Pantun Cendol

Kata kunci cendol sedang meriah di Malaysia. Hahaha. Korang jangan senyum, jangan gelak bila aku tulis pantun cendol. Lagi pun ramai yang sedang mabuk cendol sekarang, termasuk juga aku.

Sedapkah cendol? Memang rugi siapa yang tak pernah makan cendol. Lagi malang kalau ada pula yang tak tahu apa itu cendol.

Bangun pagi langkah bendul,
Hajatnya hendak ke bilik air;
Di sana sini bercerita cendol,
Di depan atau di balik tabir.

Waktu rehat di tengah hari,
Mahu makan di warung Bedol;
Mulanya hajat nak makan nasi,
Tersilap pesan minta cendol.

Ketika pulang sebelah petang,
Singgah duduk di atas tunggul;
Malam siang asyik terbayang,
Begitu khusyuk peminat cendol.

Sebelah malam dijemput kawan,
Duduk hanya di hujung tangga;
Wajahnya muram ketika makan,
Hidangan cendol tidak tersedia.

Seronok berbual terlupa diri,
Isteri pula datang menyusul;
Tidur malam diterjah mimpi,
Masih juga ternampak cendol.

makan cendol

Aku pasti korang semua dah tahu dan kenal Siapa 10 Blogger Terbaik Malaysia yang suka makan cendol pulut tapai. Tahu, kan? Kalau belum tahu, cepat-cepat tanya Pakcik Google.

Mungkinkah suatu hari nanti akan ada cendol segera yang dijual di pasar raya atau di pasar malam di negara kita. Mesti senyum sampai ke telinga Mamat Cendol Banting sorang ni. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Cendol' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


67 Comments

  1. Cik Siti says:

    kalau kat kuala selangor popular dengan cendol bakar. siap ada drive thru lagi…
    Cik Siti baru je tulis kisah rindu pada blogMy Profile

    1. fiezaradzi says:

      wah, first time dgr cendol bakar.. panas la ek? biasa cendol sejuk.. ke cendol versi lain ni?

      opss, kat kuala selangor tu kat mana tu?
      fiezaradzi baru je tulis kisah IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013My Profile

      1. suri says:

        GOOGLE..haa..klu bro tu tka tahu ada cendol bakau mmg bukan org sana r nghe…
        suri baru je tulis kisah Doa Dalam SujudMy Profile

        1. UmmiKami says:

          Tumpang lalu ya… :D

          Teringin nak makan cendol bakar..macam mana ye rasanya.. tentu lain dari yang lain.. :D
          UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

          1. tehramuan says:

            atau penjual cendol namanya Bakar? :D

  2. maza says:

    wakaka.. semalam baru sahaja menonto “Jalan-jalan Cari Makan” Tv3, pasal cendol juga.. ahaks…

    sudah lama tak pekena cendol ni, harus dicari.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Sagon Makanan WarisanMy Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya aku juga tercari2 warung cendol dalam sehari dua ni
      titan punya pasal la ni

      1. suri says:

        titan mmgkan bt org keciwa bla tak jumpa kodai cendol tepi2 jln tu
        suri baru je tulis kisah Trick Melawan Pelbagai Rasa Di HatiMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    saya makan juga walau
    kurang minat dengan cendol nih
    alahai, Titan kalau meniaga cendol
    kaya dah nih..dah jadi trademarks
    huhu..
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Fakta Tentang Madu Lebah Dan KhasiatnyaMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      suka cendol pulut tapai
      sdikit masam, sedikit manis, sedikit sejuk :D

  4. de engineur says:

    Cantik jgak bulu si tompok tu. Org kata bulu-tiga (sebab 3 warna).

    Cendol bubuh gula Melaka memang kegemaran I
    de engineur baru je tulis kisah What is the highest Voltage ever produced?My Profile

    1. suri says:

      ha tahu tak per gilo melakau mmg sedap ..erk..melaka hii
      suri baru je tulis kisah Reput FrosMy Profile

      1. tehramuan says:

        betul tu, aku setuju
        cendol lebih sedap dengan gula melaka

  5. UmmiKami says:

    Salam hormat…

    Cendol memang favourite saya.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali, ummi
      suka juga cendol walau pun hanya sesekali je makan

  6. cikgu naman says:

    kat tepi sekolah ada satu warung cendol tepi jalan yang sangat popular..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Tak Perlu Pakai ‘Nametag’ di #SBB2013My Profile

    1. tehramuan says:

      wah, senang la cikgu2 nak makan cendol

  7. akubiomed says:

    Kalau hendak menang upah cendol. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Jom sertai contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang “My Profile

    1. tehramuan says:

      menang apa ni, bro?

  8. fiezaradzi says:

    cendol mmg sedap, tapi kena cari yg betul2 sedap.. lau tak.. huhu…
    fiezaradzi baru je tulis kisah IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013My Profile

    1. tehramuan says:

      kalau tak sedap
      jawabnya tak habis la… :D

  9. suri says:

    oh cendol suka mak bt cendol mmg sedap
    suri baru je tulis kisah Glasses, Cat & Gift 2013My Profile

    1. tehramuan says:

      campur dengan gula melaka :D

  10. suri says:

    dia dan cendol mmg tak blh di biarkan berenggang he..teo o ais 1 !
    suri baru je tulis kisah Tiada Alasan BagimuMy Profile

    1. tehramuan says:

      petang ni kena cari warung cendol tu, suri
      hehe

  11. Bahrain says:

    cendol + madu = Masyukkkkk!!
    Bahrain baru je tulis kisah FACEBOOK VS GOOGLE+My Profile

    1. tehramuan says:

      campur madu?
      belum pernah dicuba lagi ni

  12. Cendol kalau dinikmati petang hari yang panas…feel good.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Hebatnya Ilmu PengaruhMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Macam ntv 7 tu.. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

      1. tehramuan says:

        hehe
        tapi kat kawasan kami tak berapa good la
        gambar tak terang :D

  13. Katak Comel says:

    teringt cendol kt sbb2013..
    slurppp
    Katak Comel baru je tulis kisah 6 GAMBAR NORA DANISH TERTAWAN DENGAN MAMAT INDONESIAMy Profile

    1. tehramuan says:

      semua ni pasal titan dan sbb2013 tu la
      hehe

  14. UmmiKami says:

    Benjol buntal nampak perkasa,
    Dijala juga tersengat di badan;
    Cendol di jual sungguh luar biasa,
    Bila dahaga teringat En Titan. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

    1. tehramuan says:

      Dijala juga tersengat di badan,
      Merebak racun masuk hospital;
      Bila dahaga teringat En Titan,
      Si blogger kacak punya pasal.

      1. UmmiKami says:

        Tauke cendol..sekali sekala teringin nak pekena cendol orang orang Melaka.. ;D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

  15. papa mifz says:

    cerita cendol dimana-mana sekarang nih…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Komen Dapat FM, Komen Dapat FMMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups,
      aku pulak dah lama tak makan cendol
      huhu

  16. nazray says:

    kalau bro tehR lalu kat dari ijok ke kuala selangor ikut highway latar, akan jumpa sebuah kedai cendol yang beratus ratus orang dalam satu masa, nama kedai tu cendol bakar, memang padat kedai tu, dan membuatkan saya bengang, kerana petang2 ahad nak ke kl mesti jem lalu jalan tu. huhuh

    pohon keladi nampak layu,
    lalu dicantas sebelum mati,
    orang ramai berhenti lalu,
    kerana cendol yang hendak dibeli.
    nazray baru je tulis kisah Evasi0n jailbreak iOS 6.X untethered | Info yang patut anda tahu.My Profile

    1. tehramuan says:

      Lalu dicantas sebelum mati,
      Awas ubinya jangan dibuang;
      Kerana cendol hendak dibeli,
      Biar terpaksa beratur panjang.

      1. nazray says:

        ubinya sedap dimasak gulai,
        gulai dimasak beramai-ramai,
        cendol masih lagi dibeli,
        sehingga jalan menjadi sepi.
        nazray baru je tulis kisah Evasi0n jailbreak iOS 6.X untethered | Info yang patut anda tahu.My Profile

        1. tehramuan says:

          Gulai dimasak si gadis sunti,
          Buat hidangan jejaka tampan;
          Sehingga jalan menjadi sepi,
          Besok pagi disambung jualan.

          1. nazray says:

            jejaka makan dengan berhemah,
            takut terlihat si gadis sunti,
            tekak masih terasa basah,
            tidak perlu membeli lagi.

            hehe
            nazray baru je tulis kisah Evasi0n jailbreak iOS 6.X untethered | Info yang patut anda tahu.My Profile

            1. UmmiKami says:

              Petik kundang di muara bertiti,
              Angkut petola ke Jalan Pudu;
              Asyik memandang si dara sunti,
              Takut pula tertelan sudu.
              UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

              1. nazray says:

                hehe, tunggu bro tehR jawab dulu. saya menyusul kemudian :D
                nazray baru je tulis kisah Cara mudah buat duit dengan mudah.myMy Profile

              2. tehramuan says:

                Angkut petola ke Jalan Pudu,
                Gadis sunti membawa raga;
                Takut pula tertelan sudu,
                Terkejut nanti bakal mertua.

                1. nazray says:

                  Jalan pudu sesak selalu,
                  penuh dengan ragam dunia,
                  kalau takut tertelan sudu,
                  Dipersilakan makan dengan tangannya.
                  nazray baru je tulis kisah Cara jailbreak untethered iOS 6.0, 6.0.1, 6.0.2, 6.1 menggunakan Evasi0n.My Profile

  17. Wan Fauzi says:

    rasa tliur pulak nak makan cendol… kalu duk kat malaysia mcm2 ada makanan… org duk jauh kempunan la jawabnya…
    Wan Fauzi baru je tulis kisah Sifat Wajib bagi ALLAHMy Profile

    1. tehramuan says:

      nampaknya memang perlu ada cendol segera
      senang untuk dikirim ke serata dunia
      kan?

      1. Abdullah says:

        dah ada pun cendol segera.mcm mee segera lakunya….

  18. effort lab says:

    aik sini pun ada pasal cendol ke? memang terbaik la baca pasal cendol malam2. memang kempunan! mana nak cari
    effort lab baru je tulis kisah Sofa Sosia oleh Emanuela Magini [4 gambar]My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      dah tengah malam ni
      mana nak cari?

  19. pantun nie mesti titan suka…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Tips Kebahagiaan Rumah Tangga Mengelak PenceraianMy Profile

    1. tehramuan says:

      bro titan sedang demam sekarang ni
      agaknya terlebih makan cendol :D

  20. padin says:

    hehee area tampoi ni selalu sgt dgr
    Cendol Md Zain, :D

    1. tehramuan says:

      boleh la cuba2 singgah, bro
      mana tahu ada yang berkenan :D

  21. Nadot says:

    Walaupun dah makan sangat banyak malam ni, baca pasal cendol teringin jugeee.. haiishh
    Nadot baru je tulis kisah Aku Tak Mampu Menulis LagiMy Profile

    1. tehramuan says:

      terpaksa la tunggu besok
      dah tengah malam ni
      tak ada lagi gerai orang jual cendol :D

  22. hairulafiz says:

    kalau dak titan dgr ni memang dia suka ni…
    hairulafiz baru je tulis kisah Kelebihan pokok KantanMy Profile

  23. titan says:

    oit…oitt..apsal semua cerita pasal cendol nih wehh..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 14 dari Jobdirumah.comMy Profile

  24. donnyien says:

    blog cendol semakin popular, tahniah!
    donnyien baru je tulis kisah Oppa Gangnam Bloggers StyleMy Profile

  25. teringat pulak cendol papa rich…

    alahai….
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah teori memancingMy Profile

  26. dja@sishaza says:

    Musim Angin timur kt sini,cendol mmg bermaharajalela… pencuci mulut rumah kenduri pun cendol jgk. Pendek kata demam cendol!

  27. ohcikgu says:

    sana-sini cendol aje sekarang ye. hehe
    ohcikgu baru je tulis kisah Persahabatan Singa dan Manusia.My Profile

  28. Adam Roslan says:

    Cendol Tapai paling lejen.
    Adam Roslan baru je tulis kisah Penggantungan Shahidan: Mana Hala Tuju Bolasepak Perlis?My Profile

    1. titan says:

      setuju. cendol tapai memang sedap gak weh.
      titan baru je tulis kisah Cek ke 17 dari NuffnangMy Profile

      1. cendol banting la paling sedap! hahaha
        khairul asrol baru je tulis kisah Semakan Secara Online dan SMS Keputusan SPM 2012My Profile

  29. seriusly, ni pengakuan lepas rajin baca blog titan terus otak saya tangkap cendol je mesti Titan! adeshh!
    khairul asrol baru je tulis kisah Semakan Secara Online dan SMS Keputusan SPM 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun