Pantun Cikgu Blogger

Hari ini aku tulis Pantun Cikgu Blogger sebagai ucapan selamat kembali ke sekolah untuk para cikgu kita. Agak ramai juga cikgu-cikgu kita yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Mereka memang tak jemu-jemu menulis di samping mencurahkan ilmu. Tahniah dan terima kasih cikgu!

Pantun Cikgu Blogger

Cikgu Dahlia cikgu perempuan,
Cikgu Naman pula cikgu lelaki;
Punya masa boleh jalan-jalan,
Ke blog cikgu membaca entri.

Dja@SisHaza sudah berpunya,
Cikgu Titan masih bujang lagi;
Ada ketikanya tak punya masa,
Tinggal bersawang blog sendiri.

Aku mengajar di sekolah rendah,
Cik Tom pula di sekolah tinggi;
Di awal pagi embun di redah,
Pulang petang atau  tengahari.

Cikgu Hairul lelaki periang,
Norazimah pula wanita ayu;
Ko-kurikulum di sebelah petang,
Sesekali terbabas ke hari minggu.

Shameel iskandar juga cikgu,
Suka mengembara di alam ini;
Sebelah malam periksa buku,
Atau mengadap blog sendiri.

Pantun Cikgu BloggerSebahagian blog milik cikgu-cikgu ini ada yang biasa aku kunjungi. Ada sebahagiannya pula agak kurang aku tinggalkan komen. Dan ada juga blog yang aku tidak tahu pemiliknya bekerja sebagai apa. Guru atau bukan guru. :D

Apa pun harap korang dapat jenguk-jenguk mereka. Pasti ada sesuatu yang menarik untuk korang di sana.

 

TehrDemikian kisah 'Pantun Cikgu Blogger' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


37 Comments

  1. sud@is says:

    bukan cgu ble tumpang sekaki
    datang pagi kadang petang
    bakti cgu hebat sekali
    tanpa cgu siapa PM sekarang
    sud@is baru je tulis kisah dia datang lagiiiiii……My Profile

    1. hafizmd says:

      terbaiklah bro!

      mmg tanpa cikgu, kita tak bisa kenal abc…terima kasih cikgu!
      hafizmd baru je tulis kisah Mom Blogger Top Referral ContestMy Profile

  2. Hafizul says:

    Hehe..suka la tu cikgu-cikgu blogger semua dapat pantun..haha..semoga sabar sentiasa melayan kerenah anak murid yang geliga…hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Luahan Hati Seorang AyahMy Profile

  3. kimmie says:

    ramai rupanya cikgu – cikgu yg jadi blogger. Dah lama betul tak singgah kat sini.
    kimmie baru je tulis kisah Hari Pertama di tahun 2014My Profile

  4. suri says:

    bila sebut nama guru terus ingat nama guru saya sekolah rendah, sekolah agama dan sekolah menengah heeee
    suri baru je tulis kisah Hadiah Menyegat Cara Membuat Bun Pau Dan Pizza Dengan Selamber JerMy Profile

  5. suri says:

    selamat berjumpa denga cikgu baru ya…untuk anak-anak mula masuk sekolah baru
    suri baru je tulis kisah Hadiah Menyegat Cara Membuat Bun Pau Dan Pizza Dengan Selamber JerMy Profile

  6. kakiblog says:

    yang pasti saya bukan guru..

  7. mie says:

    cita2 nak jadi cikgu..
    tapi tak kesampaian…
    ramai juga cikgu blogger ye..
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Review Top 5 Entry Tahun 2013My Profile

    1. kakiblog says:

      kalau macam tu..jadi master blogger ..boleh ajar orang cara blogging yang hebat!
      kakiblog baru je tulis kisah Berguru Dengan Juara Contest SEO EridyMy Profile

  8. Musim persekolahan baru bermula bermakna cabaran baru bagi guru-guru pada tahun ini juga baru bermula. Semoga para guru tabah menghadapi cabaran dunia pendidikan.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Perihal Kerusi SekolahMy Profile

  9. de engineur says:

    Satu dua tiga dan empat
    Lapan tujuh enam dan lima,
    Kalau sembilan aku tak dapat
    Lompat ke sepuluh pun aku terima

    heheh..lulus tak pantun saya cikgu?
    de engineur baru je tulis kisah Sustainable Supertree Grove at Gardens by the BayMy Profile

  10. Cik Siti says:

    Camar pulang dengan berlagu,
    Bila sinar hilang cahaya,
    selamat berjuang wahai cikgu,
    Untuk anak semoga berjaya.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kata Hati….My Profile

  11. Syok Bola says:

    Nasi lemak di bekas kaca,
    Sambil melihat si kunang-kunang,
    Awal sekolah ku diajar membaca,
    Jasamu tetap akan ku kenang…

    Lulus tak pantun ni.. :)
    Syok Bola baru je tulis kisah Messi sudah sedia gempurMy Profile

  12. Ismail N says:

    Ramai betul cikgu blogger wehh.. Boleh buat persatuan cikgu blogger nih..
    Ismail N baru je tulis kisah Guest Blogging Yang Tidak MenjadiMy Profile

    1. Dja@SisHaza says:

      Saya setuju sangat heheh
      Dja@SisHaza baru je tulis kisah 2014 TAHUN PENAMBAHBAIKANMy Profile

      1. suri says:

        ada buatlah satu bumbung.pastu buat pula blogger berjawatan HR, ngeeeeee
        suri baru je tulis kisah Sejuk, Seram Berendam Sagil Bak Puteri Gunung LedangMy Profile

  13. Dja@SisHaza says:

    laman sesawang bersawang-sawang tu memang tak dapat nak dielakkan :-D tapi cikgu juga manusia biasa. Ada hati menjadi blogger… err by the way, terima kasih ye cikgu untuk free backlink ni & selamat kembali bertugas
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah 2014 TAHUN PENAMBAHBAIKANMy Profile

  14. akubiomed says:

    Ramai cikgu-cikgu didalam pantun yang saya kenal. Masing-masing mempunyai kemahiran tersendiri.
    akubiomed baru je tulis kisah Top Komentator bulan DisemberMy Profile

  15. ajumohit says:

    pok amai2 belalang kupu2
    belajar pandai2 sampai boleh masuk u

    ok tak ;)?
    ajumohit baru je tulis kisah Hari pertama persekolahan sesi 2014My Profile

  16. anuar says:

    Ramai juga blogger yang bekerja sebagai cikgu ni rupanya. . Boleh lah saya belajar ilmu menjadi cikgu yang berjaya daripada mereka. .
    anuar baru je tulis kisah Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% SetahunMy Profile

  17. Padin says:

    hehee, selamat bertugas semula cikgu2.. :D

    1. suri says:

      cikgu esok dah boleh cutikan ayuh kita pergi bercuti

  18. UmmiKami says:

    Salam berpantun khusus buat Cikgu Teh dan cikgu-cikgu blogger yang dihormati… :)

    Sedondon biru baju kebaya,
    Biru satin broked bayang;
    Tahun baru menuju jaya,
    Guru prihatin murid disayang.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kembar Dua Enam Kerat Hari Jumaat….My Profile

  19. UmmiKami says:

    Ummi cikgu anak-anak :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kembar Dua Enam Kerat Hari Jumaat….My Profile

  20. mancai says:

    selamat menyajar kembali cikgu2 sekalian..
    mancai baru je tulis kisah Antara 10 tabiat yang merosakkan otakMy Profile

    1. suri says:

      guru dan murid tak dapat di pisahkan

  21. zik says:

    ramai cikgu blogger nih… cikgu semua ,selamat bertugas…
    zik baru je tulis kisah 10 logo syarikat besar yang punyai mesej tersembunyi, kreatifMy Profile

  22. hafiz says:

    Ramai cikgu yg singgah sini ya…
    hafiz baru je tulis kisah Komisyen ke 14 dari Panduan Baju KurungMy Profile

    1. suri says:

      cikgu rajin dalam sibuk sempat update blog

  23. Rina says:

    Rupanya para cikgu banyak yang sudah mengenal dna memiliki blog. Ini sangat bagus sekali, semoga mereka banyak mensharing ilmu agar bisa jadi referensi bagi anak sekolah dan kita untuk menambah wawasan …
    Rina baru je tulis kisah How To Create A Simple Flat Calendar Table Using CSS And HTMLMy Profile

  24. hafizmd says:

    Terbaiklah!

    Blogger berstatus cikgu sememangnya dipandang lebih tinggi lantara tugasan hakiki mereka sebgai pendidik.

    terima kasih cikgu!
    hafizmd baru je tulis kisah Mom Blogger Top Referral ContestMy Profile

    1. suri says:

      benar bagi masa dan cerita untuk dua keadaan berbeza

  25. titan says:

    peh. ramai betul cikgu-cikgunya tuu..
    titan baru je tulis kisah Bro, bagitau ebook bagus untuk tips affiliate?My Profile

    1. suri says:

      tahu tapi pura pura ya cikgu tehr

  26. onlajer® says:

    aku masih tertanya – tanya siapa gerangan cikgu yang menulis di blog terus terang
    onlajer® baru je tulis kisah Nasi Lemak Telur RM2 Pun Boleh Pakai OdysseyMy Profile

  27. Lyn™ says:

    Cikgu Titan tulisannya sempoi
    Shameel Iskandar berbudi bahasa
    Cikgu-cikgi bila berkumpul
    Murid menjeling memendam rasa…

    ( Ehh,macam tak kena lah rangkap ke 3 tu yek, aah tak apalah belasah je )
    Lyn™ baru je tulis kisah Nelayan pukat rimauMy Profile

  28. cikgu dahlia says:

    Huhuhu..terharunyaaaa masih diingati ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun