Pantun Cacat

Apa yang kita biasa faham berkaitan dengan perkataan cacat ialah cacat anggota. Sedangkan kita juga sedia tahu bahawa kecacatan berkaitan dengan banyak perkara. Contohnya, persiapan majlis, persembahan malah ada juga kecacatan dalam mengerjakan ibadah. Tapi apa yang aku mahu bincangkan kali ini hanyalah pantun cacat.

pantun 3 keratSeperti yang kita sedia maklum, pantun mempunyai pembayang dan pernyataan [maksud]. Pantun ada 2, 4, 6, 8, 10, 12 dan 14 kerat atau baris. Memang tiada pantun 3 kerat atau 3 baris. Pantun begini pada pendapat aku adalah pantun cacat. :D

Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut sukalah hati.

Di atas adalah contoh pantun 2 kerat yang menepati ciri-ciri pantun yang baik. Pantun ini hanya mempunyai satu baris pembayang dan satu baris pernyataan [maksud atau isi].

Pantun paling popular dan yang biasa bagi kebanyakan orang ialah pantun 4 kerat. Pantun 4 kerat mempunyai 2 baris pembayang dan 2 baris pernyataan pantun. Contoh seperti di bawah ini:

Mati semut kerana gula,
Mati katak kerana pancing;
Lemah lembut langkah si dia,
Sekali nampak tak berpaling.

Pantun 3 kerat sejujurnya aku tidak biasa tulis dan tidak juga pernah belajar dan mencubanya sebelum ini. Aku anggap ini pantun cacat dan tidak sempurna. Perhatikan pantun-pantun 3 kerat yang aku cuba tuliskan di bawah. Boleh kita sama-sama nilaikan nanti adakah ia lebih bagus, lebih seronok atau lebih senang untuk ditulis.

Anak kambing patah gigi,
Anak lembu gelak ketawa;
Selamat malam salam sejahtera.

Anak kucing masuk ke dapur,
Bapa kucing melompat tangga;
Dalam tidur mimpi sama-sama.

Anak pipit dah tumbuh bulu,
Anak tempua belum terbang;
Jangan bermimpi waktu siang.

Boleh diterima? Mungkin sesuai sebagai pantun lawak jenaka sahaja. Ada sesiapa yang berani untuk cuba menulis pantun 3 kerat? :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Cacat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. UmmiKami says:

    Salam buat cikgu di hari minggu..

    Bagaimana pulak dengan pantun dwi bahasa..pada pendapat anda adakah dikira pantunnya tidak sempurna.. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Melanggris..(Melayu-Inggeris), Pantun Versi Baru..My Profile

  2. UmmiKami says:

    Pantun tiga kerat kedengarannya sumbang bila dibaca..betul tak cikgu. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Melanggris..(Melayu-Inggeris), Pantun Versi Baru..My Profile

    1. Mus says:

      sumbang dan ada kelucuannya..
      Mus baru je tulis kisah Kamera DSLR Terbaik, Dilema Mana Satu Pilihan Anda?My Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    saya pun tak suka baca
    pantun 3 kerat..memang
    terasa agak pelik :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Social Media Awards 2013 : Senarai Undi SayaMy Profile

  4. nazray says:

    pantun 3 kerat macam pelik sikit bunyinya, nak mengiramakan pun susah. kalau 4 kerat best!
    nazray baru je tulis kisah Sepah the movie | Tonton online.My Profile

  5. titan says:

    satu dua tiga empat,
    apa kes pantun tiga kerat?
    rasa macam kurang dan cacat..

    haha..
    titan baru je tulis kisah Buat duit dengan bakar lemak pantasMy Profile

  6. padin says:

    emm.. emm.. emmmm
    tak kena la bro tiga kerat… heheee

  7. mie says:

    pantun kerat jarang ditulis atau dibaca,…
    susah nak menggayakan intonasi dan lenggok pantu tu..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Gambar Beca Berbunga Di MelakaMy Profile

  8. UmmiKami says:

    Salam tumpang lalu..

    Pantun tiga kerat kalau digandakan jadi enam kerat, boleh saja..
    tapi saya lebih suka pantun empat kerat.. tq cikgu tehr :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Melanggris..(Melayu-Inggeris), Pantun Versi Baru..My Profile

  9. kalau pantun 3 kerat kena ikut irama yang atas la ye?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah ceritera cinta. puuuiiii….My Profile

  10. Jamal Ali says:

    Terasa janggal.

    Pantun tiga kerat memang tak sesuai.
    Jamal Ali baru je tulis kisah UkhuwahMy Profile

  11. hafizmd says:

    Rasa macam tak cukup sifat jer…hehee

    Anak itik anaklah ayam
    Itik ayam makanlah dedak
    Ibu ayam makanlah apa?

    Memang rasa mcm nak mengarut…hahahha
    hafizmd baru je tulis kisah Sempurnakah Cara Duduk Antara Dua Sujud Kita?My Profile

  12. Mus says:

    memang pelik sekali bunyinya..
    Mus baru je tulis kisah Kamera DSLR Terbaik, Dilema Mana Satu Pilihan Anda?My Profile

  13. rain says:

    salam hormat kepada tuan rumah,
    salam dihulur buah tangan menerima,
    jemput duduk dan menjamu selera.

    kikikih dah macam hari raya pantun aku ni tehr.
    rain baru je tulis kisah nak berangan, ada caranyaMy Profile

  14. de engineur says:

    Saya tahu yg ini saja cikgu:

    Pa’ ketipa ketipung suara gendang bertalu-talu
    Pura-pura bingung tapi di dalam bagai dipalu

    hehehe, ok ke?
    de engineur baru je tulis kisah LED lighting market expected to double in 2014My Profile

  15. fiezaradzi says:

    kalau 3 kerat ni lebih kepada puisi kot.. macam de nada tak kena kat situ.. ehehee… nice try
    fiezaradzi baru je tulis kisah Tips Menghantar Anak Pertama Kali Ke SekolahMy Profile

  16. sensasi2020 says:

    Cacat pada tangannya,
    Bukan cacat pada mata,
    Pantun aku tiada makna.
    sensasi2020 baru je tulis kisah 5 Jenama Telekung Popular Di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun