyi; ‘Ada kerak, ada nasi‘. Korang tahu apa maksud peribahasa ni?

kerak nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; Kamus Dewan Edisi Keempat

Nasi sama ditanak,
Kerak dimakan seorang;
Sama-sama tebas semak,
Hanya kamu yang senang.

pantun 2 kerakDulu-dulu, orang kampung menggunakan dapur kayu atau dapur minyak tanah untuk memasak nasi. Sering pula terjadinya kerak dalam periuk nasi. Lagi lama terlupa nak padamkan/kecilkan api, lagi tebal kerak dalam periuk. :D

Ada kerak, ada nasi‘ = Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.

Makan sate dan nasi himpit,
Terlebih makan perutku sakit.

Eloklah makan nasi bubur,
Sesuai untuk orang kebulur.

Nasi goreng dibubuh kicap,
Perut dah lapar apa pun sedap.

Sesekali makan nasi lemak,
Bolehlah makan banyak-banyak.

Nasi kunyit pulut kuning,
Bau hangit kepala pening.

Nasi pulut bawa ke bendang,
Masuk ke mulut perut kenyang.

Nasi ayam masak sendiri,
Makan bersama anak isteri.

Nasi beriani beli di kedai,
Nak masak sendiri tak pandai.

Nasi minyak di majlis kenduri,
Makan banyak semuanya free.

Kalau makan nasi kukus,
Tak habis makan boleh dibungkus.

Kalau diberi nasi tumpang,
Tak habis makan jangan dibuang.

Nasi dagang di pagi raya,
Tetamu datang menjamu selera.

Terpikat hati nasi kerabu,
Hari raya haji berkorban lembu.

Melebihkan adat berbanding ibadat,
Memang selamanya tak dapat berkat.

Pantun dua kerat berkaitan nasi. :D Negara kita Malaysia tercinta ni memang kaya dengan nasi. Boleh dimasak sendiri dan boleh juga didapati di restoran atau gerai tepi jalan. Kalau di Kelantan ni, sebelum naik mentari, nasi dah pun siap untuk jualan. Macam-macam jenis nasi pun ada.

Begitulah kayanya negara kita, hinggakan ada yang ditimpa berbagai penyakit kronik kerana terlebih makan!

Nasi kangkang nasi tangas,
Celah kangkang ketika panas;
Jampi serapah dibaca lekas,
Suami tersayang diikat kemas.

TehrDemikian kisah 'Pantun Dua Kerak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. hahaha..ada juga keyword macam tu yg sangkut
    blogger lelaki baru je tulis kisah Demi MasaMy Profile

    1. TehR says:

      ada macam2 keyword yang tersangkut
      mungkin salah taip
      mungkin juga dia memang maksudkan pantun kerak nasi

  2. Mak Lagenda says:

    hahaha..aritu pantun 2 kera kan?? Ini kali pantun 2 kerak la pulak! :)
    Mak Lagenda baru je tulis kisah BALIK ASRAMA,PIZZA & MEATBALL IKEAMy Profile

    1. TehR says:

      walau hanya beza 2 huruf
      maksudnya sangat berbeza, mak
      jauh sangat

  3. pahan says:

    mesti ni mesti ada keyword keraaak. hehe.

    Nasi kangkang nasi tangas,
    Celah kangkang ketika panas;
    Jampi serapah dibaca lekas,
    Suami tersayang diikat kemas.

    macam mantera je bunyinya.ahaha
    pahan baru je tulis kisah Bonus – Segmen Kau bertanya Kami menjawabMy Profile

    1. TehR says:

      mentera?
      jangan la ada orang yang ambil pantun ni jadikan jampi serapah :D

  4. akubiomed says:

    Ada kaitan dengan pendapatan seseorang. Lagi besar pendapatannya lebih besar keraknya.

    1. TehR says:

      yups, memang biasa tu
      jangan terlebih kerak dari nasi dah la

  5. mohdridzwan says:

    Wakakakaka…dari keyword trus menjadi entry.
    Terbaik la bro. Inspirasi utk ambe bagi entry akan datang…
    mohdridzwan baru je tulis kisah Jiwangkah ANDAMy Profile

    1. TehR says:

      salah satu cara senang untuk menulis
      tak perlu nak copy paste entri blog orang :D

  6. suri says:

    ingtakan saya makan kerak nasi..rugi tak tambah nasi dari awal last dpt makan kerak nasi jer
    suri baru je tulis kisah Cara Teknik Membawa Kawan Ke Rumah NenekMy Profile

    1. TehR says:

      rezeki dapat makan kerak tu, suri
      dapat juga pengalaman makan kerak nasi

  7. Hafizul says:

    Hahaha..terima kasih bro..sy cukup terhibur..emm kerak nasi memang sedap..lrg tua kata buat ubat kuat..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Duka Di AidiladhaMy Profile

    1. TehR says:

      ubat kuat?
      kuat makan je la :D

  8. zool says:

    best juga makan kerak nasi kan
    zool baru je tulis kisah Teknik dalam Pengucapan AwamMy Profile

  9. hafidz™ says:

    Jauhi la Nasi Kangkang.
    Fuh~ huhuhu
    hafidz™ baru je tulis kisah Jersi Johor 2013 (Home)My Profile

  10. hafiz says:

    Nasi kangkang tu yang bahaya sekali tu..
    hafiz baru je tulis kisah Seronoknya mandi kolamMy Profile

  11. dja@sishaza says:

    Sedap apa makan kerak nasi…emak selalu marah kalau makan kerak nasi. Katanya nanti jadi degil
    dja@sishaza baru je tulis kisah PETUA HILANGKAN PANAS BADANMy Profile

  12. Lyn™ says:

    Sadis-sadis pantun kali ni. Paling tak tahan pantun paling last….
    Waduh, yang itu dibaca…meriding bola roma ku.
    Lyn™ baru je tulis kisah HOMESCHOOLING / PERSEKOLAHAN DI RUMAHMy Profile

  13. adikensem says:

    Bahaya betul nasi kangkang. Geli betul
    adikensem baru je tulis kisah Pengalaman Pertama Cabut Undi Rumah Alam Prima 2 Shah Alam SPNBMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun