Pantun Cuti Sekolah

Cuti sekolah datang lagi serentak dengan masa yang berlalu pergi dan pastinya tidak akan kembali lagi. Selamat bercuti. Korang dah lihat Takwim Persekolahan 2013, kan? Bila tiba musim cuti sekolah ramai yang seronok. Pelajar, guru, ibu bapa, tukang sapu, jaga… Agak-agak siapa yang paling seronok?

Menuai padi di tengah huma,
Turun ke sumur mencuci kaki;
Selamat bercuti untuk semua,
Panjang umur berjumpa lagi.

Kalau ada telaga di ladang,
Mengapa dibiar kerbau mandi;
Kalau ada masa dan peluang,
Mengapa dibiar terlepas pergi.

Di awal pagi hujan mencurah,
Di tengah hari terang cahaya;
Bila bercuti tidak ke sekolah,
Tugasan diberi jangan dilupa.

Di dalam pasu pohon keladi,
Di luar pasu kemuncup berjaga;
Biar berminggu sekolah bercuti,
Beg dan buku jangan dilupa.

Pohon tanjung di tepi padang,
Pohon sirih di belakang kelas;
Tiadalah hujung hadir peluang,
Asalkan gigih bukannya malas.

Musim cuti sekolah adalah juga musim kenduri kahwin, musim balik kampung dan musim jalan-jalan makan angin. Juga peluang untuk membuat kerja sambilan di rumah. Tapi jangan pula dibuat-buat lupa jadual kelas tambahan dalam cuti, ya cikgu-cikgu. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Cuti Sekolah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. ciklaili.com says:

    selamat bercuti…

    * cuti sambil menanda kertas periksa. huhu!
    ciklaili.com baru je tulis kisah Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013My Profile

    1. TehR says:

      betul jugak tu
      pelajar sekolah menengah baru je selesai ujian

      selamat bercuti
      tak gi jalan2 ke?

  2. selamat bercuti.. :)
    blackrosehunter baru je tulis kisah Lalat dan Penyakit- Rasulullah dan SaintisMy Profile

    1. TehR says:

      terima kasih, bro :D

  3. onlajer says:

    yeah selamat bercuti tehr sekeluarga
    onlajer baru je tulis kisah MUAFIQ DAN MASBUKMy Profile

  4. Dah mula bercuti :) Selamat bercuti… :)
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Abaikan DiGi WWWOW AwardMy Profile

    1. suri says:

      bercuti bawa anak jalan2 mandi manda, balik kg ok juga
      suri baru je tulis kisah Adakah Perempuan Akan Cari Balik Kekasih Lama DiaMy Profile

  5. hafizmd says:

    terengganu indah kampunglah hamba
    penang cantik kampunglah isteri
    balik kampung sudahlah biasa
    seronoknya memang tak terperi
    hafizmd baru je tulis kisah Kelantan vs Terengganu & Johor DT vs Pahang:Live Streaming Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FAMy Profile

    1. TehR says:

      Terengganu indah di timur negeri,
      Kelantan negeri serambi Mekah;
      Saingan Piala FA malam nanti,
      Siapa menang siapa yang kalah.

  6. hafizmd says:

    selamat bercuti cikgu tehramuan…

    byk ke kelas tambahan time2 cuti cmni?
    hafizmd baru je tulis kisah Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!My Profile

  7. Blog Bahrain says:

    jadi pelajar bestlah dapat cuti panjang, nie kerja mananya nak dpat cuti 2 minggu macam pelajar..
    Blog Bahrain baru je tulis kisah Perkara Yang paling Tidak disukai Apabila Menyertai SegmenMy Profile

  8. HafizAmri says:

    selamat bercuti.. boleh lah rilex2 time cuti kan.. hehe
    HafizAmri baru je tulis kisah Cara Memujuk Hati SendiriMy Profile

  9. akubiomed says:

    Anak-anak bakal meraikan kemerdekaan mereka dirumah. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Drama king di Acer & Intel “PLAYsure Redefined” PartyMy Profile

    1. suri says:

      tak bawa dia ke rumah nenak atau atok dia ker
      suri baru je tulis kisah Sejujurnya Aku Memohon..My Profile

  10. Padin says:

    hehee biasanya kalau cuti berminggu2 pon kerja sekolah mesti hari last jugak buat, :D
    Padin baru je tulis kisah Peminat Die-Cast ModelMy Profile

  11. mrhanafi says:

    anak2 cuti…riuh rendah kat rumah..kepada para cikgu terutama bro tehr selamat bercuti..rajin2 lah blogwalking
    mrhanafi baru je tulis kisah Mesti Baca! Jika Sayangkan Jantung Anda (I)My Profile

  12. sayangnya bekerja takdak cuti 2 minggu…

    hehe…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah mo-ment-o ; an object kept as reminderMy Profile

  13. munir ardi says:

    salam pertama kali terjah disini, masa bercuti adalah masa yang paling ditunggu
    munir ardi baru je tulis kisah Hasil Akhir Result Show X-Factor Indonesia Season Pertama Fatin jadi JuaraMy Profile

  14. titan says:

    no more kelas tambahan. haha
    titan baru je tulis kisah 9 Bulan punya komisen.My Profile

  15. UmmiKami says:

    Salam Sabtu…

    Mati kelah dibelah dada,
    Ikan beku rendam sehari;
    Cuti sekolah rehatlah minda,
    Simpan buku dalam lemari. ;D

  16. UmmiKami says:

    Pantun dua kerat,
    Hamba nak cepat.. :D

    Cuti sekolah sudahlah tiba,
    Pulang kampung melawat nenda.

  17. Dja@SisHaza says:

    …tunggu habis kelas tambahan, baru betul2 seronok :D Selamat bercuti cikgu Teh
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah BAKA KUCING BENGALMy Profile

    1. suri says:

      lepas habis kelas tambahan bolehlah merdeka yer
      suri baru je tulis kisah Sejujurnya Aku Memohon..My Profile

  18. ProfHariz says:

    Kejap je dah cuti sekolah. Tak sedar pula lama tak follow kalendar.
    ProfHariz baru je tulis kisah Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !My Profile

    1. suri says:

      sama le dg saya..sy tahu sb dpt surat dri cikgu dlm beg anak
      suri baru je tulis kisah Sejujurnya Aku Memohon..My Profile

  19. Hafizul says:

    Wahhh selamat bercuti bro..seronok ahh dapat bercuti..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Kenapa Harus Sedih Bila MiskinMy Profile

    1. suri says:

      Dua minggu mana2 pun boleh pergi
      suri baru je tulis kisah Sejujurnya Aku Memohon..My Profile

  20. eiela says:

    cuti sekolah nih duduk rumah sahaja, ramai yg balik
    eiela baru je tulis kisah Tips Menghilangkan Lebam Bawah MataMy Profile

    1. suri says:

      sy ada juga gi jalan tapi skli jalan jer tgok ank sedara belah suami tu blh jalan2 skit
      suri baru je tulis kisah Sejujurnya Aku Memohon..My Profile

  21. suri says:

    nak berkelah tpi takut kena kencig tikus,,nak book hotel suami pula kerja hua,,,
    suri baru je tulis kisah Sejujurnya Aku Memohon..My Profile

    1. amirah says:

      biasa lah tu keje overtime

  22. amirah says:

    burung kenik-kenik
    atas pokok duku
    pesan datuk nenek
    rajin-rajin baca buku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun