Pantun Dalam Kotak Komen

Nak tak nak korang mesti percaya, ramai blogger yang boleh dan pandai menulis pantun. Walau pun ramai yang kata tak pandai berpantun, tapi apa yang aku perhatikan pada komen-komen dalam blog ni, nampaknya ramai yang memang tahu cara menulis pantun.

Mari kita lihat pantun-pantun dalam kotak komen blog ini sepanjang bulan Ogos lepas.

Jalan-jalan ke Pantai Tok Bali,
Ingin ku temu cikgu di sana;
Apakan daya masa mencemburui,
Kekalkan silaturahim cara kita. – [Azura]

Teratak Tok Aki menghala ke busut,
Sampai berhari tempias pasir,
Teratak bertutup bersapu arang;
Otak di kaki akal di kasut,
Andai sendiri malas berfikir,
Kelak hidup ditipu orang. – [UmmiKami]

Azura dan UmmiKami antara rakan blogger yang sering meninggalkan pantuk dalam kotak komen blog ni. Bagi aku 2 orang ni memang pandai menulis pantun. Kadang-kadang aku sendiri rasa sukar juga nak jawab dan balas pantun mereka.

Bapak ayam turun dua ekor,
Ditangkap seekor tinggallah dua;
Sori Pantun kawe agak berterabur,
Sekadar nak ucap Selamat Hari Merdeka. – [Ismail N]

Tandas duduk tandas selesa,
Tandas cangkung tandas lawas;
Sama – sama guna,
Sama-sama bilas. – [Onlajer]

Contoh pantun lucu dari Ismail N dan Onlajer. Walau pun hanya sesekali sahaja menulis pantun, tapi pantun mereka berdua ni menjadi dan aku suka baca. Selamba saja. Pantun lawak atau pantun jenaka macam ni memang tak perlu sangat nak ikut syarat jumlah suku kata dalam setiap baris.

Berlari ke toilet tergesa-gesa,
Beralas kaki dengan selipar;
Tandas cangkung paling selesa,
Mudah meneran, mudah keluar. – [Manan Qayyim]

Catatan antara dosa dan pahala,
Pilihan ada di tangan sendiri;
Kenyang dan letih berziarah di Hari Raya,
Tanda siratulrahim masih di hati. – [Lynn]

Menulis pantun sekadar untuk berhibur bukan perlukan kita ikut syarat 100%. Sedikit sebanyak terlebih dan terkurang tak jadi masalah, asal saja masih kelihatan dan berbunyi seperti pantun. Bunyi rima akhir yang berselang seli tu yang penting. Itu yang perlu diperhatikan, diutamakan dan dipastikan.

Santun bukan sebarang santun,
Bentang tikar duduk berlunjur;
Pantun bukan sebarang pantun,
Pantun sekadar untuk berhibur.

Cara mudah menulis pantun? Ya, sebenarnya aku memang ada cara mudah untuk menulis pantun. Aku galakkan korang menggunakan cara ini kerana aku sendiri sering juga amalkan teknik ini. Aku guna teknik belasah saja.

TehrDemikian kisah 'Pantun Dalam Kotak Komen' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. Mohd Shubhi says:

    Lemah dalam bab pantun ni…nak cepat terus ke tujuan saja..hehehe kurang seni agaknya
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Panduan letak jawatan dan berniagaMy Profile

  2. titan says:

    gua mana reti pantun-pantun ni. haha..
    titan baru je tulis kisah Macam mana nak dapat event dan review berbayar?My Profile

  3. akubiomed says:

    Saya kalau hendak tulis pantun perlu perah otak yang berkarat.

  4. Pecah kaca pecah gelas
    Lepas baca harap balas
    .
    .
    ..Kira pantun jugak ka tuh?
    de engineur™ baru je tulis kisah Calculating power factor from electricity meter readingMy Profile

  5. Ismail N says:

    Marang perapu sepunden marang sekaper
    Bukak blog pantun ler kawe dan OnLajer…
    Ismail N baru je tulis kisah Top 7 Places worth Visiting in MalaysiaMy Profile

  6. fiezaradzi says:

    sekali sekala tu boleh le kot, kadang2 tak reti nak balas semula.
    sebab tak perah otak sungguh2 kot.. nanti kena pergi kelas belajar pantun semula..

    tetiba macam pantun.. hehe
    fiezaradzi baru je tulis kisah Tempat Menarik di Pulau PinangMy Profile

  7. Hafizul says:

    Wahhh ada bakar tersirat ekk diorang ni..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #67 – Pendapatan Ke 19 Dari JobdirumahMy Profile

  8. Mak Lagenda says:

    Pisau tumpul perlu di asah,
    Perlu di asah dengan batu
    Jangankan kata teknik belasah
    teknik merapu pun belum tentu!!

    Aci kira pantun x nih tehr?

  9. Lynn™ says:

    Anak saya bernama Farah
    Suka makan bersila panggung
    Ehh…nama saya pun ada di sini
    Menyelusur budaya pantun sambil sekali sekali membelasah
    Ada yang terasa ….memang panas punggung
    Cikgu…, betul ke pantun 6 kerat ni ?
    Lynn™ baru je tulis kisah Just my 20 cents ………..My Profile

  10. Cikgu Hairul says:

    Berpantun dalam kotak komen, walaupun tak indah biarlah nampak cantik. Saya cukup kagum dengan orang dulu-dulu yang boleh buat pantun spontan. Sekarang ni mengadap PC punya la lama. Nak siapkan pantun 4 kerat pun susah.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Apple Melampau! iPhone 5S Pencuri Maklumat SulitMy Profile

  11. kakiblog says:

    pantun perlukan kosa kata yang banyak..kalau banyak senang nak karang supaya lebih cantik dan menarik
    kakiblog baru je tulis kisah 5 Asas Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang BerjayaMy Profile

  12. Rina says:

    Kalau pantun terus terang saya tidak bisa sama sekali…
    Rina baru je tulis kisah Create Dynamic XML RSS Feed / Sitemap File Using PHP And MYSQLMy Profile

  13. Memang surrender awal-awal. Tak pandai nak berpantun ni. Hehe.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Bersiaran Dari Pulau PinangMy Profile

  14. Alynn says:

    waahh…hebatnya blogger kita ni berpantun yer…
    Bangun pagi gosok gigi,
    Basuh kaki teruslah mandi,
    Makan roti cicah air kopi,
    Pergi keje jalan kaki,
    Ini kerana minyak tak de dalam tangki,
    saje nak ucap selamat pagi…

    aci tak pantun ni..hahhaha
    Alynn baru je tulis kisah Tips KurusMy Profile

  15. Nizahussien says:

    nice

  16. sensasi2020 says:

    Hidup beramalan sopan santun,
    Mengikut adat orang tua,
    Pantun bukan sebarang pantun,
    Pantun jenaka hati ketawa.
    sensasi2020 baru je tulis kisah 5 Jenama Telekung Popular Di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun