Pantun Dua Kera

Dua kera? Kera adalah sejenis binatang seperti monyet yang biasanya berekor panjang. Macacus cynomolgus. Dalam hikayat lama memang ada peranan kera dalam masyarakat. Kawan masa kecil dulu juga ada yang bela kera. Saja-saja buat mainan.

Bagai kera diberi bunga,
Tak bernilai tak berharga.

Seperti kera kena belacan,
Sangat gelisah tak keruan.

Kalau monyet menjadi kera,
Sampai bila pun tak ada beza.

Janganlah seperti kera sumbang,
Hidup sendiri tak campur orang.

Selak kera kalau terjadi,
Pengsan seperti orang mati.

pantun 2 keraAnak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebulur tak makan. Banyak perumpamaan dan peribahasa yang berkaitan dengan kera atau monyet dalam kehidupan masyarakat Melayu kita. Adakah ini bermakna kita orang Melayu macam kera? Ada orang Melayu yang teringin nak jadi kera? Atau kita masih dipengaruhi oleh budaya lama?

Anak monyet si anak kera,
Melompat suka di atas dahan;
Otak dah senget akal tak ada,
Dapatkah merasa manisnya iman.

Padi pulut di tepi hutan,
Dimakan kera dengan babi;
Hati perut diganggu syaitan,
Iman dan taqwa tidak sebati.

Mungkin juga ada pengunjung hanya mahu mencari pantun 2 kerat. Bukan pantun 2 kera. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Dua Kera' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. Hahaha. Macam mana boleh hilang ‘T’ tu. Habis jadi kera.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Membeli Kasut JoggingMy Profile

  2. titan says:

    haha..ada gak pantun jenis macam ni ekk..
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 68My Profile

  3. mie says:

    kenapa kera gelisah bila kena belacan?
    dari dulu tertanya2..
    ehehehehee
    mie baru je tulis kisah POP! Hotel Teuku Omar Denpasar BaliMy Profile

  4. UmmiKami says:

    Diusung kera bawa berlari,
    Setangkai keranji buahnya kelat;
    Tudung lycra lawa bak puteri,
    Dipakai mengaji sama bersolat.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tudung Oh Tudung….My Profile

  5. UmmiKami says:

    Mengapa kera memetik bunga,
    Bunga layu kelopak tak segar;
    Mengapa suara bisik di telinga,
    Telinga kayu tidak mendengar… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tudung Oh Tudung….My Profile

  6. Dalam kopi tak ada gula
    Kawe memang cari pantun dua kera…

    Errr ada tak?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Purple MangosteenMy Profile

  7. Sengal jugak kadang tengok keyword-keyword ni. Entah mende-mendelah yang ditaipkannya. Hehehe
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah GST akan Buatkan Rakyat Jadi Lebih Peka terhadap Bajet NegaraMy Profile

  8. Joe says:

    Ingatkan typing error tadi.. haha
    Banyak betul idea menuis pantun ye..
    Joe baru je tulis kisah Komisyen Ke-39 Dari JobdirumahMy Profile

  9. suri says:

    kera ada bawa lari makana kami masa tu kami duduk kt pondok rehat dia kebas makan kat anak bawa lari minuman botol sekali
    suri baru je tulis kisah Panduan Menjaga Dan Merawat Pokok Bunga RosMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Kat kampung Ummi dulu, kera kebulur bawak lari bekas kuih bahulu….hehe….

  10. fiezaradzi says:

    tersalah atau terlupa eja, lain maksudnya..

    kera sgt glamer masa sekolah dulu..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Cara Dapatkan Parking Kereta Dengan MudahMy Profile

  11. Hafizul says:

    Hehe..kera pun ada pantun gak ekk?terbaik lah..haha..jangn jadi kera sumbang ye kawan2..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

  12. Irwan Alessa says:

    hehehehe.. mungkin huruf T dia hilang.. kot :)
    Irwan Alessa baru je tulis kisah Markah SEOMy Profile

    1. Hafizul says:

      Haha..tak mungkin hilang bro..hahahaha
      Hafizul baru je tulis kisah Apabila Terlebih Aura JobdirumahMy Profile

  13. papa mifz says:

    terlupa tekan butang “T” lah tuh nampaknya…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Pengalaman di Legoland MalaysiaMy Profile

  14. Mak lagenda says:

    Tu nak cari pantun kera or nak cari pantun dua kerat tu?? ekeke..last2 terpaksa la tehr buatkan pantun kera utk si pencari pantun tu ya.

    Bagus tehr nih..memenuhi pemintaan kata org!
    Mak lagenda baru je tulis kisah PENGGILA SEAFOOD DI BAGAN LALANG!!My Profile

  15. akubiomed says:

    Selalu perkara atau perbuatan tidak baik akan dirujuk seperti berperangai kera.
    akubiomed baru je tulis kisah Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatifMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun